Selepas 2 bulan,
Di dalam kelas A001 ketika itu seperti beruk terlepas dari kadang dimana pelbagai terlatah dipamerkan oleh mereka. Mereka antara pelajar harapan tetapi selagi mereka bergelar manusia, mereka pasti ada ragam masing-masing.
Bersembang, bernyanyi, belajar dan ada juga sedang bertarung kecil menggunakan penyapu dan kaut sampah.
======
Disituasi Arsh dan rakan-rakan,Arsh dan rakan-rakan sekelas yang lain termasuklah sedang bermain Permainan Elektronik 2 Demensi atau dikenali sebagai PE2D. Permainan ini seperti permainan video yang lain perbezaannya hanyalah mereka bermain permainan menggunakan buku komik dan terdapat pemegang elektronik untuk menggerakkan watak didalam komik tersebut.
Jika itu komik lawan-lawan maka permain boleh memilih watak mereka seperti ditetapkan oleh pelukis komik tersebut. Permainan ini tidak perlu berhubung dengan internet kerana permain boleh bermain dimana sahaja. Permain hanya perlu buka dan menekan suis kecil di alat pemegang untuk meneruskan permainan. Walaupun tidak dapat berhubung secara maya dengan permain lain tetapi PE2D boleh dimain lebih kurang 3-4 permain dalam komik yang sama. Hanya perlu menekan beberapa butang untuk mencipta watak baru dan teruskan permainan.
Mereka sedang leka bermain. Perlajar lelaki sedang mengerumuni Arsh, Las dan dua orang lagi pelajar yang sedang tekun bertarung sesama mereka.
"Serang!"
"Pakai senjata tu, Las!"
"Arsh! Tumbuk Las!"
"Apa pulak! Kalau kau guna senjata tu kau boleh bunuh Arsh!"
"Tak payah bunuh sesama sendirilah!"
"Betul tu! Dari bunuh sekarang baik bunuh dekat episode akhir."
"Baru penjahat!" Mereka ketawa sesama sendiri. Apa yang lucunya, amatlah tidak difahami oleh mereka yang mendengar.
"Weh! Hati-hati! Ada malaikat maut dekat belakang!"
"Bunuh malaikat tu dulu!"
"Tendang! Tendang! Tendang!"
"Kau kena pergi jambatan tu dulu.. Cari naga neraka.. Baru boleh bunuh malaikat maut!"
"Jangan tendang! Buat perlindung!"
"Tendang jelah!"
"Tak boleh!"
Budak-budak lelaki tersebut bersorak dan bergaduh sesama mereka.
Budak perempuan yang memandang mereka langsung tidak memahami.
"Apa kebenda mereka mainkan?" Tanya Jee.
"Entah.." Sabrina menjongket bahu.
"Aku rasakan mereka tengah main permainan PE2D yang baru dilancarkan semalam." Seorang lagi rakan perempuan yang duduk bersama Sabrina menyampuk.
"Kau tahu eh, Fiwi? Kau layan ke?" Tanya Ria. Gadis tersebut hanya menanyang sengihan pada Ria.
"Oh! Aku tau! Tajuk dia 'Si pembunuh dan malaikat maut' kan?" Ujar Sabrina.
"Kau layan permainan lelaki tu?" Ria bagaikan tidak percaya apabila mengetahui Sabrina yang lembut melayan permainan kegilaan lelaki sekarang.
Sabrina mengangguk sambil tersenyum manis.
"Setakat permainan.. huh! Aku pernah diajar lebih aktiviti kejantanan." Bisik halus hatinya.
"Seronok ke permainan PD2D."
"Hoi! PE2D! PD2D tu makhluk apa?" Jee mengetuk kepala Ria.
"Sakitlah!" Ria mengosok kepala yang terasa sengal akibat diketuk oleh Jee.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...