Sambungan episode lepas,
Besar naga yang berdiri dihadapan Las adalah sebesar sebiji rumah dan sepanjang dua traler tangki minyak.
Las bergerak keluar dari pentagram. Dia sempat mengaktifkan pentagram pada dirinya semasa didalam pentagram.
Mereka bertentang mata satu sama lain. Tiada gentar antara mereka.
Manusia bertarung dengan naga. Menarik bunyinya.
Naga gangsa dihadapannya bagaikan tidak sabar untuk melibas manusia dihadapannya yang berlagak cuba bertanding dengannya.
Sebaik sahaja las keluar dari pentagram, pantas naga itu melibas Las dengan berkukunya yang tajam, besar dan berbisa.
Las hilang sebaik sahaja kuku tajam tersebut hampir mengena tubuhnya.
"Nyikk?" Naga itu bagaikan terkejut dan tidak menyangka manusia itu hilang.
Naga itu dapat menangkap perubahan bunyi angin yang halus dengan telinganya yang berbentuk seperti telinga kuda laut. Dia melibas menggunakan ekornya ke udara dimana Las sedang berada diudara.
"?!" Las tidak menyangka naga itu menyedari kedudukannya.
Las berjaya mengelak libasan tersebut dengan berdiri diatas ekor naga itu dan berlari pantas ke tubuh naga itu. Tangannya masih lagi kukuh memegang pedangnya. Las cuba mencederakan naga itu dengan hujung pedangnya yang tajam dab berkilat itu.
Naga itu bertindak membaringkan tubuhnya dan berguling apabila menyedari Las sudah berada dibadannya.
Tindakkan naga itu menyebabkan Las melompat ke tanah dan mendarat menggunakan pedang miliknya.
"Wow.. naga bijak.." Las memuji naga itu dalam hati.
"Nampak gaya naga ini bukanlah calang-calang naga. " Las bertutur didalam hati.
Naga itu bangun dan berlari ke arah Las. Laju seperti angin. Dia mengangkat tangan ke udara sebelum melibas Las.
Las mengaktifkan pentagram perisai. Pentagram itu muncul dilenggan Las dan melindungi Las dari cakaran naga yang mungkin mampu melayangkan nyawanya sedetik yang lalu.
Naga itu menyerang dan terus menyerang. Bukan sahaja dengan kukunya yang tajam malahan kadang kala dia menyerang menggunakan kakinya.
Las bertahan dan terus bertahan Ada sesekali dia terpaksa lari ke kebelakang untuk mengelak tendangan naga itu. Pergerakkan naga itu setanding dengan dirinya. Naga gangsa itu langsung tidak memberi peluang.
"Naga ni.. Naga perang ke?" Ujar Las didalam hati.
"Kekuatan naga ini setanding dengan naga suruhan kanan..." Tambah Las lagi.
Dia terpaksa menahan getaran yang kuat apabila naga dihadapannya melibas menggunakan ekor. Angin kuat terhasil dengan kuat apabila libasan ekor mengena pentagram perisai milik Las.
"Naga suruhan kanan?!" Las bagaikan menyedari sesusatu. Perisai pentagramnya sudah retak.
Las bertindak menghilangkan diri sekali lagi apabila naga itu bertindak melibas menggunakan ekornya sekali lagi. Naga itu berhenti menyerang apabila Las sudah tiada dihadapannya.
Naga itu cuba menggesan perubahan angin untuk mengetahui kedudukan Las.
Naga itu berjaya mengesan kedudukan Las yang berada diudara. Naga gangsa itu cuba menggepakkan sayapnya yang cantik tetapi tidak berjaya apabila Las lebih laju dengan mengaktifkan pentagram.
"?!" Naga itu terkejut apabila tubuhnya sudah terikat dengan pentagram berbentuk bintang didalamnya.
Naga itu cuba mengerakkan tubuh tetapi tidak berjaya. Las yang sedang terbang dilangit dengan hasil bantuan graviti pentragam ditapak kakinya hanya memerhati reaksi naga itu tanpa mengambil peluang untuk menghunus pedang ke naga itu walhal boleh sahaja ia melakukan perkara itu kerana naga itu tidak mampu menghancurkan pentagramnya.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasíaSebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...