✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Sit in front of me. I wanna discuss something," Eman berkata seraya duduk di sebuah meja yang berdekatan dengannya.
"Kedengaran amat serius ya" kata Tyara dalam hati. "Yeah it's serious," kata Eman. Tyara pun menurut dan duduk di hadapan Eman.
"Baik, disebabkan kita tak terlalu saling mengenali, boleh tak next weekend saya nak datang rumah? Jangan risau, saya bawak adik perempuan saya," kata Eman.
"Aaaa kenapa nak datang rumah saya?" "Untuk mengenali awak," "Awak suka saya ke?" "I will answer it soon,"
Tyara agak terpegun dengan keyakinan bakal suaminya itu. Eh salah. Maksudnya Eman.
"Ok, nanti saya share location," Eman hanya mengangguk dan terus meminta izin untuk pergi. Tyara pun mengizinkan.
Kenapa dia nak jumpa aku kat rumah next weekend eh? Aishh malu la nanti. Tapi ini yang mama nak sangatkan? Iaitu perkahwinan untuk aku. Daripada dijodohkan, eee tak nak aku.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Kini keluarga Tyara berada di meja makan untuk makan malam. Sedang semua asyik dengan makan, Tyara pun bersuara.
"Mama, papa. Apa korang akan cakap kalau Along kata ada lelaki nak datang rumah next weekend?" Soal Tyara.
Terus semua mata di meja makan itu tertumpu pada Tyara. Reaksi Tamara dan Tamim sama, dua-dua membulatkan mata. Uishh macam dah nak terkeluar dah biji mata tu.
"Along nak kahwin?!?!" Uishh bingit betul si Teratai ni jerit. Sakit betul telinga. Mentang-mentanglah duduk sebelah aku. Eh aku tak pekak lah.
"Wah tahniah Along! Mama baru nak jodoh kan kamu dengan anak mama tu. Hensem orangnya. Tamim kata dia macam pernah jumpa-" kata-kata mama dipotong terus oleh papa.
"Orang mana?" Uishh gerun pula mood papa malam ni. Tyara sudah menelan air liur. Risau bapanya berubah menjadi singa.
"Aaaaa dia... Tak tahu," Selambanya aku jawab soalan papa. This is dumb ways to die.
"Habis? Kata nak kahwin dengan dia? Tapi asal usul dia pun tak tahu apa cerita?" Papa! Orang tak bagitahu pun orang nak kahwin!
"Pa, Along tak kata pun dia nak kahwin. It's just the boy wanna come to this house," balas Thariq dengan suara datar. Aku risau je dua-dua mula bergaduh. Dengan suara Thariq tu cold je. Tak ke ghisau. Ini boleh dilabel menjawab.
"Okay sabar saudara-saudari. Ya pa, dia nak datang je. Along pun tak berapa kenal dia. Tadi dia jumpa Along sendiri kata next weekend dia nak datang untuk berkenalan," bentangku.
"Haih bagusnya lelaki tu. Along patut bertuah tahu? Susah nak jumpa lelaki macam tu," kata Teratai kepadaku sambil memegang kedua belah pipiku dengan telapak tangannya.
"Baik, nanti suruh dia datang berteman," papa menekankan perkataan berteman. Tyara pun mengangguk tanda setuju. Eman dah cakap awal-awal dia nak bawa Adik dia.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Hari yang ditunggu-tunggu Eman dan keluarga Tyara sudah tiba. Iaitu hari sesi berkenalan di rumah Tyara. Gentle nya Eman ni. Material sungguh.
"Assalamualaikum..." Tetamu itu memberi salam dan mengetuk pintu rumah tersebut.
Pintu pun dikuak oleh Tyara. Terbuntang mata Tyara pabila kelibat Nafisah pula yang muncul. Tadi Eman kata dia dah sampai, tapi sekarang ni di depan pintu rumahnya ialah Nafisah.
"Eh Nafis? Nafis buat apa kat sini?" Tyara menyoal Tyara kerana kehairanan. Tapi dia tetap membuka pintu rumah untuk tetamu itu. Nafisah pun menyalam Tyara.
"Ni ha Nafis teman-" tak sempat Nafisah menyambung ayat, kelibat Eman yang baru masuk disebalik pagar rumah pula muncul. Eh jap jap. Aku blur.
"Aaaa... Hahahaha. Akak, kita masuk dulu ya. Nanti kita bualkan," Nafisah ketawa selepas melihat muka blur Tyara seusai sahaja ternampak Eman yang baru masuk dari luar pagar.
Haih comellah akak Ipar kita ni. Ops sorry sorry!
Mereka pun masuk ke dalam rumah. Kini seluruh ahli keluarga Tyara memandang ke arah mereka yang baru masuk.
Eman pun bersalaman dengan papa, Tamim dan Thariq. Manakala Aina Nafisah pula menyalam Mama, Teratai dan Tamara.
Seusai semua sudah duduk di sofa, Tyara hadir daripada dapur ke ruang tamu dengan air teh. Dan bermulalah sesi berkenalan.
"Baik, nama kamu apa?" Kata Papa. Ha dah mulalah tu mood acah garang tu. Aku tahu papa ni tak garang cuma tegas. Mestilah dia nak menantu yang boleh jaga anak dia betul-betul.
"Nama saya, Eman Taufiq," balas Eman. Nampak muka dia dah cuak namun ditahan dengan senyuman yang dicampak ke muka.
"Umur berapa?" "27 tahun," "Kamu kerja apa?" "Saya guru tuisyen. Kalau ada masa, saya jurulatih bola tampar," "Ouh, bagus," "Kamu kenal anak Papa sejak bila?" "Sejak di bangku sekolah? Sekolah menengah," "Dah lama memerhati anak Papa lah ni... Kamu panggil je Papa, tak payah lah uncle ke pak cik ke. Soalan terakhir dari pak cik, kamu ni bangsa cina ke?" "Hehe tak lah saya... Saya kaum dusun. Dah setengah tahun saya mualaf. Alhamdulillah saya bersyukur sangat,"
Soalan yang ditanya papa dijawab tenang oleh Eman. Wah ini yang kita mahukan! Material material! Eh?
"Papa... Tanya macam nak temu duga. Dah papa tepi. Mama pula yang nak tanya," kata mama dan menepis papa supaya papa berganjak sedikit.
"Kamu sabahan lah ni. Uishh mata kamu tu cantik ya. Cucu mama nanti mesti putih putih dan mata sepet kan? Rambut pula ikut maknya-"
"Mama..." mama!!!! Kenapa mama cakap macam tu?!?! Malu tahu tak?!! Terus aku potong daripada mama sambung ayatnya.
"Alah mama imagine je," baguslah tu, si telur rebus ni pun angguk dan tahan gelak je. Ishh benci benci!
"Eleh, benci benci pun suka kan sebenarnya?" Sakat mama. Eh aku cakap kuat sangat ke?? Bukan aku cakap dalam hati aje ke?
Huwaaaa...
______________________________________
891 patah perkataan
Bersambung...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.