BAB 32

16.2K 473 25
                                    

Syafiq berlari mendekati Qays Haddad dan Farhan yang sedang berbincang di dalam pejabat Farhan. Termengah-mengah Syafiq ketika sampai di hadapan pejabat Farhan.

"Kenapa dengan kau ni?" Tanya Farhan hairan.

"Selamat petang Tuan, saya ada dapat maklumat penting tentang Dato Rahman." Syafiq menyerah fail berwarna biru kepada Farhan, fail itu mengandungi dokument yang membongkar tentang identiti Dato Rahman.

Qays Haddad dan Farhan saling berpandangan saat membaca isi kandungan dokumen itu. Gambar-gambar yang di lampirkan turut menarik perhatian mereka.

"Wei! Aku tak sangka Dato Rahman yang dermawan dan warak tu Ketua ahli kongsi gelap Geng Merah? Ini memang maklumat paling mantap pernah aku tengok." Kata Farhan sambil berdiri dengan nada suara sangat terkejut. Bahu Syafiq di tepuk menunjukkan dia bangga dengan Inspector muda ini.

Qays Haddad menggeleng kepala melihat gambar yang memaparkan kegiatan Dato Rahman, dia sangat tidak percaya apa yang dia lihat ini.

"Aku pun tak sangka la Dato Rahman yang kelihatan sangat baik tu rupa-rupanya orang paling kita kehendaki. Kau rasa siapa yang bunuh dia sebenarnya? Musuh dia?" Tanya Qays Haddad sambil mundar mandir dan menyilang tangan di dada.

"Confirm la musuh dia, siapa lagi suspek yang kita nampak untuk dikaitkan dengan kes pembunuhan dia? Tak akan la anak dia?" Ujar Farhan juga pening memikirkan tentang kes yang tak selesai ini.

"Kau rasa Wardah tahu tak pasal papa dia ni?"

"Tak kot sebab aku tengok dia macam nak gila semasa dekat kubur papa dia, kalau dia tahu mesti dia benci papa dia, betul tak?" Farhan mula membuat hipotesis tentang Wardah.

"Aku nak tanya Wardah tentang ni. Aku rasa dia tahu." Berkerut dahi Farhan mendengar kata-kata Qays Haddad.

"Kenapa kau rasa dia tahu? Kau nak aku teman tak semasa kau berjumpa Wardah tu?"

"Cara dia pandang jenazah papa dia penuh dendam walaupun dia menangis. Aku nak jumpa dia sendiri, sebab aku rasa dia tak akan bercerita kalau ada orang lain."

"Kau sure ke nak jumpa dia sendiri. Kau tak takut ke dia buat apa-apa pada kau?" Qays Haddad ketawa mendengar kata-kata Farhan.

"Kau buat lawak ke? Dia perempuan apa yang dia boleh buat? Kalau dia goda aku, aku tepis la sebab aku hanya akan terpikat pada Dayana je." Ujar Qays Haddad bersunguuh-sungguh, dia tak akan mudah terpikat dengan mana-mana perempuan kecuali isterinya sendiri.

"Haish, kau ni jangan belagak sangat kau tahukan kelemahan lelaki adalah perempuan? Aku risau dia goda kau je." Kata Farhan yang risau Wardah akan ambil kesempatan memerangkap Qays Haddad.

"Kau tak payah risau la, In Shaa Allah iman aku kuat. Aku nak balik dulu, rindu la dekat isteri aku." Ujar Qays Haddad sebelum menyusun langkah meninggalkan pejabat Farhan ini. Tak sabar rasanya mahu menemui isterinya itu, walaupun baru beberapa jam berpisah hatinya sangat merinduinya.





Range Rover Qays Haddad memasuki parking rumah teres dua tingkat ini. Dia mengukir senyuman melihat kereta Honda Jazz Dayana sudah berada di parking, awal isterinya itu balik hari ini.

"Assalamualaikum... Sayangku." Ucap Qays Haddad sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Susuk tubuh Dayana sedang baring di atas sofa sambil memegang kepala menarik perhatiannya.

"Kenapa ni sayang? Tak sihat ke?" Tanya Qays Haddad resah melihat wajah Dayana pucat. Dia berlutut di hadapan Dayana, lalu dia mengusap kepala isterinya. Dia mencium dahi, pipi dan bibir isterinya ini.

"Abang, sayang sakit kepala dan rasa loya la. Tak tahu la kenapa? Masuk angin kot." Ujar Dayana lemah.

"Sayang tak makan ke hari ni?" Tanya Qays Haddad gelisah, dia mengusap lembut kepala Dayana.

"Makan.. tapi lambat sikit. Abang, sayang nak makan sup ayam la." Minta Dayana dengan nada suara yang lemah.

"Boleh sayang, apa pun untuk sayang semuanya boleh. Sayang rehat la, abang nak pergi masak sup ayam untuk kesayangan abang ni."Qays Haddad mengucup ubun-ubun Dayana sebelum melangkah menuju ke dapur.

Qays Haddad memasang apron di tubuhnya, kemudian dia meletak periuk atas dapur gas. Dia mengeluarkan ayam, bawang besar, bawang putih, halia dan beberapa jenis sayur. Sebelum mula memasak sup ayam, dia memasak nasi terlebih dahulu. Kemudian dia mulakan sesi potong memotong.

Bau sup ayam yang semerbak membangkitkan selera sesiapa yang menghidunya. Sup ayam yang telah siap di masak, Qays Haddad menuang sup itu ke dalam mangkuk kecil. Qays Haddad melangkah mendekati Dayana sambil membawa dulang yang berisi Satu pinggan nasi, satu mangkuk sup ayam dan segelas jus orange khas untuk isterinya.

"Sayang, abang dah siap masak sup ayam ni." Qays Haddad meletak dulang itu di atas meja kecil yang berada berdekatan dengan sofa ni.

Qays Haddad membantu Dayana untuk duduk, wanita itu sandar pada bahunya dan memeluk erat lengan Qays Haddad.

"Bismillahirahmannirrahim.." Qays Haddad menyuapi nasi dan sup ayam ke dalam mulut Dayana. Selera sungguh isterinya makan nasi dan sup ayam ni, tiba-tiba Dayana memuntahkan nasi di atas riba Qays Haddad.

"Abang.. sayang minta maaf." Ujar Dayana serba salah sambil menitiskan air mata.

"Abang tak kisah la, jangan la menangis sayang. Abang pergi tukar baju lepas tu kita pergi klinik ya." Ujar Qays Haddad lembut sambil mengusap pipi Dayana.

Qays Haddad melangkah menuju ke bilik untuk menukar baju. Selang beberapa minit lelaki itu turun dan mendekati isterinya yang sedang terbaring di atas sofa.

"Sayang, kita ke klinik tau." Kata Qays Haddad sambil mendukung Dayana dan membawa isterinya ini ke kereta.


Range Rover Qays Haddad meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. Sebaik sahaja sampai ke klinik Qays Haddad mendukung Dayana masuk ke dalam klinik.

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Tanya Qays Haddad gelisah sambil memeluk bahu Dayana, isterinya melentokkan kepala bersandar pada bahunya.

"Hasil ujian air kencing Puan Dayana. Saya nak ucapkan tahniah, both of you sebab bakal menjadi papa dan mama." Ucap doktor itu teruja.

Qays Haddad dan Dayana terkejut mendengar kata-kata doktor, mereka saling berpelukan. Qays Haddad mengucup lama dahi Dayana.

"Terima kasih sayang. I love you." Ucap Qays Haddad sambil mencium kepala Dayana. Doktor mengukir senyuman melihat kemesraan pasangan ini, siapa tak bahagia apabila bakal menimang cahaya mata pertama.


Qays Haddad mengelus jari jemari kemudian dia mengucup lama sambil memandu untuk balik ke rumah. Dayana sandarkan kepalanya pada bahu Qays Haddad.

"Abang nak anak lelaki ke perempuan?" Tanya Dayana sambil mengusap lembut pipi suaminya ini.

"Abang tak kisah la sayang, tetapi kalau anak perempuan abang nak letak nama Qawla Nuwairah. Boleh tak?"

"Sedapnya nama, kalau perempuan sayang letak nama Qaf Fayyad." Ujar Dayana teruja, dia mengucup pipi Qays Haddad.

"Sayang, bintang berjuta di angkasa menemani langit malam, sayang di sini menemani hari-hari abang tanpa sayang abang tak mampu bahagia." Ucap Qays Haddad dengan nada suara romantik sambil mengucup kepala Dayana. Hanya Dayana membuat dia berasa sangat bahagia.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now