Wardah memandu keretanya memasuki parking kereta rumah banglo mewah Dato Seri Aminah. Dia membetulkan tudung yang dia pakai ini sebelum melangkah keluar daripada keretanya. Wardah menyusun langkah menuju ke pintu utama sambil membawa sebakul buah-buahan untuk Dato Seri Aminah.
"Assalamualaikum... mama?" Wardah melangkah masuk ke dalam rumah ini mencari susuk tubuh Dato Seri Aminah.
"Waalaikumussalam.. Wardah! Lamanya tak jumpa Wardah. Sihat ke?" Ujar Dato Seri Aminah teruja, tubuh gadis itu di peluk erat.
"Alhamdulillah sihat, Wardah rindu mama, mama tengah buat apa?" Wardah menghulur bakul yang mengandungi buah-buahan itu lalu dia memeluk lengan Dato Seri Aminah.
"Mama tengah masak untuk Dayana, dia tak sihat tu. Biasa la orang mengandung mesti ada morning sickness, tetapi morning sickness Yana ni teruk macam mama dulu-dulu." Kata Dato Seri Aminah sambil melangkah menuju ke dapur.
Wardah terkejut mendengar kata-kata Dato Seri Aminah, dia tak sangka Qays Haddad akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi.
"Tahniah mama, tak lama lagi mama akan menjadi nenek. Kasihannya, Yana mesti tak lalu makan, kan? Biar Wardah potongkan epal untuk dia." Kata Wardah sambil mengambil sebiji epal dan di capai sebilah pisau untuk memotong epal merah ini.
"Wardah okay ke? Wardah buat apa sekarang ni? Kenapa dah jarang datang rumah mama?" Tanya Dato Seri Aminah sambil memegang tangan Wardah.
"Wardah sibuk menguruskan syarikat papa. Sorry mama kalau buat mama risau. Wardah perlukan ketenangan, Wardah bukan tak nak datang ke rumah mama tetapi Wardah tak sanggup melihat Qays bersama Yana sebab Wardah masih sayang pada Qays." Ujar Wardah sayu.
"Wardah baik, mama percaya Wardah akan jumpa seseorang lagi baik daripada Qays."
"Entah la mama, bagi. Wardah Qays adalah yang terbaik tiada sesiapa yang boleh menggantikan dia di dalam hati Wardah. Wardah nak hantar epal ni pada Yana sekejap." Balas Wardah, dia menyusun langkah menuju ke ruang tamu mendekati Dayana yang sedang terbaring di atas sofa.
"Aku dengar kau morning sickness, aku ada potong epal untuk kau." Ujar Wardah sambil menghulur piring kecil yang berisi epal merah kepada Dayana.
Dayana terkejut melihat kehadiran Wardah, dia menyambut piring yang di hulur kepadanya. Dayana bersandar pada sofa ini dan memandang lama ke arah Wardah yang duduk di hadapannya.
"Thanks, kau marah pada aku lagi?" Tanya Dayana.
"Marah? Kalau aku marah pada kau aku tak potongkan epal untuk kau. Aku dah lupa tentang hal tu, aku dah redha dengan apa yang terjadi." Ujar Wardah sambil mengukir senyuman kepada Dayana.
"Aku ingat kau berdendam pada aku dan Qays, aku minta maaf kerana aku gagal selamatkan mama kau hari tu." Ujar Dayana serba salah.
" Aku tak salahkan kau pun atas apa yang terjadi. Aku dah boleh terima semua itu. Aku nak minta maaf sebab aku gagal membuang perasaan aku pada Qays. Aku dah cuba tetapi aku gagal melupakan dia, tetapi akan berusaha untuk melupakan dia." Ujar Wardah bersungguh -sungguh sambil memegang tangan Dayana.
Dayana tergamam mendengar kata-kata Wardah, dia akui memang sukar untuk melupakan seseorang yang pernah kita cintai.
"Aku datang ni sebab nak melawat mama, aku minta diri dulu sebab ada urusan nak buat." Ujar Wardah lagi sambil bangun dan melangkah menuju ke dapur.
"Mama, Wardah balik dulu. Ada hal penting nak buat."
"Yela, hati-hati memandu tu." Wardah tunduk bersalaman dengan Dato Seri Aminah dan mereka membalas pelukan.
Semasa Wardah sedang melangkah menuju ke keretanya, kereta Range Rover Qays Haddad berhenti di hadapannya. Tidak lama kemudian Qays Haddad melangkah keluar daripada keretanya.
"Hai, sayang." Sapa Wardah mesra.
"You buat apa dekat sini?" Tanya Qays Haddad dengan nada suara serius.
"Ini kan rumah bakal mentua tak jadi I, salah ke I nak datang ke sini? Kenapa you nampak letih ni?" Tanya Wardah sambil merapatkan diri dengan Qays Haddad, lelaki itu menjarakkan diri dengan Wardah.
"I banyak kerja hari ni. You ada sakitkan hati Dayana ke?" Wardah ketawa mendengar kata-kata Qays Haddad.
" I dah tak buat la semua tu, tadi I siap potongkan untuk dia buah epal dan kami berbual mesra. Kalau you tak percaya pergi la tanya dia. I tahu you akan sentiasa fikir I ni jahat, kan?" Ujar Wardah sinis sambil menyilang tangan di dada.
"You free tak esok?" Wardah terkejut mendengar pertanyaan Qays Haddad.
"Hmm.. I akan free kan masa I untuk you. Why?" Tanya Wardah sambil jari terlunjuknya menyentuh leher Qays Haddad, lelaki itu menepis pelahan tangan Wardah.
"I nak ajak you dinner esok." Bulat mata Wardah mendengar kata-kata Qays Haddad.
"I tak salah dengar kan? Qays Haddad ajak I dinner? You tak takut Dayana marah ke?" Sindir Wardah, sambil jari jemarinya menyentuh dada sasa Qays Haddad.
Qays HAddad mengundur dia kurang selesa dengan sikap menggoda Wardah.
"Tentang Dayana I akan cakap dengan dia. You nak tak dinner dengan I?"
"Mestilah I nak, biar I tentukan tempat. I nak dinner dekat Sky Hotel. Boleh?" Tanya Wardah dengan nada suara yang manja.
"Okay, esok malam pukul 9 malam." Ujar Qays Haddad sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Dia kurang selesa dengan sikap manja dan menggoda Wardah itu.
Wardah mengukir senyuman sinis memandang ke arah Qays Haddad.
"Aku tahu la, tujuan kau ajak aku dinner. Kita tengok siapa yang masuk perangkap siapa." Kata Wardah sinis, dia menyusun langkah masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduannya. Dia perlu atur strategy supaya Qays Haddad masuk ke dalam perangkapnya.
Usai mandi Qays Haddad naik ke atas katil dan duduk dia atas katil sambil bersandar pada birai katil ini. Dia menoleh memandang Dayana yang sedang membaca buku tentang baby.
"Sayang?" Qays Haddad memegang tangan isterinya
"Ya abang. Kenapa ni?" Tanya Dayana hairan apabila melihat Qays Haddad kelihatan gelisah.
"Sayang percayakn abang kan?"
"Mestilah. Kenapa ni?" Tanya Dayana lagi sambil memegang pipi suaminya ini.
"Esok abang ada dinner dengan Wardah, abang perlu lakukan semua ini demi satu misi. Abang harap sangat sayang tak marah dan tolong percayakan abang." Ujar Qays Haddad bersungguh-sungguh sambil memegang kedua-dua pipi Dayana.
Dayana terkedu mendengar kata-kata Qays Haddad. Dia melepaskan keluhan.
"Sayang izinkan abang pergi dinner dengan dia, tetapi abang tolong janji untuk setia dengan sayang. Sayang sangat mempercayai abang." Ujar Dayana sebak, hatinya berat melepaskan Qays Haddad untuk pergi berjumpa Wardah tetapi dia tahu ini pasti berkenaan dengan kerja suaminya ini.
"Abang janji akan setia dengan sayang sehingga hujung nyawa abang." Qays Haddad mengucup jari jemari Dayana dengan penuh kasih sayang.
"Abang janji tak akan mengkhianati sayang?"
"Abang janji sayang." Balas Qays Haddad sambil membelai rambut Dayana dan mengucup dahi Dayana.
"Sayang percayakan abang. Tolong jangan mengkhianati sayang." Rayu Dayana mengharapkan Qays Haddad setia.
"Abang janji akan setia dan tak akan menyakiti hati sayang. Jika bunga tidak boleh hidup tanpa air, abang pula tak boleh hidup tanpa sayang." Satu kucupan hinggap di bibir Dayana. Qays Haddad mencium bibir isterinya sambil menarik wanita itu ke dalam pelukannya, mereka menikmati ciuman itu penuh keasyikan. Qays Haddad tidak mahu nikmat ini berakhir kerana dia sangat mencintai Qis Dayana. Dia janji akan setia sehingga hujung nyawanya.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...