Betis Sabrina tercedera akibat terkena belah bintang bermata lapan atau senang dibayangkan sebagai shuriken bermata lapan.
Sabrina berdecit kerana terasa perit. Mujur cedera kecil jika cedera besar sudah pasti memalukan nama sendiri.
Sabrina membuka kuda-kuda sambil tangan kirinya memegang tekpi biasa dan tangan kanannya memegang tanah.
"Macam mana aku boleh terlepas pandang. Dia ni memang licik." Mulut Sabrina bertutur perlahan seperti nada berbisik.
Mata Sabrina dikecilkan sedikit bagi memfokuskan kedudukkan pihak lawan.
Tanpa diduga Sabrina sudah berada peringkat akhir. Kejayaan Sabrina benar-benar mengejutkan Arsh dan Las. Mereka langsung tidak menjangka bahawa Sabrina mampu memasuki pusingan akhir sedangkan pihak lawan Sabrina bukanlah orang yang calang-calang.
Bertambah terkejut apabila mereka melihat pergerakkan dan teknik yang dipakai oleh Sabrina bagi menumpaskan pihak lawan tanpa menggunakan kuasa pentagramnya.
Pergerakkan Sabrina boleh dikatakan pantas walaupun masih tidak dapat mengejar kepantasan Las dan Arsh.
Cara dia memegang senjata juga amat mantap seperti seorang yang dilatih.
============================
Ketika itu dihospital,Las dapat menangkap sesuatu yang disembunyikan oleh Sabrina namun didiamkan sahaja sehingga dia dapat mencari sesuatu mengenainya.
Dia hanya duduk bersandar sambil melihat tv besar itu. Matanya tidak lepas melihat setiap satu pergerakkan Sabrina.
Dia terasa Sabrina di tv tidak seperti Sabrina yang dia dan Arsh kenali ketika dahulu.
Sabrina yang lembut dan ayu itu mampu memberi pandangan maut seperti dahagakan darah.
"Apa yang kau runsingkan?" Las terkejut apabila ada suara yang menyapa lantas dia memandang Arsh yang terbaring.
Arsh masih tidak bergerak dan langsung tidak ada tanda dia telah bergerak dari asal.
Diri Las dikhabarkan oleh jururawat tentang diri Arsh yang sedang mengalami koma seketika dan tubuhnya sedang dimatikan oleh dirinya sendiri.
Keadaan Arsh telah memeningkan pihak hospital apabila jasad Arsh boleh 'dimatikan' dan dikomakan oleh dirinya sendiri tanpa bantuan alat atau kuasa sihir.
Tubuh Arsh ditempatkan seketika diwad khas sebelum dipindahkan ke wad khas peringkat tiga. Peringkat ketiga adalah peringkat kecemasan dimana tubuh Arsh akan dicucuk wayar yang bersirat dan direndamkan dalam bekas berisi air likat.
Air likat itu bukanlah cecair biasa, cecair itu adalah cecair ubat dimana cecair itu akan diresap oleh liang terbuka pada tubuh dan dirawat. Cecair itu akan dikenali sebagai agen pemaksa tubuh dan sel untuk bertindak membaiki tubuh dan berfungsi dengan secara paksa dan menghasilkan unsur trauma pada tubuh.
Cecair itu tidak boleh digunakan sesuka hati pada manusia sihat kerana cecair itu akan memusnahkan tugas sebenar agen pemulih asli pada tubuh dan menyebabkan agen pemulih itu tidak akan kembali normal.
Cecair yang bakal Arsh terima adalah cecair yang boleh mengalirkan kuasa pentagram atau unsur bagi memakasa tubuh Arsh 'menghidupkan' dirinya semula.
Namun itu hanya harapan yang tipis kerana cecair itu bukanlah boleh diterima oleh semua manusia. Jika berlaku pernolakkan maka diri si pemenerima akan pergi untuk selama-lamanya.
======================
"Kau ni peliklah Arsh.. Sejak aku kenal kau macam-macam terjadi pada kau.. Kau tau tak kau tu siapa? Dahlah lembik... Tapi tu dulu, sekarang kau dah jauh lebih hebat dari aku.. Kau pun makin kuat..
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...