Episode 61

3.4K 217 31
                                    

Dirumah Las,

Rumah agam mewah menyimpan rahsia yang manusia tidak ketahui. Terutama mereka dari keturunan Roum. Rahsia apa? Biarlah rahsia kekal rahsia.

Dibilik Las,

Sebuah figura yang sedang nyenyak lena sambil tubuhnya diselimutkan dengan selimut awan yang selesa dan sejuk. Bilik yang gelap tanpa cahaya benar-benar mampu membuat sesiapa melabuh layar dengan segera.

Walaupun suasana mampu membuat sesiapa terlena termasuk tuan punya bilik tetapi manusia disebalik selimut bagaikan menghadapi sesuatu mimpi yang teruk.

Tubuhnya berpeluh teruk, wajahnya berkerut manakala tangannya kiri di dada dan tangan kanan mengapai langit bagaikan mahu mengapai sesuatu. Mulut terkumit-kumit mengatakan sesuatu yang tidak didengari.

"Ma..aaa.."

Di dalam mimpinya,

Dia berdiri dihadapan rumah agam yang jauh lebih kecil berbanding rumah agamnya sekarang. Rumah agam dua tingkat tidak bercat dan beratap merah jambu yang sudah berselapuk. Halaman rumah yang kemas berbunga dari tanaman yang dijaga rapi. Jalan ke pintu utama dipenuhi dengan batu sungai.

"Ini.." Mata Las terbuka luas. Dia kenali tempat ini!

Badannya menggigil. Dia berlari dan merempuh pintu rumah agam tersebut. Rumah berkonsepkan moden dan dipenuhi dengan kayu jati yang berkilat. Lampu dirumah ini terbuka sebaik sahaja Las merempuh masuk ke dalam bagaikan menanti kehadirannya. Kerusi dan meja berdebu menutup serba sedikit kekilauan perabot.

Dia berlari menaiki tangga tanpa diarah. Ya! Dia pasti manusia itu berada didalam rumah ini! Seseorang yang dirinduinya. Wajahnya tersenyum lebar apabila mengetahui perkara itu.

Dia terlalu rindu, tidak, terlampau rindu! Dia mahu memeluk manusia itu sekali lagi!
Las terus berlari memanjat anak tangga dengan semangat berkobar-kobar. Tidak sabar rasanya nak rasa kehangatan itu semula.

Sebaik sahaja dia sampai dihadapan sebuah bilik yang tertulis 'mini perpustakaan." Ya, rumah ini terdapat perpustakaan mini yang mengumpul beratus-ratus buku yang dia sendiri tidak pasti.

Mengetuk pintu bilik dan meredah sahaja tanpa mendengar sesiapa membenarkannya masuk.

Dihadapannya! Dihadapannya! Manusia yang diperkatakan sedang tersenyum sesinar sang suria! Las tak mampu menutup kegembiraannya. Dia tersenyum selebar-lebarnya.

Dia berlari ke manusia tersebut sambil menjerit.

"MAMA!!!" Jeritnya gembira.

Manusia yang dimaksudkan olehnya adalah ibu kandungnya!

Las merangkul tubuh wanita dihadapannya dengan erat. Hangat! Sungguh hangat! Wanita itu membalas pelukkannya.

Bahagianya! Air mata jantannya jatuh dibibir mata sederas-derasnya. Wanita dihadapannya memeluknya sambil membelai rambutnya dengan lembut dan halus.

Dia menangis semahu-mahunya dalam dakapan wanita bergelar ibunya. Tak perlu dia berselindung.

"Mama..Mama..mama..mama.." Dia memanggil berselang dengan tangisan.

Sebaik sahaja dia berjaya mengawal tangisannya dia dapat merasa sesuatu yang pelik. Pelik. Sesuatu tak kena. Tetapi apa?

"Sayang? Kenapa menangis ni?" Ujar wanita dihadapannya sambil mengusap rambutnya.

Dia mengangkat kepala dan melihat wanita itu masih cantik. Kecantikan sama seperti dulu.

Sisa air matanya diusap oleh ibunya dengan lembut. Bahagianya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now