"Subhanallah secocok nya kamu berdua! Bagai pinang dibelah dua!" Ujar seorang mak cik yang melihat Teratai dan Famy yang keluar secara serentak dari fitting room.
Mereka berdua memandang sesama sendiri tika mendengar ayat yang keluar dari wanita tua itu. What?! Bagai pinang dibelah dua?! Kami berdua ni macam musuh tahu tak mak cik?!
"Haah lah Cik. Dua-dua sama padan," kata Tyara membakarkan lagi hati adiknya dan kawan baiknya.
"Ni majlisnya bila? Tak nak jemput mak cik ke? Hahahaha," tawa Cik Nah. Sebenarnya baju yang ditempah mereka ialah di Butik Cik Nah. Cik Nah pula kawan mama.
"Haah lah kan. Ini dia cik. Kad jemputan. Nanti ada masa datang lah ya?" Jemput Tyara mesra. Dia memang ramah dengan orang yang dia kenal.
Mereka berdua masih berbual mesra. Teratai dan Famy masih dalam keadaan tidak puas hati. Eman pun melihat mereka.
"Wah smart lah korang. Dah dah, jangan gaduh-gaduh. Aku tak nak jadi peperangan dekat sini. Jadi, anda dipersilakan menukar pakaian anda," kata Eman bagai sedang mengiklankan produk.
Mereka pun hanya menurut. Setelah selesai pembayaran, mereka pun pulang.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Hahahaha"
"Comel"
"Okey"
*Senyum
Tyara yang sedang dibuai mimpi tersenyum. Indah sungguh mimpi itu. Tapi, apa yang pelik... Wajah lelaki itu kabur.
Ketika lelaki itu tertawa, lelaki itu berpakaian baju t-shirt unit beruniform kadet bomba dan sedang tersenyum memandang ke arahnya.
Ketika lelaki itu berkata comel, lelaki itu berpakaian baju sukan sekolah dan sedang bersilih ganti tersenyum memandang wajahnya dan sesuatu di sebelahnya.
Ketika lelaki itu berkata Okey, lelaki itu berpakaian baju melayu tetapi terdapat pelitup muka di mukanya.
"TYARA!!!"
Hanya dengan jeritan itu, terus air mata Tyara mengalir deras. Dalam tidurnya, dia sedaya upaya untuk keluar dari mimpi buruk itu.
Terdapat cahaya yang cerah, bunyi hon kereta, jeritan wanita. Sebenarnya mimpi indah dan disusuli dengan mimpi seram ini sudah beberapa kali berlaku sebelum ini.
Tetapi kebelakangan ini, dia menjadi kerap bermimpi perkara ini. Benda yang sama tetap ulang dan berulang.
Mimpi tentang seorang lelaki dengan senyuman, bunyi hon, cahaya yang cerah dan jeritan seorang wanita.
Lebih kurang lagi 18 hari sebelum majlisnya berlangsung. Tetapi sudah seminggu dia mimpi benda seperti ini.
Tyara tersedar setelah beberapa saat tidak mendengar apa-apa. Dia bangun sahaja, selimutnya basah akibat air matanya.
Ya Allah, apa yang cuba kau sampaikan? Hamba-Mu ini tertanya-tanya... Bantu hamba Ya Allah...
Itulah doa setiap kali dia telah tenang dari tangisan yang tak henti-henti.
Perkara ini dia pendamkan sahaja. Tidak mahu ahli keluarganya yang lain susah hati. Sungguh perit pengorbanan gadis yang penuh dengan kisah silam yang hanya dia dan tuhan sahaja tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Dia
Romansa✎ Blurbs : Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya. Ivander Ignatius a.k.a...