Ini bukanlah sebuah update tetapi saya ingin membuat penghargaan.
Secara jujur buku ini ditulis ketika saya berumur 17 tahun sekarang saya sudah menjangkau 19 tahun.😩
Saya tak pasti sebenarnya apa yang difikir oleh diri saya masa lepas. Saya tak dapat nak tangkap walaupun ditulis oleh saya sendiri namun saya tetap meneruskan karya.
Buku ini pada asal penubuhannya tiada penutup atau dalam kata lain tiada ending namun sehingga kini ending sentiasa berubah-ubah dan tiada penetapan ending sebenar.
Sesiapa yang menanya bagaimana endingnya. Maaf sangat2 sebab tak dapat nak bagi spoiler sebab penulis sendiri tidak tahu bagaimana ending dia 😂😂😂😂.
Saya memohon maaf kerana tidak membetulkan kesilapan penulisan dalam karya ini di beberapa episode lepas kerana pada asal saya nak simpan tarikh sebenar waktu episod tu ditulis namun selepas update wattpad baru benda tu dah hilang.. Saya sedih dan terkilan sebenarnya. 😞.
Karya ni disambung oleh diri saya dimasa sekarang dan saya dapati terlalu banyak rahsia yang diri saya 17 tahun lakukan yang saya perlu rungkaikan.😧😧😧
Terlampau banyak twist-plot sebenarnya saya cuba lari dari menyelesaikan pengantungan cerita tapi saya perasan diri saya pengecut kerana tidak mahu merungkaikannya dan rasa bersalah yang amat bila saya tahu pada beberapa pembaca membaca cerita berulang2 kali. Hanya tuhan tahu perasaan saya setiap kali saya nampak pembaca baca balik dari episod 1.😭😭😭😭
Saya tahu buku saya merepek dan melalut sehingga memeningkan pembaca namun tetap pembaca setia membaca. Macam mana saya tahu? Saya daftar cerita ini dalam wattys2016
dan langsung tak menjangka PL berjaya merangkul dua kategori sempat skroll sekejap.
Ini saya perasan apabila saya bukak noti saya nampak ramai yang letak buku ini dalam buku pengumpulan mereka. Terima kasih sangat 😊😊😊.
Yang ni paling saya terkejut apabila hanya buku PL sahaja menerima anugerah ni.
Saya daftar buku ni kerana suka-suka dan tidak menjangka saya berjaya merangkul kemenangan.
Alhamdullilah terhadap Illahi kerana memberi ganjaran sebegini kepada buku tidak sebetapa ini.
Terima kasih kepada abah dengan mama yang langsung tak membantah akak untuk berhenti menulis buku dan abah kerana berusaha mencari penerbit namun tiada siapa mahukannya.
Terima kasih kepada yang memandang rendah kepada saya kerana suka berangan dan selalu dicop tidak berpijak pada bumi yang nyata. Kalau bukan kerana pandangan hina korang lemparkan tidak mungkin bulu ini wujud didunia ni walaupun diatas talian dan merangkul anugerah ni.😁😁
Terima kasih kepada para pembaca yang sudi mengunyah dan menghadam buku ni sampai melekat dekat dalam diri tanpa memuntahkannya. Saya harap buku ini sentiasa melekat dalam hati korang dan korang langsung tidak melupakan watak dalam cerita ni walaupun dah berpuluh tahun korang dah tak baca.😜
Dan saya mengucapkan tahniah kepada beberapa ahli Fudingu Familia yang berjaya merangkul kemenangan seperti:
@Nur_Haura antara ahli tua dan merangkap ibu penyanyang dalam group dalam Fudingu Familia.
@CikDayangs si hodoh yang gojes sangat 😂.. kehadiran merepek kau memang dihayati. Terima kasih sebab pm aku kata nak masuk group dan akhirnya kita sama-sama merangkul kemenangan.
Kepada ahli lain terima kasih kerana masih bersama fudingu familia even ahli group kita maintain dalam tu tanpa bergerak angkanya 😂😂 tapi kita dah macam keluarga dan mempunyai persamaan rahsia terungul bersama.
Ahli group :
Sasuke_kun26
yato98
_Ryuuuu
Mizuki_Anazuki
aira_sakura
Nano adik sasuke. (Aku tak tahu nama dia)Sampai sini sahaja penghargaan saya terima kasih kerana membaca.
Sayang:
Eyka_Aqua
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...