BAB 24

20.8K 588 70
                                    

Usai menunaikan solat fardhu subuh Qays Haddad melangkah keluar daripada bilik dan menyusun langkah menuju ke ruang makan untuk menikmati sarapan. Dia mendekati meja makan yang diduduki oleh Dato Seri Aminah dan Quraittulain, mereka sedang berbual sambil menjamu selera.

"Dr.Yana macam mana dia okay ke mama?" Tanya Quraittulain, nama yang di sebut adiknya itu menarik minat Qays Haddad terhadap perbualan mereka. Dia melabuh punggung di atas kerusi berhadapan dengan Quraittul ain.

"Alhamdulillah, makcik Imah kata dia dah tak trauma seperti beberapa hari lepas sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Sekarang dia semakin okay." Kata Dato Seri Aminah.

Qays Haddad lega mendengar khabar baik tentang gadis kesayangannya itu. Selepas kejadian culik itu, sudah beberapa lama dia tidak mendengar cerita tentang gadis itu kerana mereka tidak saling berhubung. Macam mana nak berhubung kalau masing-masing tidak menyimpan nombor telefon sesama mereka.

Qays Haddad tersenyum sendiri apabila teringat tentang Dayana. Rindunya dia pada gadis itu.

"Abglong dah kenapa tersengih sorang-sorang?" Tanya Quraittulain hairan melihat abangnya itu tiba-tiba tersenyum sendiri.

Senyuman Qays Haddad mati apabila di tegur adiknya.

"Tu bukan senyum itu senaman mulut. Mama, Qays nak discuss pasal wedding." Dato Seri Aminah dan Quraittulain saling berpandangan apabila mendengar kata-kata Qays Haddad.Pelik pula mereka apabila lelaki ini tiba-tiba berminat bercakap tentang majlis perkahwinannya.

"Qays nak discuss pasal apa tu?"

"Qays nak perkahwinan Qays dan tunang berlangsung minggu ni juga." Tersembur air teh o yang sedang di minum Quraittulain, manakala Dato Seri Aminah terkebil-kebil mendengar kata-kata Qays Haddad. Bagai nak tercabut jantungnya mendengar permintaan gila anak sulungnya ini.

"Qays tahu tak minggu ni tu ada lagi beberapa hari je? Kenapa kalut sangat ni? Bukan ke Qays tak suka tunang Qays tu ke?" Tanya Dato Seri Aminah hairan. Dia memandang lama wajah Qays Haddad.

"Or abglong sebenarnya dah tahu siapa tunang abglong kan?" Teka Quraittulain sambil merenung tajam ke arah abang sulungnya ini.

Qays Haddad tersedak nasi goreng mendengar kata-kata adiknya ini. Dia mengukir senyuman.

"Yup, abglong dah tahu Dr. Yana tu tunang abglong sebab tu abglong nak menikah minggu ni juga." Dato Seri Aminah menggeleng kepala mendengar kaa-kata Qays Haddad.

Quraittulain sudah agak abangnya ini sudah tahu siapa tunangnya sebab tu gelojoh semacam.

"No.. mama tak siap apa-apa lagi. Pelamin, dewan, baju pengantin, jemputan semua tak buat lagi. Mama tak setuju." Bantah Dato Seri Aminah, dia memang sangat tidak setuju dengan permintaan Qays Haddad.

"Nikah la dulu, majlis tu kemudian. Qays tak nak apa-apa benda buruk berlaku pada dia lagi. Kalau kami menikah cepat, lagi cepat la Qays dapat melindungi dia." Kata Qays Haddad memberi alasan, sebenarnya dia memang tak sabar mahu menikahi gadis yang dia cintai itu.

Quraittulain menjeling mendengar kata-kata abangnya. Alasan tak logik langsung.

"No.. mama tak setuju. Mama nak majlis nikah dan resepsi di buat sekali dan mesti dengan suasana yang meriah." Dato Seri Aminah membantah lagi.

Qays Haddad melepaskan keluhan mendengar kata-kata mamanya.

"Okay, fine. Kalau mama tak setuju Qays dan Dayana menikah minggu ni. Qays nak ajak Dayana menikah dekat thailand." Ugut Qays Haddad sambil bangun daripada tempat duduknya.

Tercengang Dato Seri Aminah dan Quraittulain mendengar kata-kata Qays Haddad. Haish! Qays Haddad ni kalau nak sesuatu tu nak sekarang juga, tak boleh lambat sikit.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now