Dato Seri Aminah melangkah laju di lobi Hospital Goldnessia apabila mendapat panggilan daripada Wardah mengatakan papa dan mamanya telah di rompak manakala papanya telah di bunuh.
"Mama!" Wardah berlari ke arah Dato Seri Aminah apabila melihat susuk tubuh wanita itu, dia memeluk erat tubuhnya.
Quraittulain menjeling melihat Wardah memeluk mamanya, walaupun perempuan itu dalam kesedihan dia tetap membencinya.
"Wardah okay ke? Mama macam mana?" Tanya Dato Seri Aminah gelisah sambil mengusap belakang Wardah.
"Mama masih di dalam dewan pembedahan sejak pukul 12 tengah malam dia di dalam tu, dah 7 jam mama dekat dalam tu." Ujar Wardah gelisah apabila memikirkan mamanya terlalu lama di dalam dewan bedah.
"Sabar la sayang, kita harap mama Wardah tak ada apa-apa? Papa Wardah pula macam mana?" Dato Seri Aminah membawa Wardah ke sebuah kerusi, untuk menenangkan gadis ini.
"Papa sudah di bawa untuk dibedah siasat oleh forensik. Wardah sedih la." Ujar Wardah sayu sambil melentok bahunya pada Dato Seri Aminah.
Dayana melangkah laju menuju ke dewan pembedahan apabila dia di minta ke sana oleh pakar bedah Ean Zafran. Namun, susuk tubuh Dato Seri Aminah, Wardah dan Quraittulain menarik perhatiannya semasa tiba di hadapan dewan pembedahan ini.
"Kakak!" Quraittulain melangkah mendekati kakak iparnya dan tunduk salam wanita itu.
"Kenapa mama dan Ain datang ke sini?"
"Mama Wardah kawan baik mama, mama saja nak tenangkan anak angkat dia tu." Sindir Quraittulain kerana mama dia sayang sangat dengan si Wardah tu.
Dayana melangkah mendekati ibu mentuanya itu.
"Mama, mama sihat ke?" Dayana tunduk bersalam dengan Dato Seri Aminah dan mereka saling membalas ciuman.
Wardah menjeling melihat kemesraan Dayana dan Dato Seri Aminah, jadi inilah isteri Qays Haddad A.K.A perampas lelaki kesayangannya.
"Alhamdulillah, mama sihat. Yana ke doktor merawat Datin Syasya?" Tanya Dato Seri Aminah jari jemari Dayana di genggam erat, lagi la Wardah bertambah meluat melihat kemesraan mentua dan menantu ini.
"Ya mama, Dayana nak pergi check patient sebab pembedahan dah settle and surgeon nak jumpa Yana, Yana minta diri dulu." Sempat Dayana mengerling ke arah Wardah di sebelah Dato Seri Aminah, perempuan ini adalah persaing terkuatnya saat ini.
Dayana melangkah masuk ke dalam dewan pembedahan mendekati Ean Zafran yang sedang menulis OR di dalam medical report pesakit.
"Macam mana dengan patient? Berjaya keluarkan peluru tu tak?" Tanya Dayana apabila mendekati Ean Zafran.
"Ini Dr. Ean la, 7 jam berdiri memang saja la kalau tak berjaya. Pesakit menghidap PTX , kadar oksigen dia menurun jadi dia perlu ditidurkan. Apa yang I boleh cakap sekarang ni untuk dia hidup ialah 50 - 50. Patient akan di tolak ke ward ICU." Kata Ean Zafran sambil membuka dress surgical yang di pakai.
Dayana melepaskan keluhan, dia melangkah mengekori jururawat menolak katil Datin Syasya ke ICU, dia perlu sambung memeriksa keadaan Datin Syasya di ward ICU.
"Siapa waris kepada Puan Syasya?" Tanya Ean Zafran sebaik melangkah keluar daripada dewan pembedahan.
"Saya anak dia." Wardah bangun dan mendekati doktor muda itu.
"Pembedahan mengeluarkan peluru berjaya, cuma keadaan Puan Syasya sekarang ni kritikal. Dia telah di tidurkan kerana kadar oksigen dia menurun. Jika ada pertanyaan tentang Puan Syasya boleh bertanya pada Dr.Yana. Saya minta diri dulu." Ujar Ean Zafran sebelum melangkah pergi.
![](https://img.wattpad.com/cover/338076423-288-k863139.jpg)
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...