"I'm sorry mommy..." Ivan berkata dengan sebak ketika memeluk di bahu mommynya.
" Tak apa, Ivan juga anak mommy... Malam dah ni. Mommy tunjuk bilik Ivan, lepas tu Ivan tidur okay? Dah makan belum ni?" Ivan hanya mengangguk tanda ya.
"Audrey mana mommy?" Soal Ivan ketika berjalan beriringan mommy, menaiki tangga. "Dalam bilik dia, adalah tu kerja. Esok kena bangun awal," kata mommy.
"Mommy Islam right? So, best tak?" Soal Ivan. Ya ibu kandungnya, Mary memeluk Islam setelah bercerai dengan daddy dan bertemu dengan peneman hidup baharu iaitu ayah tirinya, Farid.
"Alhamdulillah, Mommy bersyukur sangat bertemu dengan Ayah. Ayah bimbing Mommy dan Audrey ke jalan yang benar. Mommy... rasa lebih tenang dalam agama Islam," Jelas mommynya.
"Kalau, Ivan nak peluk Islam juga boleh?" Soal Ivan pada mommy nya setelah tibanya mereka dia depan bilik Ivan. Mommy tersentak seketika.
"Kalau Ivan betul-betul nak memeluk Islam, mommy bersyukur sangat. Pastikan niat awak tu betul. Mommy okay sangat kalau Ivan nak duduk di sini terus. Ivan dah bagitahu Ian? ," Ivan terfikir bila mommynya bertanya tentang Ian, Abangnya.
Ivan hanya termenung. Mommy pun menepuk lembut bahu Ivan nak menyuruh Ivan masuk ke bilik dan rehat.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Tabaarakallazi biyadihil mulku-" Wow, alunan apa tu? Ada ke lagu macam tu? merdunya...
Ivan pun keluar dari bilik dan mencari alunan yang disangkanya adalah musik. Oh, alunan tu dari bilik Audrey. Ivan pun merapatkan telinganya ke pintu bilik Audrey. Bilik Audrey hanyalah di sebelah biliknya.
Ivan pun mendengar alunan itu sehingga habis. Hampir terlelap Ivan dek kerana merdu sangat. Walaupun tak kuat, tapi Ivan dapat mendengar. Mata Ivan sudah semakin berat, dia pun mula mengorak langkah ke dalam bilik, lalu mengunci pintu dan terus baring di atas katil.
Boleh ke aku nak masuk Islam?
Setiap malam, Audrey pasti akan membaca surah AL Mulk sebelum tidur. Memang perkara itu yang akan dilakukannya. Selain membaca surah AL Mulk, dia juga membaca tiga Qul, ayat kursi, doa tidur dan zikir. Serta beberapa doa ringkas.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Along" panggil Tamim kepada Tyara. Tyara pun menoleh ke belakang dan melihat gerangan itu. Dia terus berdiri menghadap Tamim.
"Kejap lagi kau nak pergi hadir untuk Program Sistahood yang diadakan kat kafe kau right?" Tyara hanya mengangguk. Dah kenapa tiba-tiba nak tanya nih?
"Along, Mim dah penat sebab terlalu single di usia 22 tahun ini, boleh tak Along carikan untuk Mim? Pastikan dia lagi cantik dan lagi pandai dari Along. Boleh tak?" Wah, permintaannya seperti aku adalah kilang.
"Mim nak tahu satu perkara tak?" Tamim hanya mengangguk dan mengangkat bahu. "Along pun single lagi. Tapi InshaAllah, Along usaha okay? Mana tahu ada seorang yang Along berkenan kat program tu,"
"Thank you Along!" Tamim memeluk Tyara sambil memberi sekeping RM 50. "Ni rasuah ke hadiah?" Tamim hanya ketawa mendengar kata Tyara itu. "Hadiah sayangku..." Kata Tamim lembut yang dibuat-buat.
"Euwww.... Geli la" kata Tyara dan melepaskan pelukan adiknya itu.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-sama di Tiara's cafe untuk Program Sistahood secara bersemuka,"

YOU ARE READING
Kerana Dia
Romance✎ Blurbs : Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya. Ivander Ignatius a.k.a...