episode 14

4.8K 362 6
                                    

Masih di kafe Riano, 

Dimana sekumpulan lelaki elit dari Sekolah Elit Matahari menyahut cabaran dari kumpulan Arsh untuk menjawab soalan Sains dan Pengiraan Matematik Angkasa. Akan tetapi cikgu Bess muncul disaat pertandingan ingin berlangsung.

"Kenapa cikgu ada dekat sini?" tanya mereka serentak.

"Oh! Saya saja-saja jalan dekat kawasan sini. Saja ambik angin. Bila saya lalu depan kafe ni saya terdengar diaorang bercakap sesama sendiri pasal pertandingan ni. Jadi saya saja datang terjah." ujar Cikgu Bess. Mereka mengangguk kepala tanda memahami.

"Hoi! Jangan abaikan kami macam tunggul disini!" salah seorang pelajar lelaki tersebut meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

"Oh? Maaf." Serentak mereka berempat berkata.

"Saya suruh berhenti bukan kerana soalan itu tidak wajar di jawab atau apa. Saya suruh kamu berhenti sebab saya nak senserkan jawapan yang dijawab oleh Sabrina sebelum ni." terang cikgu Bess.

"Senserkan jawapan?" tanya salah seorang dari kumpulan tersebut.

"Yup~" kata cikgu Bess sambil mengaktifkan pentagram atas buku tersebut, kemudian semua jawapan pada buku tersebut tidak nampak oleh mereka semua.

"Kenapa cikgu senserkan?" tanya ketua pelajar tersebut dalam keadaan tak puas hati.

"Saya senser bukan kerana nak tutup fomula tapi supaya kamu semua tak konfius dengan jawapan yang dibuat oleh Sabrina. Lagi satu setiap soalan tersebut mengunakan fomula sama tapi langkah untuk menjawab setiap soalan adalah berbeza." terang cikgu Bess sambil mengaktifkan pentagram disetiap sekumpulan pelajar tersebut dan muncul lima helaian kertas.

"Apa ni?"  Mereka mengangkat kertas yang diberi oleh cikgu Bess.

"Fomula." ringkas penerangan Las berikan.

"FOMULA?!" Mereka terkejut.

"Fomula sama tapi langkah boleh untuk menggunakan fomula tersebut ada 15 cara." Terang Arsh.

"Setiap soalan tersebut memerlukan langkah penggunaan fomula yang berbeza. Jika menggunakan langkah yang sama sahaja jawapan tersebut akan dapat jawapan yang salah atau tidak mendapat jawapan." Sambung Arsh lagi.

"Woah~ format betul kau Arsh." usik Las.

"Hahahaha. Tak adalah aku terhafal penerangan yang cikgu bagi masa subjek cikgu kita tu." 

"Baiklah kamu semua boleh menggunakan kalkulator bulan atau kalkulator meteor untuk mengira. Masa diberikan hanya dua jam untuk menjawab." cikgu Bess menyampuk perbualan Las dan Arsh.

"Kami tak perlukan masa sampai 2 jam untuk menjawab kalau lelaki ni boleh jawab hanya dalam masa 20 minit sahaja." Cakap salah seorang dari kumpulan pelajar lelaki tersebut.

Cikgu Bess tersenyum kecil dengan perkataan yang dituturkan oleh mereka.

"Belum cuba belum tahu." Cikgu Bess bermonolog bersendirian.

"Baiklah kamu boleh mula sekarang." 

Semua pelajar elit tadi terus membuka buku tersebut dan mula mengira. Suasana sekeliling menjadi sepi memerhatikan mereka menjawab.


Manakala Arsh, Las, Sabrina dan Cikgu Bess..

Mereka kembali ke meja mereka tadi.

"Kenapa cikgu boleh ada dekat sini sebenarnya?" tanya Arsh.

"Saya tak rasa cikgu datang sini secara kebetulan." Teka Arsh lagi.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now