BAB 30

17.3K 469 19
                                    

Akim melangkah masuk ke dalam kereta Wardah, entah kenapa wardah mahu berjumpa dia di tempat yang agak terpencil ini.

"Kenapa nak jumpa dekat sini? Kenapa tak jumpa dekat tempat biasa?" Tanya Akim hairan sebaik sahaja berada di dalam kereta Wardah.

"Sebab sekarang ni you penjenayah, jadi kita dah tak boleh jumpa macam dulu lagi." Akim ketawa mendengar kata-kata Wardah.

"Penjenayah yang you cipta untuk membunuh papa you sendiri." Kata Akim sinis.

"I suruh bunuh papa bukan mama I, sekarang ni mama I kritikal dekat hospital tahu tak?!" Ujar Wardah tak puas hati, nada suaranya mula meninggi.

"I tertembak mama you sebab dia cuba nak selamatkan papa you. I dah buat kerja ikut arahan you, mana baki upah I." Akim menghulur tangan kepada Wardah meminta baki upahnya.

"Ini upah dan tiket kapal terbang. I nak you pergi jauh daripada sini sebelum Qays Haddad kesan you. Dia polis yang berbahaya dia boleh tangkap you pada bila-bila masa." Ujar Wardah gelisah, dia tak sangka Qays Haddad polis yang akan handle kes ini.

"Qays Haddad? Ex you tu? You masih sayang pada dia lagi ke?"

"I mula sedar yang I betul-betul cinta kan dia selepas kami putus. I tak pernah rasa perasaan ni dengan mana-mana lelaki. I menyesal sangat kerana mengkhianati dia, I tak sanggup tengok dia bahagia dengan isteri dia. Jadi misi I adalah merampas dia daripada isteri dia." Terukir senyuman sinis di bibir Wardah.

"Masalahnya dia nak ke dekat you lagi?"

"I tahu dia memang tak akan kembali pada I semula tetapi I akan buat dia dan isterinya bergaduh besar sehingga bercerai-berai. I tak akan biarkan dia hidup bahagia atas penderitaan I." Wardah ketawa besar apabila mengenangkan strategi yang akan dia jalan kan nanti.

"Suka hati you la, apa yang penting sekarang I dah dapat upah I. I pergi dulu baby." Ujar Akim sempat lagi dia mencium pipi Wardah sebelum melangkah keluar daripada kereta gadis itu.

"Qays Haddad , aku tak akan biarkan kau bahagia atas penderitaan aku. Aku bersumpah." Kata Wardah sendirian, terukir senyuman sinis di bibirnya, dia akan pastikan rumah tangga lelaki itu hancur berkecai sehingga tidak boleh dicantumkan semula.


Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Al Ehsan. Wardah menangis teresak-esak saat melihat papa dia dikebumikan. Dia memeluk erat tubuh Dato Seri Aminah.

Usai sahaja talkin di baca semua tetamu mula bersurai, Wardah masih kaku di tepi kubur papa dia. Qays Haddad menyiram air di atas kubur papa Wardah tiba-tiba gadis itu jatuh pengsan di kakinya. Qays Haddad terkedu, kepala Wardah baring di kakinya. Dia kaku di situ, dia memandang Dayana berharap isterinya itu tidak merajuk dengannya. Malangnya Dayana menjeling melihat Wardah jatuh pengsan di kaki suaminya

"Wardah?!" Kelam kabut Dato Seri Aminah yang sedang pengsan itu.

Pipi Wardah di tepuk pelahan tetapi gadis itu masih tak sedarkan diri. Dato Seri Aminah menrenjis air di wajah gadis itu tetapi masih tak sedarkan diri.

"Qays angkat Wardah ke kereta." Arah Dato Seri Aminah.

Qays Haddad terkejut, begitu juga dengan Dayana.

"Kenapa Qays?" Tanya Qays Haddad tak puas hati.

"Sebab Qays seorang je lelaki dekat sini sekarang ni." Qays Haddad mendengus kasar mendengar kata mamanya.

Dalam terpaksa dia mendukung Wardah menuju ke kereta. Semasa Qays Haddad sedang membawa Wardah ke kereta tiba-tiba gadis itu sandarkan wajahnya ke dada dia, dia berasa tidak selesa dan terus melangkah lebih laju. Dia meletak Wardah di dalam kereta, lalu melangkah menuju ke keretanya untuk melihat keadaan Dayana.

Semasa Qays Haddad melangkah masuk ke dalam kereta, Dayana sedang menangis. Dia melepaskan keluhan, dia mencapai jari jemari isterinya ini dan mengucup dengan penuh kasih sayang.

"Abang minta maaf, abang terpaksa dukung dia. Abang tahu sayang mesti marah dan cemburu kan?" Ujar Qays Haddad serba salah, dia mengusap pipi Dayana dan mengesat air mata yang mengalir di pipi isterinya ini.

"Sayang cuba nak fahami abang, sayang cuba tak nak cemburu dan cuba nak open minded tetapi sayang gagal. Sayang sedih sangat bila tengok abang dukung dia." Luas Dayana sambil menangis teresak-esak.

Qays Haddad menarik Dayana di dalam pelukannya, dia mengucup lama kepala isterinya ini.

"Sayang memang patut sedih pun sebab sayang mencintai abang. Sayang, abang tak rasa apa pun semasa dukung dia tu, abang buat tu pun terpaksa dan darurat. Tetapi kalau abang dukung sayang, abang rasa macam nak cium sayang." Ujar Qays Haddad sambil tunduk memandang wajah Dayana dan bibir mereka bertaut lama.

"Ini ubat untuk kesedihan sayang. Sayang tahu tak bunga perlukan cahaya matahari untuk terus hidup, macam tu lah abang perlukan sayang untuk teruskan kehidupan abang." Ujar Qays Haddad dengan nada suara romantik. Dia mengucup kening Dayana, turun ke hidung dan turun ke bibir. Bibir mereka bertaut lagi kali ini lebih lama.

Qays Haddad melepaskan ciuman itu dan memandang lama wajah isterinya sambil mengukirkan senyuman.

"Sayang rasa macam mana sekarang? Dah tenang ke?" Dayana mengangguk pelahan.

"Abang tak pernah gagal buat sayang tenang." Ujar Dayana manja sambil memukul pelahan dada sasa Qays Haddad.

"Mestilah, abang akan berusaha untuk tenangkan sayang sebab abang akan sedih kalau sayang sedih. Sayang kan bidadari abang, kesayangan abang." Kata Qays Haddad sambil mencuit hujung hidung Dayana, lalu dia menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya semula. Dia berasa tidak mahu melepaskan pelukan ini selamanya, malangnya dia perlu melepaskan juga untuk memandu keretanya ini. Lega hatinya melihat Dayana sudah tenang dan tidak menangis lagi.



Rumah banglo Dato Seri Aminah di penuhi tetamu yang hadir untuk majlis tahlil dan juga bacaan yasin untuk Dato Rahman dan juga Datin Syasya. 

Wardah merenung lama ke arah Qays Haddad yang sedang kusyuk membaca yassin. Walaupun jarak antara mereka agak jauh tetapi wajah lelaki itu jelas dalam pandangannya. Kurta putih yang dipakai lelaki itu membuat lelaki itu kelihatan sangat kacak.

Dayana mendengus kasar melihat cara renungan Wardah pada suaminya. Usai saja membaca yassin, Dayana menarik Wardah ke bahagian belakang rumah banglo ini.

"Apahal kau tarik aku ni?" Tanya Wardah tak puas hati.

"Apa masalah kau nak try hard untuk menggoda suami aku? Daripada kubur tadi kau memang sengaja nak dia dukung kau kan?!" Tanya Dayana sinis, dia memang sudah tak boleh sabar dengan perempuan ini.

"Bagus la kalau kau sedar, aku tak akan berhenti untuk menggoda kembali Qays Haddad sebab aku tahu suatu hari nanti dia akan jatuh juga ke dalam pelukan aku. Kau kena ingat dia lelaki kelemahan dia adalah perempuan. Kau jangan yakin sangat dia akan setia pada kau." Terukir senyuman sinis di bibir Wardah.

Dayana merenung tajam ke arah Wardah.

" AKu memang yakin yang suami akan setia mencintai aku. Kau tu yang kasihan, terdesak sangat ke sampai suami orang pun kau nak kebas? Mana kau letak maruah kau? Dekat kaki? Kau tak akan berjaya memiliki Qays Haddad sebab dia memang tak nak dekat kau." Sindir Dayana sinis, sebelum menyusun langkah meninggalkan Wardah sendirian di situ, puas hatinya dapat melontarkan apa yang terbuku di dalam hati.

Wardah mendengus kasar mendengar kata-kata Dayana dia menyepak pintu sekuat hati.

"Kau jangan cakap besar Dayana, kau tunggu la penderitaan kau akan tiba tak lama lagi. Aku nak kau meraung saat melihat Qays Haddad di dalam pelukan aku." Wardah mengukir senyuman sinis melihat kemesraan Dayana dan Qays Haddad di hadapan matanya. Menikmati la kebahagiaan sementara ini kerana penderitaan selamanya akan tiba tak lama lagi.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now