episode 3

6.3K 433 8
                                    

Jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Mata Arsh masih segar bugar walaupon sudah tiba masa untuk tidur. Arsh sudah menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu-cikgunya.

Sekejap beralih ke kanan, sekejap ke kiri dan ke kanan semua, sekejap meniarap, sekejap terlentang. Segala posisi telah Arsh lakukan tapi masih segar bugar matanya.

"Alahai mata.. takkan kau nak suruh aku belai kau sampai kau mengantuk.. teruklah kalau macam tu." Arsh bermonolog.

"Arghh.. tak boleh jadi ni.." Arsh turun dari katil dan pergi ke pintu bilik.

Arsh pergi mengambil segelas air dan ingin kembali ke biliknya.

Semasa menaiki tangga Arsh ternampak cahaya disebalik tingkap di tangganya.

"Cahaya apa tu? Ia datang dari belakang bukit Tiara!" Terus Arsh kembali ke bilik dengan segera dan menukar baju tidurnya dengan pakaian kasual.

Perjalanan ke bukit Tiara...

Arsh terasa sihir yang kuat yang menghalang Arsh memasuki kawasan tersebut.

Berkali-kali Arsh cuba memasuki tetapi tetap tak berjaya.

"Kenapa aku tak boleh masuk? Sepatutnya aku boleh masuk. Kalau aku mempunyai elemen kuasa..." Arsh tersentak.

Arsh imbas kembali perbualannya dengan cikgu Bess.

"Tiada perubahan? Sekejap kawan sekelasnya semua Batu Kenalpasti Elemen kuasa tu semua berubah warna tak pun bentuk. Kenapa aku punya langsung tak berubah?" Arsh mula berfikir.

"Tak akanlah! Aku tak boleh guna elemen? Dan tak berbakat dalam penggunaan sihir?" Hati Arsh sakit bila memikirkannya.

Arsh masih cuba memasuki kawasan tersebut. Setiap cubaan Arsh menghasilkan arus elektrik yang menghalang Arsh memasuki kawasan tersebut.

Arsh terus mencuba sehingga arus elektrik tersebut mencederakan tubuh Arsh tapi Arsh masih tidak berputus asa.

Percubaan yang ke-50.

Badan Arsh lembik kerana terkena terlalu banyak arus elektik. Jika ia manusia biasa sudah pasti mati. Tetapi Arsh tidak perasan akan perkara itu.

Percubaan ke-51 Arsh. Tiba-tiba petir menyambar disekitar Arsh. Dan kesan petir tersebut telah menghancurkan pokok-pokok dikawasan tersebut.

Arsh perasan petir tersebut cuba menyambarnya dan tindakan pantas Arsh lari dari kawasan tersebut.

Petir tersebut masih menyerang dan seoleh-oleh ingin memakan Arsh.

Pergerakkan Arsh tidak setanding kepantasan petir tersebut sedikit lagi terkena petir tersebut.

Arsh terus berlari tiba-tiba muncul Cashen yang mengunakan kuasanya sebagai perisai.

"Perisai api!" Muncul perisai yang berapi yang menghalang petir terkena Cashen dan Arsh.

Arsh menghembus nafas lega.

Arsh menyaksikan perlawanan Cashen dengan petir.

"Bebola api!" Cashen mengeluarkan api kecil dari tangannya bertalu-talu ke arah awan.

Awan tersebut memberi tindak balas dan cuba menyerang Cashen. Cashen melompat mengelak dari terkena penahan petir

"Arsh! Lari kebelakang 100 langkah sekarang!" Cashen memberi arahan tanpa memandang Arsh. Cashen menghalang panahan petir dengan perisai apinya.

Arsh mengikut arahan dan memerhatikan perlawanan tersebut dari jauh.

Tiba-tiba panahan petir turun tepat atas kepala Cashen dan Cashen tak sempat mengelak.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now