Dua buah kereta pancuan 4 roda polis berhenti di sebuah hutan yang terletak di hulu Kg Changkat. Qays Haddad melompat turun daripada kereta ini dia telah lengkap berpakaian tshirt hitam, manakala lapisan luar adalah baju kalis peluru dan kaca mata hitam di sarung pada wajahnya bagi mencengah silau cahaya matahari.
Qays Haddad berlari menuruni lereng bukit ini diikuti 5 orang pasukan polis lain. Operasi ini diberi nama Ops Serkap bagi menangkap suspek utama bagi kes pembunuhan seorang jururawat. Suspek di dapati telah melarikan diri di dalam hutan ini bersama tiga orang rakannya.
Qays Haddad menyorok di belakang pokok besar sambil memegang kemas pistol, dia mengintai ke arah pondok yang di percayai menjadi tempat persembunyian pembunuh itu. Dia berlari anak ke arah pondok itu sambil pistol di angkat tinggi paras bahu.
Kehadiran pihak polis telah disedari penjenayah itu, mereka melepaskan beberapa das tembakan. Qays Haddad menyorok belakang pokok sambil membalas tembakan penjenayah itu. Satu das tembakan telah terkena dua orang daripada mereka.
Penjenayah itu marah mula dan telah membuat tembakan secara rambang ia menyebabkan beberapa orang anggota polis cedera. Qays Haddad berasa sangat marah apabila melihat pasukannya telah tercedera. Dia berlari keluar daripada pokok besar itu sambil melepaskan beberapa das tembakan tanpa henti ke arah penjenayah itu sehingga salah satu das tembakannya terkena tepat pada dadanya.
Qays Haddad turut tercedera pada bahunya tetapi di masih boleh menahan kesakitan itu.
Semua mayat penjenayah itu di bawa ke hospital untuk tindakan lebih lanjut dan beberapa anggota polis yang tercedera di bawa untuk menerima rawatan. Qays Haddad lega melihat pasukannya hanya cedera ringan dan akhirnya kes ini selesai juga. Dia berasa sangat lega dan mahu mengambil cuti beberapa hari untuk menenangkan fkirannya.
Dayana mengukir senyuman melihat Dato Seri Aminah yang mula berselera untuk menikmati makanan. Kalau tidak sesudu je wanita ini makan ketika baru sahaja selepas melakukan pembedahan.
"Aunty seorang saja ke? Tiada peneman hari ni?" Tanya Dayana sambil memeriksa bunyi degupan jantung Dato Seri Aminah menggunakan stathescope.
"Qays ada operasi hari ni, Ain pula exam. Seorang diri je la hari ni." Kata Dato Seri Aminah sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Aunty boleh balik hari ni. Siapa yang akan ambil aunty?" Tanya Dayana sambil menulis sesuatu pada laporan kesihatan Dato Seri Aminah.
"Yeke? Nanti aunty suruh driver datang ambil la."
"Saya pun dah nak balik sekejap lagi, aunty balik dengan saya la." Dato Seri Aminah mengangguk mendengar kata-kata Dayana. DIa gembira mendengar bakal menantu tak jadinya itu mahu menghantar dia balik boleh la dia mengenali Dayana lebih rapat.
Jam menunjukkan pukul 3 petang, Dayana menolak wheelchair yang dinaiki Dato Seri Fatimah menuju ke arah keretanya,
"Susah-susahkan Dayana je nak kena tolak saya sampai ke kereta." Kata Dato Seri Aminah apabila Dayana membantunya bangun daripada wheelchair ini kemudian memimpinnya masuk ke dalam kereta.
"Mana ada susah, saya okay je." Kata Dayana sambil meletak wheelchair di tempat yang telah di sediakan.
Dayana memulakan pemanduan dan dia perasan Dato Seri Aminah memandang ke arahnya lama. Apa la wanita ini sedang fikirkan tentangnya.
"Kenapa Yana tak berkahwin lagi?" Dayana tergamam mendengar pertanyaan Dato Seri Aminah, tak akan la dia nak cakap yang dia sedang menunggu Qays Haddad, ada yang kena hempuk sekejap lagi.
" Hmm.. mungkin belum jumpa jodoh yang sesuai." Jawab Dayana, itu lah jawapan yang selamat.
"Yana suka lelaki yang macam mana?" Dayana mula memikirkan ciri-ciri lelaki idamannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/338076423-288-k863139.jpg)
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...