BAB 2

18.4K 634 70
                                    

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunkanlah dosa-dosa ku, sesungguhnya hamba MU yang hina ini terlalu banyak melakukan dosa. Engkau permudahkanlah segala urusan ku dan urusan ahli keluarga ku. Ya Allah, Engkau jodohkan la aku dengan seseorang yang bernama Qays Haddad Bin Ebrahim. Aku sangat mncintai dia dan  semoga dia la nama jodoh ku yang tertulis sejak di luh mahfuz. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku. Aku mohon Ya Allah perkenankan la doa-doa ku ini. Amin." Dayana  mengaminkan doanya lama tapak tangan menutup wajahnya,kaku dia di atas sejadah ini. Setiap kali dia berdoa dijodohkan dengan Qays Haddad pasti air mata membasahi pipi.

"Qays Haddad Bin Ebrahim." Dayana meletak tapak tangan di dada, dia berasa sangat tenang saat menyebut nama itu.

Dia tersenyum sendirian apabila dia teringat, dia menyelongkar stor fail gara-gara mencari fail Dato Seri Aminah untuk mengetahui siapa nama penuh Qays Haddad. Apabila ada pesakit masuk wad, mereka perlu mengisi nama waris untuk dihubungi jika ada sesuatu terjadi. Dato Seri Aminah telah menulis nama Qays Haddad sebagai waris untuk dihubungi daripada situ la Dayana boleh tahu nama penuh lelaki itu.

Dayana membuka telekung dan di sangkut pada hanger lalu di gantung berdekatan dengan almari baju,sejadah di lipat dan di simpan di tempatnya. Dayana melangkah menuju ke katilnya, dia menepuk bantal dan susun kemas di atas katil. Cadar dan comforter di rapikan. Dayana mencapai penyapu dan sapu di dalam bilik ini, setelah berasa bersih Dayana sembur minyak wangi sekeliling bilik tidurnya.

Dayana melangkah keluar daripada bilik dan menuju ke dapur, pagi-pagi dia dah bau rempeyek ikan bilis yang sedap. Bau ni mesti datang daripada dapur belakang di mana di situ lah tempat umie dan 2 orang pekerjanya membuat rempeyek ikan bilis, kuih kapit dan kuih goyang. Sudah 3 tahun umie berniaga kuih tradisional ini, dalam perniagaan mesti ada turun naiknya.

Dayana mendekati umienya yang sedang memotong bawang, pipi wanita itu dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Bau bawang la umie. Umie nak masak apa ni?" Dayana mencapai kuali dan diletakkan di atas dapur gas.

"Umie kan tengah potong bawang mestilah bau bawang tak akan la bau rose kot. Kakngah masak la, masak bihun goreng. Umie dah rendam bihun tu." Kata Puan Fatimah sambil menunjuk ke arah periuk besar di atas meja makan itu.

"Baiklah Puan Fatimah saya menurut perintah." Jawab Dayana sambil mengangkat periuk besar ini di bawa ke sink untuk membuang air bihun yang telah di rendam itu.

"Kakngah dah ada jawapan ke?" Dayana terpaku jap apabila mendengar pertanyaan umienya. Selepas membuang air rendaman bihun, Dayana meletak semula periuk besar itu di atas meja.

"Dah, jawapan dia.... Kakngah tak terima lamaran tu." Puan Fatimah mengeluh mendengar kata-kata Dayana, dia dah agak dah pasti itu jawapan anak keduanya ini.

"Kenapa? Sebab jawapan Istikharah kakngah lelaki itu lagi?"

Dayana mengangguk pelahan, dia tahu umie mesti kecewa kerana dia sudah menolak 4 kali pinangan. Gara-gara apabila dia solat Istikharah jawapan yang dia terima adalah Qays Haddad bukannya orang yang meminangnya itu.

"Sampai bila kakngah nak tunggu dia? Kakngah dah tunggu dia setahun tau. Entah-entah dia dah berkahwin dan beranak pinak kot." Ujar Puan Fatimah dengan nada sedikit kecewa dengan Dayana kerana mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

"Sampai kakngah betul-betul yakin yang kakngah dah tak ada jodoh dengan dia. Umie jangan la risau, masa tu akan tiba. Umie doa kan kakngah ditemukan dengan jodoh baik dan sesuai." Dayana cuba menenangkan hati umienya yang risau itu.

"Anak umie ni baik, mestilah jodoh dia pun baik." Puan Fatimah mengusap lembut pipi anak keduanya ini. Ramai lelaki mahukan anaknya ini tetapi dia tetap juga mahukan seseorang yang tidak tahu statusnya itu.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now