Di padang demensi raksasa, musim panas.
Sudah seminggu berlalu perayaan manisan tersebut. Selamat para sahabat mereka yang datang dari Ghais Lavanark kembali ke tempat asal mereka.Arsh, Las, serta Cashen sedang berdiri antara satu sama lain ditengah-tengah padang.
"Kali ini aku akan jadi jurulatih korang berdua."
"Bukan cikgu Bess?"
"Cikgu Bess ada mesyuarat tergempar di planet lain jadi tak dapat datang untuk tempoh tertentu." Jelas Cashen.
"Apa sahaja aku suruh. Kau kena buat. Aku tak nak dengar rungutan, faham?" Tegas Cashen.
"Korang berdua akan duduk dan berlatih disini sehingga sebulan. Jadi aku akan pastikan korang berdua dilatih kaw-kaw punya." Ujar Cashen lagi.
"Faham!" Serentak Arsh dan Las berbicara.
"Latihan hari ni dan sekarang aku nak korang berdua berlari sepanjang 60 kilometer pergi dan balik sebanyak 2 kali. Pertandanya iyelah gerbang pada tengah-tengah bukit tu baru patah balik!" Jelas Cashen sambil menunjuk arah bukit yang tidak jauh dari situ.
Arsh dan Las memandang satu sama lain.
"Aku lari 30 kilometer pun dah tercunggap inikan pula 60 kilometer." Ujar Arsh dalam hati.
Las menepuk bahu Arsh. Arsh memandang Las sambil mengangguk kepala tanda memberi keyakinan pada Arsh.
"Setiap misi yang diberi kita kena buat dengan bersungguh-sungguh dan paling penting adalah kerjasama antara satu sama lain." Terang Cashen lagi.
Las dan Arsh hanya mendengar arahan dengan kusyuk.
"Baiklah kita akan berlari sekali..."
"Sekali?" Terpancul soalan pada mulut Arsh.
"Ye, sekali. Aku nak tunjukkan arah lepas ni korang kena buat sendiri." Ujar Cashen tenang.
"Sekarang kita fokuskan latihan stamina sahaja bukan kelajuan. Jadi mulakan regangan panaskan badan."
Mereka bertiga memulakan reganggan sebelum mulakan larian.
"Demensi ni tak bahaya?" Tanya Arsh pada Las.
Arsh memandang suasana yang redup dan padang yang dipenuhi dengan rumput segar dan pokok-pokok bunga yang kecil dan mekar.
"Ntah." Jawab Las sepatah.
".. Oh.." Jawab Arsh sepatah.
"Ni demensi raksasa kedil. Teringat aku mula-mula dapat misi kelas D. Ambik kutip bunga, mandi-manda, kutip buah, kutip cendawan. Misi paling mudah." Las ketawa kecil.
Arsh terdengar ketawa Las hanya menjeling tetapi terbantut pertanyaan sebaik sahaja melihat mata Las yang sunyi.
"..."
Mereka memulakan latihan stamina mereka. Mereka meredah padang sehingga berjumpa hutan, selepas hutan berjumpa pula padang, kembali ke hutan kemudian jumpa sungai. Berhenti untuk meneguk air dan menyambung semula larian mereka. Pelbagai haiwan pelik yang mempunyai telinga tajam seperti sahabat mereka yang datang dari Ghais Lavanark cuma mereka kedil dan hanya memakai cawat berkulit harimau.
Ada diantara mereka sedang memanjat pokok, bercucuk tanam, memancing, memburu, melihat pokok-pokok, mereka tidak menghiraukan ke hadiran mereka bertiga melainkan anak-anak mereka yang melambai tangan ke arah mereka.
"Haiwan apa ni?" Ujar Arsh sambil menekan komputer gravitinya.
Dia mengimbas salah satu makhluk didepannya dan konputernya mengeluarkan maklumat mengenai makhluk tu.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...