Qays Haddad melangkah menuruni anak tangga dan dia menuju ke dapur. Bau semerbak yang datang daripada dapur membuatkan dia dapat mengesan keberadaan isteri kesayangannya, Qays Haddad mengukir senyuman melihat isterinya sedang berdiri di hadapan dapur gas sambil menggaul sesuatu di dalam periuk, dia terus melangkah mendekatinya dan memeluk Dayana daripada belakang kedua-dua tangannya memeluk kemas pinggang Dayana, dia mengucup berkali-kali kepala isterinya, kemudian turun ke pipi, ke leher lalu terus ke bahunya.
"Sayang, tak penat ke? Tadi mengemas. Sekarang memasak pula. Kalau sayang penat kita order je pun tak apa, abang tak kisah la. Sebab abang berkahwin dengan sayang bukan untuk sayang memasak atau menguruskan rumah abang ni. Abang berkahwin dengan sayang sebab abang mencintai sayang. Abang tak kisah pun kalau sayang tak nak masak sebab abang boleh buat semua tu, abang tak nak sayang anggap berkahwin dengan abang sayang wajib buat semua tu. Tidak sayangku, sayang tak perlu pun mengemas, memasak dan mengurus hal rumah. Cukup la sayang hanya berada di sisi abang setiap masa." Luah Qays Haddad yang risau melihat isterinya tidak berhenti melakukan kerja rumah sejak mereka sampai di rumah ini.
Dayana pusingkan tubuhnya menghadap Qays Haddad, tangannya merangkul leher suaminya ini. Dia mengukir senyuman memandang wajah lelaki yang dia cintai ini.
"Abang, sayang ikhlas membuat semua kerja rumah tu. Thanks sebab risaukan sayang. Sayang dah siapkan makanan favorite abang, masak lemak cili api ketam. Abang duduk dekat meja makan tu, sayang nak hidangkan makanan sekejap dan mengemas yang bersepah dalam sink tu, kemudian kita makanan bersama.." Qays Haddad menggeleng kepala mendengar kata-kata Dayana.
"No,biar abang hidangkan makanan dan mengemas benda yang bersepah tu. Sayang berehat je dekat sini, sayang dah penat, abang tak suka tengok sayang penat." Kata Qays Haddad sambil mendukung Dayana dan meletak isterinya di atas kerusi yang terdapat di meja makan ini. Lalu, dia mengucup ubun-ubun isterinya sebelum dia melangkah menuju ke sink.
Dayana mengukir senyuman melihat layanan baik Qays Haddad. Allah SWT telah mengurniakan dia seorang lelaki yang sangat baik dan romantik.
"For you sayang, mesti sayang dahaga kan? sayang nak apa-apa tak? Biar abang ambil kan jangan bergerak daripada sini. Abang tak benarkan sayang bergerak walaupun seinci pun." Ujar Qays Haddad sambil meletak segelas air kosong di atas meja hadapan Dayana.
Dayana ketawa mendengar kata-kata Qays Haddad.
"Kalau sayang nak pergi toilet?"
"Abang akan dukung sayang dan bawa sayang ke toilet. Apa yang penting sekarang ni abang tak nak sayang bergerak daripada sini. Kalau sayang bergerak juga abang cium sayang sampai esok." Kata Qays Haddad memberi amaran sambil jalan berundur menuju ke sink. Sempat dia mengenyit mata kepada wanita kesayangan itu.
Dayana termenung melihat Qays Haddad membasuh pinggan dan mengemas dapur. Lalu lelaki itu mengambil mangkuk untuk mengisi masak lemak cili api ketam di dalamnya dan meletakkannya di atas meja makan. Kemudian lelaki itu menghidangkan nasi pula dan juga dua biji pinggan serta satu mangkuk air basuh tangan.
"Air ni untuk sayang basuh tangan, jangan nak bangun ya sayang." Kata Qays Haddad sambil duduk di atas kerusi berhadapan dengan Dayana. Dia mencedokkan untuk iasterinya, kemudian barulah nasi untuk dirinya sendiri.
"Ya Sayang tak bangun la." Balas Dayana sambil mengukir senyuman memandang suaminya yang cukup risau jika bangun kerana lelaki ini mahu dia berehat.
"Bismillahirahmannirahim.." Qays Haddad menadah tangan memulakan bacaan doa makan.
"Abang cuba la rasa masak lemak sayang tu. Sedap tak?" Ujar Dayana teruja tak sabar ingin tahu pendapat suaminya tentang masak lemak cili api ketamnya. Dia mencedokkan masak lemak ketam dan di letakkan ke atas nasi suaminya.
![](https://img.wattpad.com/cover/338076423-288-k863139.jpg)
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...