Sang luna atau sang rembulan berwarna merah menghiasi lakaran langit gelap dan ditemani kelipan yang bergema lapan.
Renai hujan langsung tidak mencemar keindahan ketika itu malah mencantikkannya lagi.
Indah.
Itulah gambaran yang dapat diberi oleh Arsh tatkala merenung langit melalui tingkap.
==============Mereka sampai Bandaraya Ranunculus semasa matahari sudah melabuh tirai dikaki bukit.
Mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan Pahlawan Lagenda diberi kediaman sama. Kediaman yang diberi nama Teratai Buluh.
Teratai Buluh menjadi tempat penginapan para peserta sejak dari dulu lagi.
Tempat ini menjadi saksi mereka-mereka yang berkumpul dengan pelbagai ragam.
============
Tok! Tok! Tok!
Ketukkan dipintu mematikan lamunan Arsh. Arsh memandang empunya tubuh yang mengetuk pintu bilik tanpa sebarang riak.
"Gelap betul bilik. Lampu rosak?" Ujar seorang lelaki berambut kuning yang bertindik telinga disebelah kiri.
Arsh boleh melihat mereka dengan jelas kerana pencayahan datang dari lampu koridor
Seorang yang bertubuh pendek jika dibandingkan dengan yang lain menekan suis lampu.Tik.
Sekali petikkan lampu sudah menyala lalu merenangi isi dalam bilik.
"Woahh!! Hantu!" Jerit kecil lelaki pendek itu.
"Eh? Dah ada orang masuk dulu dalam bilik." Kata seorang lagi lelaki yang memakai topi dan berparut sebelah mata.
"..." Arsh tidak menjawab soalan mereka.
Tiga jejaka yang tidak dikenali oleh Arsh merenung Arsh. Begitu jua dengan Arsh yang merenung mereka.
"Sampai bila korang nak merenung? Masuklah dalam." Pelawa Arsh.
Mereka masuk kedalam bilik selepas dipelawa oleh Arsh.
Dari pandangan mata Arsh jelas menunjukkan mereka juga terpisah dengan rakan seperti dirinya.
Dia sudah diberi tahu pada awal pemberian kunci bilik, dimana mereka akan bercampur dengan sekolah lain.
Pada pandangan mata Arsh, Arsh dapat tahu dua orang dari sekolah magis dan seorang lagi dari sekolah kesaterian.
Sesiapa sahaja boleh menganggak mereka datang dari sekolah mana melalui gaya dan peralatan yang dibawa mereka tetapi bukan bagi Arsh. Arsh dapat tahu siapa mereka melalui cahaya ditubuh mereka.
Di Aqua, pembelajaran terbahagi kepada 4 skop besar iaitu, sekolah biasa, sekolah kesaterian, sekolah magis dan sekolah kesaterian diraja.
Sekolah biasa adalah kebanyakkan sekolah di Aqua. Mereka memperlajari benda sama seperti yang lain tetapi tiada kaitan dengan unsur magis dan unsur kesateriaan. Pelajar sekolah biasa minoriti pelajar yang mampu mengawal sihir.
Manakala sekolah magis adalah sekolah yang berteraskan penggunaan sihir sahaja. Pelbagai sihir dipelajari oleh mereka. Mereka lebih belajar mengenai sihir berbanding ilmu semasa tetapi mereka tetap belajar mengenai ilmu semasa.
Sekolah kesaterian adalah gelaran bagi sekolah polis dan sekolah ketenteraan. Mereka lebih diterap kebolehan dalam menandangani musuh. Majoriti dari mereka tidak mampu menggunakan sihir tetapi tetap diajar asas sihir pentagram. Mereka juga diberi ilmu semasa.
Sekolah kesaterian diraja adalah satu-satunya sekolah yang diwujudkan bawah bimbingan keluarga pemerintah Aqua. Sekolah ini dipasak pelajarnya ilmu sihir, ilmu semasa serta ilmu pertahanan. Sekolah yang sukar mengraduasi para pelajar.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasíaSebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...