BAB 40

18.9K 461 18
                                    

Qays Haddad memandu keretanya memasuki parking Masjid Al Falah. Setelah memberhentikan kereta, Qays Haddad menoleh memandang isteri yang duduk di sebelahnya, satu kucupan hinggap di pipi wanita itu.

"Abang.. suka curi-curi cium, nakal ni." Dayana pukul manja bahu suaminya ini.

"Abang bukan saja suka curi-curi cium sayang tetapi abang suka mencuri hati sayang dan simpan di dalam hati abang, abang akan simpan selamanya di situ." Qays Haddad menghadiahkan mini love kepada Dayana. Wanita itu tersipu melihat sikap romantik suaminya ini.

"Abang ni kalau bercakap manisnya macam gula-gula." Ujar Dayana mencuit hidung mancung Qays Haddad

"Manis abang ni hanya untuk isteri kesayangan abang je tau. Limited edition ni, just only for you sayang." Pipi Dayana di usap lembut.

Tuk! Tuk! Ketukan mengejutkan mereka yang sedang bermanja. Qays Haddad menurunkan cermin tingkap di sebelah Dayana.

"Kakngah kalau nak bermanja tempat lain la, Adik nak dukung my anak buah. Nak pinjam Qaf dan Qawla sekejap." Ujar Qusyairi sambil mencari dua anak buahnya di tempat duduk belakang.

"Nak dukung dua orang sekali ke? Ambil Qaf je la, nanti Qawla kakngah bawa masuk ke dalam. Dua orang tu dah la montel, Alya mana?" Tanya Dayana mencari susuk tubuh adik iparnya itu.

"Dia dekat dalam masjid la dengan umie. Adik pinjam Qaf, geramnya dengan si montel ni." Ujar Qusyairi menggomol pipi montel Qaf Fayyad. Dia membawa bayi itu masuk ke dalam masjid.

"Jom sayang, biar abang dukung Qawla. Dia tu dah la montel nanti lenguh tangan sayang." Ujar Qays Haddad sambil membuka pintu kereta, dia melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke pintu belah Dayana. Setelah membuka pintu untuk Dayana, Qays Haddad membuka pintu tempat duduk belakang dan mendukung Qawla Nuwairah .

Mereka sama-sama melangkah menuju ke dalam masjid. Qaysd Haddad memimpin tangan Dayana sesekali dia mengucup tangan isterinya ini.

Dayana mendekati Quraittulain yang sedang duduk di satu sudut masjid ini menanti pengantin lelaki. Pasti adik iparnya ini berdebar kerana dia akan menjadi isteri orang tidak lama lagi.

"Berdebar ke?" Tanya Dayana sebaik sahaja melabuh punggung di sebelah Quraittulain. Gadis itu mengangguk pelahan sambil mencuit pipi gebu Qawla.

"Berdebar la kakak, berdebar sangat ni." Kata Quraittulain sambil memegang tangan Dayana. Sejuk tangannya memikirkan yang dia akan menukar status sekejap lagi. Apabila melihat susuk tubuh Qusyairi, Qurraitulain teringat kisah satu tahun lepas.

Setahun lepas....

Lama Dayana merenung Qusyairi di hadapannya. Turun naik nafasnya menahan geram terhadap adik di hadapannya ini.

"Kakngah dengar cerita ada orang tu nak masuk meminang Ain tetapi sampai sekarang kakngah tak nampak progress apa-apa pun. Adik ni serius ke tak?" Tanya Dayana tidak puas hati.

Suasana cafe Goldnessia hospital tenang diiringi dengan alunan muzik piano. Tetapi hati Dayana tidak tenang dengan sikap adiknya yang acuh tak acuh itu.

"Memang Adik nak masuk meminang dia tetapi fikirkan balik kami tak sepadan, Dia anak Dato and then dia pharmacist's, adik ni nurse je." Dayana melepaskan keluhan mendengar kata-kata adiknya ini.

"Maksudnya kakngah dengan abg Qays tak sepadan?"

"Kakngah perempuan lain, memang lelaki kena lebih daripada perempuan. Lagipun abg Qays polis pangkat ASP dan dia pula graduate at Cambridge university sepadan dengan kakngah. Adik ni nurse graduate univerisiti dalam negara je, sedangkan Ain graduate Oxford university. Kami tak sepadan." Ujar Qusyairi sayu.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now