Dayana melangkah longlai mendekati meja makan, dia tiada selera untuk menjamu selera tetapi demi bayi di dalam kandungan dia kuat kan semangat yang kian luntur itu. Semuanya gara-gara pengkhianatan yang di beri Qays Haddad kepadanya.
"Kaklong, are you okay?" Tanya Quraittulain sambil meletak pinggan yang berisi bihun goreng di hadapan Dayana.
"Entah la Ain, kaklong sedih sangat dengan apa yang telah abglong buat pada kaklong. Apa dosa kaklong sampai dia sanggup buat macam ni pada kaklong ." Dayana menangis teresak-esak saat mengenangkan kisah yang menyakitkan itu.
Quraittulain memeluk erat tubuh kakak iparnya ini, dia turut mengalirkan air mata apabila melihat wanita itu bersedih.
"Mama minta maaf bagi pihak Qays, mama tak sangka dia sanggup melakukan perkara jijik itu. Mama malu ada anak seperti Qays." Ujar Dato Seri Aminah sambil memegang tangan Dayana.
"Kaklong kena kuat demi baby. Ain akan jaga kaklong, biarlah abglong tu dengan kehidupan dia yang entah apa-apa tu. Ain dah tak percayakan dia." Kata Ain sambil memeluk bahu Dayana, supaya kakak iparnya ini lebih tenang.
Tang! bunyi pintu di tendang dengan kuat mengejutkan semua orang yang berada di meja makan. Tiba-tiba lima orang lelaki bersenjata muncul di meja makan.
"Siapa kamu semua ini?!" Tanya Dato Seri Aminah gelisah.
"Ikut kami!" Arah salah seorang daripada penjahat itu sambil mengacu pistol ke arah Dayana, Quraittulain dan Dato Seri Aminah.
"Saya nak ambil tudung." Ujar Dayana ketakutan.
"Tak payah! Jalan cepat!." Tubuh mereka semua di tolak kasar dan di paksa berjalan mengikut mereka ke sebuah van.
Pembantu rumah Dato Seri Aminah mahu menghubungi seseorang apabila melihat kejadian itu, malangnya mereka di tembak bertalu-talu tanpa belas kasihan.
"Apasal lembab sangat ni?!" Marah salah seorang penjahat itu sambil menolak kasar Dayana, wanita itu hampir tersandung ke hadapan. Dia menangis ketakutan, siapakah mereka ini? Apa yang mereka ingin lakukan kepadanya dan juga mama serta Quraittulain?
Apabila Dayana, Dato Seri Aminah dan Quraittulain sudah masuk ke dalam van, maka van itu bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah banglo ini.
Range Rover Qays Haddad berhenti di perkarangan rumah banglo Dato Seri Aminah, dia hairan melihat pagar terbuka luas. Bagitu juga dengan pintu utama rumah itu. Dia berlari masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat dua orang pembantu rumah mamanya terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.
"Sayang? Sayang?!" Qays Haddad mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas mencari Dayana. Apabila dia membuka pintu, tiada penghuni di dalam bilik ini. Hatinya mula gelisah.
"Mama? Mama?!" Dia berlari ke bilik mamanya, di dalam bilik itu juga tiada penghuninya. Qays Haddad melepaskan keluhan, dia berlari turun ke tingkat bawah. Hatinya mula tidak tenang, tiba-tiba telefon bimbitnya berlagu nama Wardah tertera di skrin telefon bimbitnya ini, gadis itu membuat panggilan video.
"Hai Sayang, rindu I tak? I ada hadiah untuk you." Bulat mata Qays Haddad apabila melihat di dalam panggilan video itu Dayana, mamanya dan Quraittulain di ikat pada sebuah kerusi tangan dan kaki mereka di ikat, mulut mereka di tutup dengan soletape.
"Apa masalah kau ni?! Kau sekarang ni berdendam dengan aku, kenapa mesti nak melibatkan mereka?" Ujar Qays Haddad tak puas hati.
"Sebab diaorang adalah kelemahan you. I nak you datang sini buat pertukaran dengan mereka. You bagi nyawa you pada I and then I akan melepaskan mereka. Deal?" Kata Wardah sinis.
![](https://img.wattpad.com/cover/338076423-288-k863139.jpg)
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romansa"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...