episode 5

5.9K 434 12
                                    

Dikelas..

kelas A001 memulakan pelajaran untuk subjek pertahanan diri.

"Baiklah semua pelajar. Sila keluarkan Batu Kelahiran Senjata masing-masing." Cikgu Bess memberi arahan.

Semua pelajar memakai baju sukan telah mengeluarkan batu yang diperkatakan.

"Baiklah. Kamu bayangkan senjata apa yang kamu mahukan dan kamu genggam batu masing-masing dan bayangkan batu Kelahiran Senjata ni dalam ingatan kamu. Cuba gabungkan dua imej yang terbentuk dalam kepala kamu menjadi satu. Kamu semua boleh bayangkan apa sahaja corak atau senjata yang kamu mahukan. Faham? Ada soalan?" Terang cikgu Bess.

"Cikgu tak ada contoh ke?"

"kalau bayang tapi kita tak mahu corak tu.. boleh ubah ke??"

"Contoh kalau saya nak pedang tapi pedang saya fikirkan tu tak cantik boleh tukar kepada pistol ke selepas tu?"

"Dalam senjata tu boleh letak kuasa ke?"

Macam-macam soalan diajukan kepada cikgu Bess. Cikgu Bess membalas dengan tenang.

"Baiklah. Mari saya terangkan. Batu Kelahiran Senjata ini adalah senjata yang korang semua akan gunakan seumur hidup korang. Sebaik sahaja korang bentukkan korang dah tak boleh ubah lagi.  Korang boleh tentukan bentuk, corak dan warna korang mahukan. Jenis senjata juga korang boleh tentukan. Contohnya, pedang, kipas tangan, pisau, kapak dan sebagainya. Bergantung kepada kepandaian berimiginasi korang. Tapi saya nak tekankan sekali korang bayang dan ia berubah jadi bentuk tersebut batu korang tu akan hilang dengan serta-merta" Terang cikgu Bess.

"Selain itu, senjata korang tu boleh dianggap senjata level 1 dan boleh naik level. Setiap level akan berubah bentuk atau corak atau warna senjata korang tapi tidak menukar jenis senjata korang. Contohnya, kalau senjata korang listik tak kan bertukar menjadi meriam. Takde punya. Jadi tolong bayangkan betul-betul senjata apa yang korang mahukan. Jika kamu semua mahu contoh. Saya akan tunjuk contoh." Sambung cikgu Bess.

Cikgu Bess membuka data dan menekan kekunci langit dengan pantas sebelum  membesarkan skrin komputer tambahan yang terpapar di papan putih 50 inci mengunakan jari. Skrin komputer tambahan akan berhubung dengan komputer graviti milik cikgu Bess.

Sebaik sahaja cikgu Bess membuka fail. Terus ia berkata.

"Baik semua murid tengok sini. Ini ciri-ciri bentuk, corak, warna dan jenis senjata. Semua senjata ni diambil oleh cikgu masa abang-abang dan kakak-kakak senior korang setiap tahun." Terang cikgu Bess sambil tersenyum senang.

"Cantiknya!"

"Walauwei smart kot!"

"Itu lagi stylo."

"Comel!!"

"Cantik giler warna dia."

"Terbaik kot!"

"Macam mana diaorang boleh terfikir buat senjata macam tu."

"Perghhh!!!"

Kelas A001 mula riuh memuji kecantikan senjata tersebut.

"Baiklah. Kamu semua dah bersedia?" Tanya cikgu Bess.

"Sudah cikgu!" Serentak pelajar menjawab.

"Baiklah." Cikgu Bess membaca sesuatu dan mengeluarkan bulatan biru atau lebih dikenali pentagon telah membawa seluruh pelajar kelas A001 ke demensi baru.

"Wow! Apa ni?!" Serentak pelajar A001 berbicara.

"Arsh ni bukan ke demensi X?" Tanya Las separuh berbisik.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now