KD 10

11 3 0
                                    

"Is it true.... That you don't know me?" Kecewa, Disappointed. Malu. Tak guna. Itu yang berada di fikiran Ivan. Apa yang aku dah buat ni.

"Yes. Apa-apa pun yang awak cuba buat, maybe untuk ingatkan saya atau apa-apa selain pun, saya tetap tak ingat awak-"

"STOP!!!!"

Perkataan itu membuatkan Tyara tersentak. Kepalanya sudah berpinar-pinar. Aduh janganlah nak pengsan kat depan jantan ni.

Buk!

Badan Tyara sudah di muka lantai. Nasib Ivan mempunyai badan yang sasa. Dia pun mencempung tubuh kecil Tyara dan membawanya masuk ke dalam Kafe

"Thank you for opened the door," Ucap Ivan pada Sofia. Ya, Sofia yang tolong bukan pintu ketika melihat tubuh Tyara dicempung jejaka yang tidak dikenalinya.

"What have you done bro?!" Jerit suara garau seorang lelaki. Tamim. Tamim yang baru tiba di kafe terus menumbuk pipi Ivan. Sebelum hampir tiba di kafe, dia terlihat seorang lelaki seperti mengangkat seseorang. Bila dilihat kali kedua, seseorang itu alongnya, Tyara.

"Kenapa kau tumbuk aku ha?!?!" Pekik Ivan. Dia bengang mengapa lelaki itu harus menumbuknya tanpa soal siasat dahulu.

"Kau dah buat ape ha dekat Along aku?! Tak puas lagi ke apa yang kau buat dulu?!" Jerit Tamim. Habis bergema satu Kafe itu. Muka Sofia sudah kelat. Lagi lama mereka ni, lagi besar masalah.

"Sudah! Tamim stop! Encik Stop! Kalau nak gaduh bukan di sini! Buat malu Akak Tyara Aje lah korang ni! Bende boleh bincang elok-elok kan? Buat ape gaduh?" Tegas suara Sofia. Siapa  Aje suka suara orang bergaduh?

Beberapa minit pun berlalu. Senyap yang agak kuat dan lama di situ terhenti ketika tubuh Tyara mula bergerak, suara Tyara mula kedengaran.

"T-Tamim?" Orang pertama yang Tyara nampak ialah Tamim. Perasaan Ivan sedikit  kecewa padahal Ivan betul-betul berada di depan tubuh itu. Tetapi apa yang boleh dikatakan.

"Sof, nanti tolong tutup kedai. Akak balik awal ye, letih. Maafkan akak ye Sof," kata Tyara dengan suara serak nya itu. Sofia hanya mengangguk dan dia diberi segugus kunci kafe itu.

Tyara pun mula berdiri dan memaut lengan Tamim. Dia mengajak Tamim pulang dan Tamim hanya mengiyakan sahaja. Tamim pun tiada tujuan mahu ke kafe, ingat nak kacau-kacau, tahu-tahu masalah pula yang jadi.

Ivan pun merenung sahaja kereta Tamim yang mula meluncur di jalan raya. Sabarlah Ivan, Tuhan sayang orang yang bersabar.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰


"Kenapa? Kenapa? Arghhhhh!!!!!" Kedengaran jeritan yang nyaring dari bilik Tyara. Thariq, Tamim dan Tamara pula serentak membuka pintu bilik mereka  ketika terdengar jeritan itu.

"Kau dengar juga ke?"
"Korang dengar juga ke?"

Mereka soal serentak. Rasanya yang kembar sekarang ni hanya Tamim dan Tamara, sejak bila Thariq jadi kembar mereka sekali? Tamim dan Thariq hanya kongsi bilik. Tamara dan Teratai juga berkongsi bilik cuma malam ni Teratai pergi outing dengan kawan-kawannya.

Mereka bertiga angguk serentak. Mereka pun mula perlahan-lahan mengorak langkah ke bilik Tyara. Tiba-tiba mereka terdengar tangisan Tyara

Terus mereka bertiga merempuh bilik Tyara. Kenapa Tyara tidak kunci bilik? Otak mereka ligat berfikir.

Masuk sahaja dalam bilik Tyara, mereka terlihat Tyara yang sedang duduk dan lutut dirapatkan ke mukanya. Mereka bertiga perlahan-lahan ke arah Tyara dan terus memeluk tubuh Tyara itu.

"Along... Are you okay?" Soal Tamara sambil mengelus lembut rambut Tyara. Namun soalannya hanya berbalas dengan bunyi tangisan Tyara.

"Kenapa dia datang balik?" Soalan Tyara membuatkan mereka bertiga tertanya-tanya. Siapa? Siapa yang datang balik?

Sebenarnya ketika itu sudah menunjukkan 1 pagi. Tamara terdengar jeritan itu apabila dia terbangun dan mahu ke tandas. Tamim dan Thariq pula sedang bermain Game Online.

Mereka bertiga saling menenangkan Tyara.  Tahu-tahu seorang demi seorang tertidur. Keempat-empat mereka tertidur masih dalam keadaan memeluk. Nasib lah katil bilik Tyara itu bersaiz Queen.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰


"I'm sorry Emi... I already hurting your feelings... I love you, Emi. Forever and ever" tangisan. Air mata jejaka itu mengalir di pipi jejaka itu.

Tyara Emily, cinta pertama...

______________________________________

634 patah perkataan

Bersambung

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana DiaWhere stories live. Discover now