✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
Eh mak cik! Terperanjat aku. Ish budak ni kan, suka buat orang terperanjat. Tapi kira baiklah juga, kalau tak aku mengelamun sampai esok.
"Ha Sofia baru sampai ke?" Tyara membalas dengan soalan. Mahu tukar topik, nanti orang kata mengalamun pasal boyfriend, padahal single. #singleforever
"Haah kak, baru sampai. Baru habis kelas tadi. Itu yang terus ke sini. Eh sejak bila ada bunga kat sini? Ada orang bagi akak eh?" Kata Sofia lalu tersenyum nakal.
"Ish, Sofia ni kan!" Tyara terus mengejar Sofia. Sofia nak buat apa lagi? Lari dari Kak Tyara lah. HAHAHAHAHA!
BUK!
"Sorry sorry, Sof tak sengaja" Sofia terlanggar seseorang. Lelaki itu pula hanya mengangguk. Apakah?
"Tamim? Tamara? Buat apa kat sini?" Soal Tyara. Ini adik kembar Tyara, anak ke tiga dan ke empat, Tamim Edzra dan Tamara Elena.
"H-hai Abang Tamim dan Kak Tamara," Sapa Sofia pada adik kembarku. Yang sudah tergagap ni dah kenapa? Minat ke? Hehehe...
"Hai Sof!" Jawab Tamim dan Tamara serentak. Tahulah kembar tapi janganlah sekepala sangat. Cemburu tahu.
Muka Sofia dah berbahang terus dia berlari ke dapur buat apa yang patut. Sudah malu sangatlah tu. Kalau suka Adik Kak Tyara, cakaplah. Mana tahu jodoh, Aamiin... Eh?
"Dah kenapa budak tu lari?" Cakap Tamara yang pelik dengan kelakuan Sofia itu.
"Tak tahulah dia. Ni kenapa datang? Dah lah tak bagi tahu" Potong Tyara, terus tukar topik. Pelik juga Tyara tiba-tiba sahaja adik kembarnya mahu berjumpa dia.
"Ini, kitorang nak duit sikit boleh? Nak beli buku dan bayar kelas tuisyen Emil," jelas Tamim.
Ooo, nak duit ke? Kenapa tak minta kat rumah Aje? Tengahari ni, di kafe aku pula tu juga nak minta duit.
"Haih, iyalah. Nak RM250. Cukup tak?" Tyara memberi lima keping RM50 kepada mereka.
"Cukup Long, sayang Along!" Tamim dan Tamara kata serentak lalu memeluk Tyara. Haih, lain macam sangat kelakuan adik-adik aku ni dah kenapa? Tak sihat ke?
Tyara pun meletakkan belakang tapak tangannya di dahi kedua-dua adiknya itu. Tak panas lah pula.
"Sudahlah, pergi balik. Sibuk je kat sini. Bukannya nak tolong pun," mereka hanya tersengih pada Tyara. Budak-budak ni kan, nasib baiklah aku sayang adik-adik aku ni.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Sir Ivan, Thariq can't join us today!" Ivan pun memandang pada seorang murid yang berkata itu yang mana murid itu duduk di belakang sekali. Patutlah dia cakap kuat-kuat.
"Okay, thank you Andy" Kata Ivan kepada anak muridnya itu. Ivan pun memulakan kelas tuisyennya pada petang itu.
Kelas tuisyen itu pun tamat pada pukul 5 petang. Ivan memberi kertas latihan pada anak muridnya itu.
"Saya mahu modul yang saya beri ni dapat disiapkan dan hantar pada saya di kelas akan datang. Andy, lagi 2 modul ni beri kepada Thariq. Pesan pada dia apa yang saya beritahu tadi,"
Jelas Ivan kepada pelajarnya yang lain dan kepada Andy supaya dia tidak tersalah dengar.
"Alright Sir, saya balik dulu ya? Thank you Sir," Andy minta diri untuk pulang.
Seperti biasa, setelah Ivan tamat kelas dia akan mengemas dulu kelas itu. Selepas selesai, dia pun membuka iPhone miliknya itu.
What? 13 miscalled from Mommy? Dia nak apa? Bertubi-tubi pertanyaan dalam otaknya. Dia terus berkemas dan pulang ke rumah.
Seusai sahaja tiba di rumah abangnya, dia memarkirkan keretanya di garaj. Dan tekaannya tepat. Kereta mommynya ada di garaj itu juga.
Dia mempercepatkan langkahnya ke pintu rumah. Pintu pun dibuka dan orang pertama yang dia nampak adalah adik perempuannya, Audrey Ivanna.
Kisahnya, Selepas Daddy dan Mommy bercerai, adik perempuannya pilih untuk mengikut Mommy.
Manakala, Ivan dan abangnya, Immanuel Ian memilih untuk hidup bersama Daddynya.
"Why Mommy ada dekat sini?" Soal Ivan dengan nada yang biasa. Dia tidak mahu tegangkan keadaan.
"Ivan, jom ikut Mommy dan adik. Kami berdua rindu abang dan kamu," ajak mommy dengan lemah lembut. Aku... Aku tak mahu.
"Mommy, mommy tahu kan Daddy dah tak ada? Oleh kerana ini rumah Daddy, kami nak jaga rumah ini sampai bila-bila," Suara abangku seolah membantah. Aku tahu dia tak mahu tinggalkan harta daddy ini.
"Abang, jomlah ikut kami... Mari hidup dengan kami, masuk agama Islam, Dengan Izin Allah, hidup kita tenang dan selamat," Pujuk adikku.
Benar, aku rindu dengan adikku. Nampaknya dia benar-benar sudah berubah. Suaranya tidak kasar seperti dulu. Senyuman manisnya sentiasa tercalit.
Mesti hidupnya kini dengan keluarga baharu bahagia bukan? Kalau ya, aku pun turut sama bahagia.
"No Abang tak nak. Abang tak mahu tinggal dengan Mommy, abang tak mahu ikut agama yang Mommy ikut"
______________________________________
742 patah perkataan
Bersambung..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.