Cahaya tersebut mengeluarkan sesuatu permata kecil berwarna hitam..
"Apa benda ni?" Terdetik hati Arsh.
"Tak akan Batu Pahlawan? Atau Batu Kelahiran Senjata?" Hati Arsh terus berbisik.
"Batu Kelahiran Senjata? Maksudnya?" Tegur seorang lelaki yang duduk disebelah Arsh.
Arsh terperanjat dengan pertanyaan lelaki tersebut terus memaling wajahnya ke kiri. Seorang lelaki berpakaian seperti kot musim hujan yang separa berwarna putih, mukanya tertutup dengan kain hitam, hanya kelihatan mata berwarna hitam silver, rambutnya yang berwarna hitam berkilat yang menutup sebelah matanya kanannya. Pelajar tersebut memakai baju yang sama dengan Arsh pakai tapi warna hitam.
"Kau siapa?" Tanya Arsh. Tiada balasan.
"Kau ada sihir pembaca memori? Sihir larangan tu?" Tanya Arsh dalam separa bisik.
"Bukan sihir pembaca memori tapi sihir mendengar bisikan hati. Aku dari keluarga Roum. Kau kenalkan siapa keluarga Roum?" Tanya lelaki tersebut tanpa memandang Arsh.
"Roum? Aku tak kenal. Maaf. " kata Arsh sambil mengusap telur putih tadi. Lelaki tersebut nampak sedikit terkejut dan memaling pandangannya ke arah Arsh. Terdengar lelaki tersebut ketawa kecil.
"Aku Las. Selamat berkenalan." Lelaki tersebut memperkenalkan diri.
"Aku Arsh." Mereka berjabat tangan. Mereka menumpu perhatian semula ke Cashen.
"Semua yang korang dapat. Akan korang belajar di dalam kelas. Semua pelajar boleh bersurai!" Kata Cashen.
Semua pelajar bersurai dan kembali ke kelas masing-masing.
Di dalam bangunan..
"Kelas A001. Jumpa pun kelas." Sambil membuka pintu jenis sliding door.
Bilik yang Arsh dapat seperti kuliah. Kerusinya disusun menaik tapi mejanya diasingkan. Bila dilihat seperti papan kekunci komputer. Arsh pergi ke tempat duduknya.
"1...2...3...4.. jadi ni meja aku." Arsh berbisik.
"Arsh." Arsh beralih badannya ke belakang. Las pandang Arsh sambil mentongkatkan dagu dengan tangan kanan.
"Oh! Kita sama kelas. Meja 12." Kata Arsh dengan perasaan gembira.
"Hahaha... nampaknya begitulah. Arsh kau perasan sesuatu?" Tanya Las.
"Ermm?" Arsh mengangkat kening sedikit.
"Kelas kita."
"Ya.. aku perasan gak.. kelas kita disusun seperti komputer.. maksud aku papan kekunci komputer. Malah ada huruf kecil di kerusi setiap tempat kita duduk. Tempat duduk aku berhuruf V... kalau betul apa jangkaan aku huruf kerusi kau mesti berhuruf G." Terang Arsh. Sebaik sahaja Arsh berkata begitu terus Las memandang kiri dan kanan kerusinya.
"Mata kau tajam. Aku sendiri pun tak perasan ada huruf kecil. Malah huruf ni agak pudar." Kata Las sambil membuat posisi yang sama.
"Bilik darjah ni macam ada sesuatu.." belum sempat Arsh sambung ayat cikgu sudah masuk. Terpaksa Arsh beralih ke depan.
"Arsh.. engkau siapa sebenarnya?" Hati Las bermonolog sambil memandang Arsh dari belakang.
"Selamat pagi semua. Nama saya Cikgu Bess. Saya adalah guru kelas korang semua tahun ni.. jadi salam perkenalan buat kali pertama." Lelaki yang berpakaian serabai dan tak terurus memperkenalkan diri.
"Kenapa kita dapat cikgu teruk macam ni? Dahlah siap pakai spek mata besar berputar-putar tak pening ke?"
"Yelah.. Selekeh giler.. aduhh tak ada cikgu yang lebih baik ke?"
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...