KD 20

11 3 0
                                    

"Thank you for the last night babe," kata lelaki itu lalu memeluk wanita itu dari belakang .

"Ehek, anything for you," wanita itu ucap kegelian.

"So now what's the plan?" Soal wanita itu. Iya lah, lepas dah dapat apa yang kau nak, sekarang kau kena bagi apa yang aku nak.

"Aku ada plan. Kau hanya perlu ikut plan ni, dan dia mungkin akan in love dengan kau," kata seorang lelaki kepada wanita itu.

"Apa dia rancangan tu?"

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Kelas, hantar kerja yang Sir ada bagi hari tu. I want those before my class end okay?"

"Baik Sir Eman!" Semua murid di dalam kelas itu berkata setelah mendengar arahan Eman.

Eman sedang ralit menulis sesuatu di papan tulis kerana dia mahu memulakan sesi pembelajaran hari ini.

"Okay class, now we enter-" kata Eman terhenti tatkala mendengar sesuatu terjatuh dan jeritan di luar kelasnya.

"Arghhhhhhhh!" Jeritan wanita itu sehingga murid di dalam Eman yang dari tadinya bising, terus terdiam.

"Maafkan saya miss, Saya tak sengaja," murid lelaki yang terlanggar guru wanita itu meminta maaf dengan suara datarnya.

Eman yang masih statik di tempatnya hanya melihat sahaja kejadian di depan kelasnya itu. Haih, mengganggu kelas betullah drama ni.

"Awak letak mata awak dekat mana?! Buta ke ha?!" Ayat dilontarkan oleh Irdina itu cukup membingitkan telinga Eman. Eh sedap-sedap je dia hina adik Ipar aku kan?!

Ya, wanita yang jatuh tersungkur itu Irdina dan lelaki yang terlanggarnya pula Thariq. Nampaknya perempuan ni tak tahu lagi sisi gelap si Thariq ni.

Thariq hanya mendiamkan diri dan memandang tepat ke arah Eman. Thariq sebenarnya terlewat datang kelas, ni baru sampai terlanggar pula minah berpakaian tak cukup kain.

Dia malas mahu memanjangkan masalah, Jadi dia terus meminta izin untuk masuk ke kelasnya iaitu Kelas Sir Eman. Eman memberi keizinan dan menyuruh Thariq duduk di tempatnya.

Irdina masih duduk tersungkur di lantai itu. Sepertinya tiada tanda-tanda ada sesiapa mahu tolong dirinya.

"Adel, pergi tolong Miss Irdina ke pejabat dan bantulah dia apa-apa. Kamu ahli bulan sabit merah right? Now, pergi tolong. Saya izinkan," Murid bernama Adel itu pun ke arah Irdina.

Adel yang baru sahaja pegang lengan Irdina untuk membantu Irdina bangun, terus tangannya ditepis oleh Irdina.

"Tak payah sentuh akulah perempuan. Jijik," kata-kata yang hanya boleh didengari oleh Adel dilontarkan. Sungguh kata-kata itu menghiris hati Adel.

Irdina terus bangun seperti tiada apa-apa berlaku dan berlalu pergi. Adel masih lagi terduduk di situ kerana otaknya terngiang-ngiang dengan ayat Irdina itu.

Eman yang perasan Adel sudah lima minit tidak bergerak dari situ mulai risau.

Adel ialah seorang murid yang amat sensitif, mudah terasa dan hati tisu. Dia bukannya memerli, tapi ini hakikat.

Sejak dia sudah tahu ada murid yang jenis mudah terasa, Eman terus tidak lagi berkata sesuatu yang kasar atau boleh menghiris hati seseorang. Dia tak pernah berkata sesuatu yang tidak baik, cuma dia perlu lebih berhati-hati.

"Adel... Kamu okay?" Eman bertanya dengan berjaga-jaga. Dia mula menghampiri murid itu. Eman lihat sahaja muka Adel, terus dia beristighfar.

Mata Adel merah. Nampak sangat yang dia sedang menahan tangisan. Pasti ada ayat yang dilontarkan oleh Irdina yang membuatkan Adel sedih. Dia perlu siasat perkara ini.

Baru sahaja dia mahu memanggil murid lain untuk membantu Adel, terus ada seorang murid yang laju ke arah Adel. Dia memegang kemas bahu Adel dan goncang bahu Adel agar Adel sedar.

"Adel, are you Okey?"
"Hey hey, look at me honey?"
"Tell me what that b*tch told to you,"

Membulat mata Eman tika mendengar ayat-ayat yang dituju ke Adel oleh lelaki itu. Lebih terkejut, murid itu ialah... Thariq???

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Assalamualaikum Along," lembut sahaja suara itu menyapa Tyara. Hari ini Tyara dan Eman berpakat untuk mencuba baju kahwin yang telah ditempah oleh mereka.

Cakap je pasal tu terus Teratai mahu ikut sekali. Tyara pula terlepas cakap, dah si Famy pun nak ikut sekali. Haih semak betullah jantan ni.

"Waalaikummussalam. Ha sampai pun. Jap lagi Si Famy pula. Eman dah sampai. Dia tunggu dalam kereta je katanya," Teratai hanya mengangguk. Tak sampai beberapa minit, terdengar bunyi pintu kafe itu dibuka.

"Aku paling lambat ke?" Semua mata menumpu pada Famy. Tyara pun membuat muka menyampahnya.

"Ya, kau paling lambat sekali," Teratai berkata dengan tiada perasaannya. Dia sambung bermain telefon. Huh mengganggu betullah mamat ni.

"Dah dah, jangan gaduh. Aku kahwinkan juga korang berdua ni," Tyara pun mengambil totebag nya dan pergi ke arah kereta Eman.

Semua telah pun masuk ke dalam perut kereta Eman. Mereka berbual sedikit dan mula ke destinasi yang dituju.

Dalam hati Eman, mahu sahaja dia siat-siat Fahmi ni. Semak betul. Orang nak pergi try baju kahwin je pun.

Mereka pun tiba di kedai mereka tempah baju itu. Tyara pun menepuk bahu Eman sedikit menggunakan telefonnya.

Tyara mengarah Eman dengan tangannya supaya Eman tunduk sedikit. Maklumlah Tyara ni kecil molek ja. Kalau berdiri sebelah Eman, dia hanya separas bahu lelaki itu.

"Hmm, Weh kalau baju aku tu aku suruh adik aku je cuba boleh tak? Saiz badan kami sama je cuma aku tinggi sikit. Boleh?" Soal Tyara berbisik pada Eman.

Huh tinggi sikit? Awak tu kecil molek tau. Tengok dari atas dua-dua sama tinggi. Eman malas bahu bertengkar, jadi dia anggukkan sahaja.

"Okey terima kasih telur nak rebus," kata Tyara tersenyum dan terus berlari anak dan memaut tangan Teratai. Haih comel betul future wife dia ni.

"Ha kau, aku nak kau cuba baju aku. Kau tu rendah sikit je dari aku, badan kita pun macam sama saiz, jadi tolong cuba baju aku. Kalau aku pakai sekarang nanti tak smart," Arah Eman kepada Famy dengan muka cold nya.

HAHAHAHA tahu takut pun si Famy ni. Terus Famy mengangguk dengan laju tanda Okey Okey okey!

"Nah Korang pergi lah cuba. Ada dua fitting room kat sini," arah Tyara kepada Famy dan Teratai.

Mereka menurut dan pergi ke fitting room. Tyara dan Eman sudah tergelak sebab dua-dua yang nak sangat ikut menjadi mangsa mencuba baju kahwin mereka.

______________________________________

983 patah perkataan

Bersambung....

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana DiaWhere stories live. Discover now