Episode 76

3.2K 207 78
                                    


Sesi persekolahan Sekolah Kesaterian Aqua Kristal jalan seperti biasa.

Cuma semakin hampir peperiksaan kebanyakkan kelas dibatal dan membolehkan pelajar ulang kaji sendiri sehingga tamat sesi persekolahan.

Jika ditinjau dari sudut menyeluruh boleh dikatakan semakin ramai diberi ubat penenang kerana mengelami tekanan perasan akibat memikirkan peperiksaan yang kurang dari seminggu.

Seluruh pelajar mula berada disetiap sudut disekolah seperti di perpustakaan, ruang baca,  ruang uji kaji, atas bumbung, ruang rekreasi, padang, dewan dan beberapa tempat dibawah pokok.

Ada yang sedang membaca, ada yang sedang menghafal, ada yang sedang beradu tenaga, ada yang sedang membuat latihan pentagram, ada yang sedang mengasah senjata dan ada juga sedang berlari untuk menambah stamina tubuh.

Itu kalau dari sudut positif, jangan kata yang sudut negetif.

Nak tengok seseorang duduk dekat tempat gelap dan gelak sorang-sorang sambil pegang nota pun boleh.

Tengok orang tiba-tiba berdansar selepas baca buku pun boleh dilihat.

Belum dikira lagi, yang tiba-tiba berenang skuad lentang pada waktu tengahari buta dekat tasik buatan. Kalau di kolam renang masih boleh diterima dek akal, ini didalam tasik buatan yang kedalamannya 5 kilometer.

Paling teruk, ada pelajar yang melamar pokok sakura untuk dijadikan isteri. Sudahlah melamar, siap dihiasnya pokok itu pakai pakaian pengantin berzip belakang. Lebih hebat lagi, dia siap memasak makanan yang banyak untuk meraihkan perkawinan mereka.

Mujur budak tu sudah ditangkap oleh PP dan dibawa ke bilik tenang dan di'tenang'kan disana. Entah apa nasib budak itu.

Jika dilihat dari sudut begitu, seharusnya.. Bukan! Sepatutnya peperiksaan disekolah ini dimansuhkan serta-merta tetapi apa yang dijawab oleh pihak atasan adalah:

Jika tekanan begitu tidak mampu dikawal bagaimana mahu menghadapi tekanan yang lebih hebat semasa berkhidmat dibawah pemerintahan diraja.

Itu adalah sesuatu latihan ekslusif yang hanya diberi pada sekolah naungan diraja sepenugnya. Latihan yang membuat pahlawan atau kesaterian lebih tabah dan cekal menghadapi tekanan yang lebih mencabar.

Ya, penat. Jika baca sudah memenatkan apa lagi yang menghadapinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu peribahasa yang sesuai untuk gambaran situasi tersebut.

==========
Malam,

Teman sepermainan,

Teman bergurau,

Teman bermain,

Teman berbicara,

Teman rapat,

Teman pengkongsian ilmu,

Teman...

Teman...

Teman...

Di siang hari mereka dianggap teman bagaimana pula di malam hari?

Disebalik sang rembulan? Disebalik kegelapan waktu?
Disebalik mata yang memandang?

Jikalau mereka teman rapat meskipun, mereka tidak akan bersama setiap masa.

Tidak mungkin mereka sentiasa berkepit seperti pasangan merpati.

Sedangkan pasangan merpati juga berpisah pada sesetengah waktu, apa entah lagi manusia?

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now