KD 12

9 2 0
                                        

"Hye girl" Ivan berdiri di depan kaunter pesan.

"Tyara Emily right?" Tyara tersentak. Setahunya, dia tak pernah kenalkan dirinya pada mana-mana lelaki. Macam mana mamat ni boleh tahu namanya.

"Salam perkenalan, I'm Ivan Ignatius. 27, will you marry me?" Soalan itu membuatkan Tyara tergamam. What the- aku tak minta perkenalkan pun, perasan! Sabar Tya, sabar.

"I'm gonna convert to Islam, Excited?" Ivan berkata selamba seolah-olah mereka kawan lama. Padahal mereka baru kenal. Tak sampai lima minit lepas.

"So?" Tyara sudah mula berkemas akibat panas hati dengan perangai pelanggan yang tak diminta itu. Nak sahaja dia tumbuk jantan ni. Tapi tu lah, mati pula nanti anak teruna orang ni.

"For real Tyara?" Ivan kecewa sambil bermuka comel. Dah mulalah tu dia berdrama. Heh, ingat comel sangat lah tu? Boleh lah, tak ada lah comel sangat... Eh?

"Nama kau Egg nak rebus tadi kan? Kau ni apa? Kau tinggal sini ke?" Tyara menyambung dengan sound Upin Ipin yang viral itu. Tyara sudah keluar dari kafe untuk menghirup udara segar. Kehadiran mamat bernama egg nak rebus itu telah mencemarkan moodnya itu.

"Serius lah telur nak rebus? Sound Tik Tok? Seriously? Kalau susah sangat, apa kata panggil saya hubby je, saya kan future awak," ehhh selamba badak je mamat ni. Aku cili mulut tu nanti.

"Kau nak apa hah?" Tyara sudah mengalah dan kini dia membelakangi Ivan. Ivan berfikir sejenak. Dia pun memusingkan tubuh Tyara supaya mereka bersemuka.

"Aku nak.... Kenangan kita dulu terlintas dan kau ingat balik our memories. It just me, and always me be your favourite," kata Ivan penuh berharap dan menggoda sambil melihat tepat ke anak mata Tyara dan membetulkan awning tudung Tyara.

Tyara agak terkedu dengan ayat dan kelakuan Ivan. Dia... Dia tak faham apa yang dikatakan oleh Ivan. Memories? Kenangan? Favourite?

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰


"Em, kau tahu tak punca aku accident dulu?" Tanya Tyara adiknya, Teratai Emma. Emma berfikir sejenak sebelum berkata.

"Seingat Em, Along dulu kena langgar dengan kereta. Alhamdulillah Allah bagi Along peluang untuk teruskan hidup. Tapi tu lah... Along hilang ingatan. Aku terkejut sebab doktor kata macam tu. Dia kata kau kehilangan banyak darah. Itu Ajelah. Benda dah 11 tahun lepas, "

Tyara mengangguk dan sambung melakukan kerjanya. Mereka berada di pejabat Tiara's Cafe. Waktu lunch, biasalah mesti semua nak makan tengahari. Emma sekarang kerja di farmasi berdekatan dengan rumah keluarganya.

"Em, jom tengok game Thariq petang ni? Dia ajak Along, tapi lagi best dengan Em. Boleh lah usya sikit. Hehehe," mereka berdua gelak besar dan bersetuju dengan cadangan Along itu.

Seperti yang dijanjikan, mereka berdua pun tiba di gelanggang Volleyball yang dikatakan oleh Thariq. Mereka pun mula mengambil tempat duduk.

"Eh, Tyara?" Tegur seorang jejaka kepada Tyara sebelum Tyara menoleh ke arah jejaka itu.

"Egg nak rebus??" Tyara terkejut apabila melihat jejaka yang menegurnya tadi. Aish mamat ni, tak puas-puas lagi ke kacau aku kat kafe? Sini pun perlu jugak ke?

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

Hari ini ada perjumpaan Sistahood lagi, cuma kali ini diadakan di sebelah tasik. Sungguh indah pemandangan di sini. Kalau tangkap gambar mungkin dah full storage.

"Assalamualaikum akak," tegur seseorang yang Tyara kenali. "Ehh Nafis! Waalaikummussalam... Nafis sihat? Kereta dah Okey? Hari ini abang hantar lagi ke?" Balas Tyara.

"Alhamdulillah Nafis sihat... Kereta Okey dah, cuma abang tu Aje ha mengada-ngada nak tolong hantar kan. Hahaha" balas Nafisah ramah. Dia menganggap Tyara sudah seperti akak nya. Maklumlah ada abang Aje, tak pernah ada kakak.

"Ooooo... Marilah duduklah dengan akak. Akak nak kenalkan Nafis dengan adik akak. Dia pun sebaya Nafis," Tyara pun menarik pergelangan tangan Nafisah dan duduk di sebuah tikar.

"Em, ni Nafisah. Aina Nafisah, 24 tahun. Nafis, ni Em. Teratai Emma, juga 24 tahun," Tyara memperkenalkan mereka berdua. Mereka pun bersalaman.

Program pun berjalan mengikut atur cara yang dirancang.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Thank you ma brother!" Kata Audrey dan memeluk bahu Ivan kerana rajin menghantar dan mengambilnya.

"No problem lah Adik," Ivan seraya menepuk lembut kepala Audrey. Dia juga yang memaksa Audrey supaya dia boleh menghantar dan mengambil Audrey di tempat yang Audrey mahu.

Setelah beberapa minit perjalanan dari tempat Audrey, mereka pun tiba di rumah Mommy untuk makan malam. Akhirnya semua ahli keluarga sudah berada di meja makan.

"Ehem ehem dengar kata orang tu dah tukar nama, betul ke?" Tegur Audrey ketika di meja makan. Audrey dah tahu yang Ivan masuk Islam. Mommy menelefonnya tadi.

"Hehehe macam tahu-tahu Aje. Okey, abang reveal nama abang dulu, pastu Audrey pula. Okey cun?" Audrey mengangguk tanda setuju dan menaikkan ibu jarinya.

"Nama abang....

Eman Taufiq"

"Subhanallah... Nama Audrey pula...

Aina Nafisah"

______________________________________

753 patah perkataan

Bersambung...

Bersambung

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kerana DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang