Episode 23

4.1K 297 24
                                    

Di dewan utama, Pasaraya Mega Pavi.
Lelaki berbadan sedikit sasa melepaskan sedas tumbukan ke arah Arsh. Arsh mengenggam tangan lelaki tersebut.

Sedas lagi tumbukan dilepaskan ke arah Arsh. Sekali lagi Arsh mengenggam kemas penumbuk lelaki tersebut.

Lelaki berbadan sedikit sasa cuba merentap tetapi tidak berdaya kerana langsung tak bergerak tangannya dari genggaman Arsh.

"Kuatnya budak ni! Grrrr... Langsung tak bergerak." Lelaki berbadan sedikit sasa tersebut berkata didalam hati.

"Korang, serang!" Lelaki itu memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk menyerang.

Rakan lelaki tersebut menyerang serentak. Lelaki berbadan kurus keding melayangkan penumbuk manakala lelaki sedikit berisi melepaskan tendangan sisi.

Arsh menjeling mereka berdua seketika. Sebelum penendang dan tumbukan sampai ketubuh Arsh. Arsh melompat tinggi sambil badannya melengkok dan kaki tegak ke belakang lelaki bertubuh sedikit sasa seperti gimnastik membuat lompatan ke belakang

Oleh sebab penumbuk si berbadan sedikit sasa berada di dalam cengkaman Arsh. Ia juga turut serta ke belakang.

Lelaki tersebut mengerang keras. Rakannya terpingga-pingga dengan kepantasan Arsh bergerak.

Arsh sempat menangkap ada pengawal sedang berjalan perlahan ke arah kawasan mereka semasa melompat tadi.

Daripada pengiraan Arsh jeritan tadi pasti telah membuat pengawal tersebut berlari kearah mereka. Arsh mengambil kesempatan untuk mendebik mereka bertiga.

Arsh melayang penyepaknya ke arah lelaki berbadan sedikit sasa menyebabkan ia terpelanting ke dinding dan terduduk disitu. Pasti ia sudah pengsan. Arsh menghentak pula kepala konco-konco lelaki tersebut sesama sendiri. Mereka terduduk kerana terlalu pening selepas dihentak kepala satu sama lain.

"Dengar! Kalau kau tak reti adab dan sopan taulah aku kerja kau cukup-cukup." Kata Arsh bernada dingin sambil merentap pakaian lelaki berbadan kurus keding.

Lelaki berbadan kurus keding mengangguk sambil badannya ketakutan. Arsh melepaskannya selepas kedengaran kaki pengawal tersebut semakin hampir.

Dia bergerak ke arah Zulian lalu mendukung Zulian seperti tuan puteri. Zulian terkejut dengan tindakan Arsh tanpa disedari wajah Zulian merah.

Arsh mengangkat pula plastik-plastik yang dibeli oleh mereka berdua dan meninggalkan plastik yang dibeli olehnya sebentar tadi.

Arsh mengaktifkan pentagram dan muncul pentagram berwarna biru. Arsh dan Zulian hilang dari pandangan. Mereka memasuki alam demensi X.

Pengawal yang mengawal dewan utama sampai ke kawasan tadi. Mereka berdua melihat tiga orang lelaki terkulai disitu. Mereka berdua terkejut salah seorang dari mereka pengsan lalu memanggil ambulan ke mari.

Pengawal tersebut sempat menanyakan apa yang berlaku. Pada awalnya mereka enggan sehinggalah ternampak kelibat Arsh disebalik pokok yang memerhati mereka berdua dengan tajam sebelum hilang dari pandangan.

Maka lelaki berbadan kurus keding mengaku ke salahan mereka kerana takut dengan Arsh.

Di situasi Arsh dan Zulian.
Mereka merentasi demensi X dengan kelajuan cahaya dan mereka muncul di taman. Kemunculan mereka berdua dipandang oleh orang sekeliling kerana terkejut.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now