Di dalam bilik Arsh,
Jam baru menunjukkan pukul 3 pagi.
Arsh nyenyak lena tidak terkutik sedikit pun. Dia tidur tidak berbaju mahupun berselimut.
Di alam mimpi,
Arsh berdiri di tanah lapang di sebuah negeri yang tidak diketahuinya. Paling dia pasti itu bukanlah bandar tempat tinggalnya sekarang.
Dia berdiri bagaikan lengkap berpakaian seperti pahlawan diraja. Terdapat perisai ringan pada lenggan, kaki dan badan. Di belakangnya terdapat mantel yang dikibar laju oleh angin.
"Baju ni.." Arsh meneliti perisai ringan pada lenggan kanan dan kirinya.
"Ini baju pahlawan jenis lama. Sekarang mereka pakai bukan baju jenis ni."
"Memorikah? Dekat mana ni?" Matanya melilau pandangan sekeliling.
Gaya dia duduk seperti dibukit. Semasa matanya melilau dia dapat menangkap denai disebalik semak samun tidak jauh dari situ. Tanpa diarah kakinya bergerak ke denai tersebut.
Kakinya terus bergerak melintasi denai. Bunyi hentakkan dari kasut perisainya kedengaran halus.
Dia seoleh-oleh kenal tempat tersebut tetapi dimana? Dia teruskan berjalan melepasi denai dan berada di jalan besar pula. Jalan masih tidak bertar. Ya, jalan tanah merah yang elok untuk menanam pokok.
Dia terus berjalan. Tidak tahu berapa lama dia sudah berjalan sehingga dia terasa dirinya penat. Dia berhenti di batu besar bersebelahan dengan tebing jalan.
Dia duduk berehat sambil memandang langit. Panas kerana matahari megah terpacak diatas kepala.
"Panas." Sepatah keluar dari mulut Arsh.
Arsh bergerak ke bawah pokok besar yang redang dan redup.
"Aaa~ Baru nyaman." Terasa lega sebaik sahaja duduk dibawah pokok tersebut.
Tanpa disedarinya dia terlena dibuai angin. Dalam mimpi pun boleh tidur. Apa da..
Dalam mimpinya ketika itu,
Seseorang lelaki bersayap hitam dan raut wajahnya tidak kelihatan. Dirinya luka akibat tubuhnya dililit bunga mawar. Tubuhnya separuh bogel itu ditusuk dengan duri. Tangannya digari dengan cengkaman duri mawar. Mawar merah seperti darah yang terdedah dengan oksigen bagaikan menghirup darah lelaki tersebut.
Menyayat hati apabila dilihat olehnya.
Siapa? Kenapa dia dirantai dan ditusuk sebegitu.
Tubuhnya terlekat di dinding, nafasnya dihembus perlahan. sekelompak bunga jatuh perlahan-lahan dari salah sebuah bunga yang menusuk dada lelaki bersayap hitam itu.
Arsh menghampiri lelaki tersebut. Pergerakkan Arsh terhenti apabila rantai berduri tersebut menyerang Arsh.
Pantas Arsh menarik pedang dari perumah dan melibas serta memotong duri yang menyerangnya. Dia diserang tanpa henti.
Arsh cuba bertahan. Duri itu menyerang dan terus menyerang dan sesekali duri itu berjaya menguris kulit bahu Arsh. Baju dibahagian itu tercarik sedikit.
"Kenapa? Kenapa duri tu serang aku?" Gentak hatinya sambil dirinya menghalang diri dari terus diserang.
Arsh tidak sempat mengelak apabila entah dari mana duri dibelakangnya berjaya melilit tubuh Arsh.
Perit dan pedih apabila terasa duri itu mencengkam dan memasuki kulit kuning langsatnya. Semakin sakit apabila lilitkannya semakin ketat.
Kenapa? Kenapa? Perkataan kenapa terus bermain dihati Arsh. Dia perlu mencari jawapan. Seorang bijak perlu cari jalan penyelesaian.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...