BAB 20

19.2K 574 16
                                    

Mercedes C200 Dato Seri Aminah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo mewahnya.

"Kenapa kita nak pergi rumah makcik Imah?" Tanya Qays Haddad sambil memandang di hadapan fokus pada pemanduannya.

"Mama nak ambil kuih kapit yang mama tempah tu, lagi satu mama rindu dengan kawan mama tu." Balas Dato Seri Aminah sambil scroll telefon bimbitnya.

"Mama, siapa tunang Qays?" Perasaan ingin tahu tentang tunangnya membuak-buak tetapi mamanya tetap merahsiakan tentang tunangnya itu.

"Seorang perempuan yang cantik." Qays Haddad melepaskan keluhan mendengar kata-kata mamanya. Mama ni tak pernah nak serius kalau dia tanya tentang tunangnya itu.

"Betul-betul la mama. Kenapa mama nak sangat Qays berkahwin dengan dia?  Baik sangat perempuan tu?" Tanya Qays Haddad tidak puas hati dengan pilihan mamanya itu.

"Sebab dia baik, cantik, dan pandai masak. Nanti Qays akan berjumpa dengan dia juga dan mama yakin Qays akan suka pada dia."

"Mama tahu kan Qays Mencintai Dayana, mana mungkin Qays senang-senang nak jatuh cinta dengan orang lain." Ujar Qays Haddad yang memang tak puas hati dengan keputusan mamanya ini.

"Dah tahu cintakan orang tu kenapa tak masuk meminang? Lagi satu Dayana suka ke pada Qays?"

"Macam mana nak masuk meminang kalau, mama dah bertindak dulu. Entah sesiapa la mama pergi meminang tu." Balas Qays Haddad sinis.

"Siapa suruh lambat sangat bertindak, mama ingat Qays tak nak meminang Dayana, jadi mama pinang la gadis pilihan mama. Dah jangan nak merungut pilihan mama muktamad, Qays kena terima juga pilihan mama ni." Kata Dato Seri Aminah lebih tegas. Qays Haddad memicit-micit dahinya memikirkan, siapakah bakal isterinya itu? Hatinya hanya mahu Dayana menjadi isterinya tetapi apa kan daya jika tiada jodoh antara mereka, sebak hatinya memikirkan tentang hal itu.


Puan Fatimah menggeleng kepala melihat Dayana membasuh perkakas untuk membuat kuih kapit dan juga kuih goyang. Habis semua barang-barang di hempasnya, mesti tengah protes tentang pertunangan mengejutnya itu.

"Hempas kuat lagi kakngah, biar satu kampung dengar." Perli Puan Fatimah yang sedang menggoreng kuih goyang.

Dayana melepaskan keluhan mendengar kata-kata umienya.

"Umie, siapa tunang kakngah tu? Umie tahu kan kakngah hanya nak berkahwin dengan Qays Haddad je." Tanya Dayana yang masih tidak puas hati dengan keputusan umie yang melulu itu.

"Masalahnya Qays nak ke berkahwin dengan kakngah? Ada ke dia kata dia mencintai kakngah? Keputusan umie muktamad kakngah kena berkahwin dengan pilihan umie. Cukup la dah buat keputusan yang salah semasa bertunang dengan Rayqal hari tu." Balas Puan Fatimah sinis, nasib baik la Dayana sudah putus dengan si Rayqal tak guna tu.

Dayana mencebik mendengar kata-kata umienya. Betul juga kata umie, Apakah perasaan lelaki itu terhadapnya?

"Umie tak beritahu lagi siapa nama tunang kakngah tu."

"Qays Haddad." Jawab Puan Fatimah selamba.

"Umie! Betul-betul la siapa tunang kakngah tu? Kenapa umie mesti nak sebut nama Qays? Saja nak buat kakngah kecewa la tu." Merungut Dayana geram kerana umienya sengaja menyebut nama itu.

"Nanti kakngah tahu juga yang penting umie merestui hubungan kakngah dengan dia dan umie yakin kakngah akan suka dia." Ujar Puan Fatimah bersungguh-sungguh.

"Kakngah tak nak orang lain, nak Qays Haddad." Merungut gadis itu lagi.

"Dah tak payah nak cakap pasal hal ini. Pergi letak kuali tu dekat atas para tepi rumah ni." Kata Puan Fatimah menunjuk ke arah kuali yang telah di basuh itu.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now