Di terminal KGEKT,
Perayaan manisan adalah perayaan yang sentiasa dikaitkan dengan pasangan kekasih. Perayaan ini seluruh planet Aqua akan menyediakan manisan bersama keluarga dan berkumpul suatu tempat untuk berkongsi makanan mereka buat dengan dengan jiran atau orang sekeliling mereka.Perayaan ini selalu pasangan kekasih akan meluah perasaan sambil menghulur manisan kegemaran pasangan. Simbolik dengan sejarah mereka bagaimana wujudnya perayaan manisan.
"Las~!" Suara seperti kucing kedengaran.
"Sah! Suara Sabrina." Kata Las dalam hati sambil memaling wajahnya ke kiri.
Sabrina memakai baju sama warna denganya. T-shirt hijau lengan putih dan seluar jean putih corak bunga sakura berwarna hijau.
Las melambai tangan.
"Maaf! Lama sangat ke awak tunggu?" Kata Sabrina sambil tercunggap.
"Tak. Baru ja sampai."
"Awak memang dekat sini ke masa awak telefon saya tadi?"
"Taklah. Masa aku telefon kau tadi aku dalam bilik rumah aku. Tengah pakai baju masa tu." Kata Las sambil memasukkan tangannha ke dalam jaket tanpa lengannya.
Mereka bergerak ke lift. Las dan Sabrina masuk lift angin bersama.
Mereka sampai ke bahagian atas terminal Keretapi Elektronik Graviti Kelajuan Tinggi atau KGEKT.
"Jom pergi terminal 7."
"Terminal 7? Maksudnya landasan 7lah kan?" Tanya Sabrina.
"Kita nak pergi mana?" Sambungan ayat Sabrina.
"Kan aku dah cakap tadi. Pasaraya mega pavi." Kata Las. Mereka melalui jambatan untuk menuju ke terminal 7.
"Alahai.. Saya lupa.. Hehehe" Kata Sabrina.
Las mengetuk perlahan kepala Sabrina.
"Lagi 30 minit." Jeling Las ke jam hologram di landasan 7."
Mereka duduk di kerusi graviti.
Las menjeling ke arah Sabrina yang duduk di kanannya sambil termenung landasan terminal.
"Sabrina."
"Urm?" Memandang kearah Las seketika.
"Kau tak nak bagi ke manisan dekat Arsh?"
"Manisan?"
"Yelah. Lagi tiga hari kan nak ada pesta perayaan manisan."
"Kenapa kena bagi? Bukan ke kita memang makan beramai-ramai?"
"Alahai. Selama dia hidup ni. Dia tak tahu ke kenapa perayaan manisan ni sangat terkenal?" Las berbicara dalam hati.
"Sebelum ni kau sambut dengan siapa?"
"Apa? Perayaan manisan ni? Dulu saya sambut dengan keluarga masa mak saya masih ada dekat Bandaraya Bulan."
"Bandaraya Bulan?"
"Aah. Aku bukan penduduk lama dekat Bandar Aqua ni."
Bandaraya bulan adalah bandar yang terkenal dengan makanan manis yang tinggi khasiat dan kurang kolestrol serta lemak. Penduduk Bandaraya bulan adalah penduduk yang majoriti mahir menggunakan magis dalam masakkan mereka tetapi magis mereka bukan digunakan untuk berperang hanya sekadar diguna pakai dalam masakkan. Mereka sangat ramah dengan orang sekeliling.
Bandaraya Bulan terletak di utara Bandar Metropolitan Matahari kira-kira 630 km. Bandaraya Bulan adalah bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Tasik Serpen.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...