Tiba-tiba lampu pada Wad ICU berkelip-kelip tanda ada kecemasan.Wardah gelisah melihat Dayana serta beberapa orang jururawat berlari masuk ke dalam wad ICU itu. Hatinya mula tidak tenang kerana dia dapat merasakan ada perkara yang tidak baik akan berlaku pada mamanya.
Dayana terkejut melihat kadar oksigen dan kadar degupan Datin Syasya menurun.
"Defibrillator now! charge to 150 joules" Ujar Dayana tegas sambil melakukan CPR pada pesakit sementara menunggu mesin defibrillator diberi kepadanya.
"Defibrillator now! charge to 150 joules" Mesin defbrillator di tekap pada dada Datin Syasya, badannya terangkat kerana kejutan elektrik pada mesin defbrillator itu.
Kadar oksigen masih tiada perubahan, Dayana mula gelisah.
"Defibrillator now! charge to 200 joules" Mesin defbrillator di tekap lagi pada dada Datin Syasya, badan wanita itu terangkat tinggi.
Dayana melakukan CPR secara manual bagi mengepam jantung supaya dapat berdegup dengan normal semula.Kadar Oksigen dan degupan jantung Datin Syasya masih di tahap kritikal.
"Defibrillator now! charge to 200 joules" Mesin defbrillator di tekap lagi pada dada Datin Syasya. Badan wanita itu terangkat tinggi. Mesin ECG berbunyi, Dayana melepaskan keluhan kerana Datin Syasya tidak dapat di selamatkan. Dia telah berusaha sehabisnya, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.
Dayana melangkah lemah keluar daripada wad ICU ini untuk memberitahu Wardah berita sedih ini.
"Macam mana keadaan mama aku?" Tanya Wardah gelisah.
"Saya minta maaf, kerana saya tidak dapat menyelamatkan Puan Syasya. Allah lebih sayangkan dia." Ujar Dayana sayu.
Menitis air mata Wardah mendengar kata-kata Dayana.
Pang! satu penampar hinggap di pipi Dayana. Dia tergamam saat di tampar oleh Wardah.
"Kau sengaja kan?! Kau memang nak bunuh mama aku kan?!" Jerkah Wardah sambil menggoncang kuat tubuh Dayana.
"Saya dah cuba yang terbaik, tetapi Allah lebih sayang kan dia." Ujar Dayana sambil menolak tangan Wardah.
"Tipu! Kau tipu! Kau bunuh mama aku!" Tengking Wardah sambil menolak kasar tubuh Dayana ke dinding.
"Wardah!" Panggil Qays Haddad apabila melihat Wardah mahu memukul Dayana. Dia mendekati Dayana dan menarik isterinya ke dalam pelukannya.
"Kan, Dayana dah kata dia dah cuba yang terbaik. Cuba la terima hakikat yang ajal itu bukan di dalam tangan kita. Allah yang menentukan segalanya." Marah Qays Haddad kepada Wardah yang seolah-olah tak redha dengan apa yang berlaku.
"You cakap senang kan?! sebab bukan berlaku pada keluarga you, you ingat senang ke I nak redha selepas I kehilangan segala-galanya." Luah Wardah dengan nada suara yang agak tinggi.
"Allah tak akan uji manusia di luar kemampuannya. You kena belajar redha." Wardah mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Qays Haddad.
"I akan balas dendam kepada you all. I bersumpah! I nak tengok masa tu macam mana you redha selepas kehilangan semua yang you sayang." Ujar Wardah sinis, sebelum melangkah masuk ke dalam wad ICU itu.
"Abang, sayang takut." Ujar Dayana gelisah sambil memeluk erat tubuh Qays Haddad.
"Jangan la ambil hati dengan kata-kata Wardah tu, orang kalau tengah sedih dia akan bercakap tanpa berfikir panjang." Kata Qays Haddad cuba menenangkan kegelisah Dayana, kepala isterinya di kucup dengan penuh kasih sayang. Dia berharap Wardah tidak melakukan apa yang dia katakan itu. Dia tidak mahu Wardah terlibat dengan kancah kejahatan kerana akan merosakan masa depannya.
"Sayang takut la, macam mana kalau dia betul-betul nak balas dendam?" Tanya Dayana gelisah sambil memandang lama wajah Qays Haddad.
"Wardah bukan macam tu, dia bukannya jahat sangat. Dia cuma sedih je tu, sayang jangan la risau. Abang kan ada untuk melindungi sayang." Balas Qays Haddad sambil mengusap lembut pipi Dayana.
" Tetapi sayang tak sedap hati la."
"Ishh.. Abang tak nak sayang fikir bukan-bukan, abang datang sini sebab nak ajak sayang lunch. Sayang, mesti lapar kan?" Qays Haddad memegang kedua-dua pipi Dayana dan usap lembut pipi ini.
"Lapar sangat.." Merengek Dayana sambil memeluk pinggang Qays Haddad.
"Jom pergi makan, tetapi sebelum tu abang ada something untuk sayang." Qays Haddad mengeluarkan sesuatu daripada dalam jaket kulit yang dia pakai ini. Kotak baldu berwarna merah, apabila kotak itu di buka seutas rantai tangan huruf di dalamnya, Dayana teruja melihat rantai tangan emas putih itu.
"Susunan huruf QAYS ini supaya sayang sentiasa mengingati abang. Rantai tangan ini akan menjadi pengganti abang kalau sayang rindu abang." Kata Qays Haddad sambil memasang rantai tangan pada pergelangan tangan Dayana.
"Cantiknya abang. Terima kasih sebab sentiasa membuat sayang berasa bahagia." Dayana mengucup pipi Qays Haddad.
Qays Haddad mengelus jari jemari isterinya, dan dia menggenggam dengan erat.
"Abang tak akan penat membuat sayang bahagia, seperti bumi tak akan pernah berhenti berputar begitu juga dengan abang tak akan pernah berhenti mencintai sayang." Ucap Qays Haddad dengan nada suara romantik. Satu kucupan hinggap di ubun-ubun Dayana.
"Jom kita pergi makan sayang. Abang lapar la." Merengek Qays Haddad manja. Dia menyusun langkah sambil menggenggam kemas jari jemari isterinya, Dayana menyusun langkah mengekori suaminya. Qays Haddad boleh menjadi romantik tidak kira tempat, dia tidak perlukan tempat yang istimewa atau hari istimewa untuk menjadi romantik. inilah dia Qays Haddad.
Wardah merenung tajam ke arah Qays Haddad dan Dayana yang sedang berjalan berpimpin tangan menuju ke lif.
"Qays Haddad, aku bersumpah kau akan sengsara seumur hidup kau." Ujar Wardah sinis sambil menyilang tangan dan terukir senyuman sinis di bibirnya melihat pasangan romantik itu kerana dia akan menghadiakan penderitaan pada mereka tak lama lagi.
Lama Wardah duduk di hadapan kubur mamanya, dia rindu wanita ini tetapi sudah ajalnya tiba secepatnya. Namun Wardah tetap berdendam dengan Qays Haddad dan Dayana kerana mereka hidupnya sengsara. Jika Qays Haddad menerimanya semula tak perlu la dia menjadi punca papa dan mama mati .
"Cik Wardah?" Seorang lelaki memakai baju suit blazer hitam dan kemeja hitam berdiri di hadapannya.
Wardah memandang hairan ke arah lelaki itu. Lelaki berumur linkungan 40 an
"Siapa kau ni?"
"Saya Hanif, PA Dato Rahman dan juga Ketua sementara untuk Geng Merah." Berkerut dahi Wardah mendengar kata-kata lelaki itu.
"Ha? Geng Merah? Apa tu?"
"Geng kongsi gelap yang ditubuhkan oleh Dato Rahman. Saya datang sini nak sampaikan amanat Dato Rahman yang mahu Cik Wardah mengetuai geng itu." Wardah ketawa mendengar kata-kata Hanif.
"Gila ke? Saya ni perempuan,lagipun apa yang saya dapat kalau menyertai geng tu? Kaya? Berkuasa? Boleh bunuh semua musuh saya?" Tanya Wardah sinis.
"Cik Wardah hanya monitor, kami yang akan buat kerja atas arahan Cik Wardah. Cik Wardah akan dapat semua tu. Kalau nak lebih berkuasa sehingga semua ketua kongsi gelap tunduk pada Cik Wardah, kita kena pastikan seorang polis ni mati bunuh diri di hadapan kita semua." Ujar Hanif dengan nada suara yang serius.
"Siapa dia?"
"ASP Qays Haddad Bin Ebrahim." Bulat mata Wardah mendengar nama itu. Tiba-tiba dia berminat dengan tawaran yang di beri.
"Kenapa dia kena mati bunuh diri?"
"Sebab dia seorang anggota polis yang hebat mampu menumpas lebih 3 orang ketua kongsi gelap dan untuk membunuh dia juga sukar jadi apabila dia dengan rela bunuh diri. Itu adalah satu penghormatan kepada semua geng kongsi gelap. Jadi macam mana Cik Wardah sudi sertai kami?" Tanya Hanif sambil menghulur tangan kepada Wardah.
Wardah menyambut tangan itu dan mereka berjabat tangan. Terukir senyuman sinis di bibir Wardah, kubur mamanya menjadi saksi yang dia akan berubah untuk membalas dendam.
![](https://img.wattpad.com/cover/338076423-288-k863139.jpg)
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...