episode 29

4.3K 279 19
                                    

Di hospital Vika, selepas senja.
Arsh bergerak keluar dari koridor lalu pergi ke kaunter untuk bertanya.

"Maaf. Tumpang tanya boleh tak saya keluar hari ni? Esok dah perayaan." Tanya Arsh pada jururawat lelaki di kaunter.

"Sebentar ya." Dia menekan sesuatu pada hologram komputer.

Seorang gadis berkot keluar dari bilik lalu bergerak ke arah Arsh. Gadis tersebut menggunakan tanda nama Piko.

"Dr. Piko..." Bisik Arsh dalam hati.

Wajah piko yang sememangnya anggun dan penuh aura keperempuanan disekelilingnya.

"Ya? Boleh saya bantu?"

"Boleh tak saya keluar dari hospital? Saya nak sambut perayaan dengan kawan-kawan." Pinta Arsh.

Piko memandang Arsh sebelum mengambil sesuatu dokumen.

"Boleh. Selepas awak melakukan pemeriksaan. Sila kembali ke bilik. Saya akan ambil darah untuk dijadikan contoh serta suhu badan awak." Jelas Piko.

Arsh bergerak ke dalam wadnya semula sementara menanti Dr.Piko memeriksanya.

"Arsh? Kau dah sedar?" Tanya Las. Dia baru sahaja menghantar Sabrina yang tidak sedar dari tidur dengan mendukungnya seperti tuan puteri sebelum datang untuk menjaga Arsh malam ni.

"Aku dah sedar. Aku nak balik malam ni. Aku nak hias rumah." Rengek Arsh.

Las terpegun seketika dengan raut wajah Arsh semasa dia merengek. Lidahnya kelu. Nasib baik Arsh bukan perempuana.

"Sejak bila kau belajar jadi perempuan ni?"

"Huh?"

"Kau tau tak muka kau tadi kiut habis." Jawab Las sambil menuang air suam-suam hangat kepada Arsh untuk diminum.

"Lah. Ada bakat aku berlakonlah ni?" Arsh membalas usikan Las sambil mengambil gelas daripada Las lalu meneguknya.

"Terima kasih." Las menganguk sahaja.

Pintu bilik mereka diketuk. Muncul raut wajah Piko dengan jururawat wanita di sisi Piko.

"Baiklah encik Arsh..."

Arsh memotobg kata Piko.

"Panggil saya Arsh. Tua sangat rasa bila panggil saya encik."

".....baiklah." Piko terdiam sejenak  sebelum menjawab.

"Saya akan buat pemeriksaan ke atas encik."

"Maaf...errr... Encik...." Piko mengerut dahi ke arah Las.

"Panggil saya Las." Jawab Las.

"Ok. Encik Las boleh tunggu di luar. Kami akan menjalankan pemeriksaan terhadap Arsh untuk seketika."

Las mengangguk lalu bergerak keluar dari wad Arsh. Dia hanya duduk berdiri di sebelah pintu bilik dengan menyandar dan menyilangkan kakinya manakala tangannya diletakkan ke dalam poket.

Selepas menunggu 30 minit, Piko dan jururawat wanita keluar dari bilik Arsh.

"Macam mana keadaan dia?"

"Dia sihat malah dalam keadaan stabil. Dia boleh keluar tetapi dia perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pastikan dia datang seperti tarikh di berikan. Jika dia ada misi sila lapor ke pihak hospital memudahkan urusan kami." Jelas Piko.

"Baik. Hantarkan saya jadual budak tu. Senang nak heret nanti." Lawak Las. Piko ketawa kecil lalu mengeluarkan komputer gravitinya dan menekan-nekan papan kekunci hologram yang terpancar dari komputernya.

"Ok, terima."  Jawab Las selepas bebunyi 'beep' sebanyak tiga kali.

Piko mengangguk dan menhilangkan komputernya dan bergerak meninggalkan Las.

Las memasuki bilik Arsh. Arsh sudah bertukar baju.

"Laju betul. Aku sembang dengan doktor tak sampai 5 minit kau dah tukar baju."

"Hehehe.. Doktor kata tak perlu mandi jadi aku tukar jelah pakaian." Jawab Arsh menyikat rambutnya.

Tiada apa yang perlu dikemaskan kerana dia datang ke hospital secara mengejut. Dia mengambil kain lalu mengangkat bunga raya yang dihadiahkan oleh Las padanya.

Las hanya memerhati perbuatan Arsh tanpa bicara.

"Dah, siap!" Arsh mengangkat bunga tersebut.

Mereka bergerak ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran. Sebaik sahaja mereka sampai. Las menyuruh Arsh mengeluarkan kad pelajarnya. Arsh hanya turuti. Ternyata Arsh hanya perlu membayar murah daripada harga asal.

Di sekolah Aqua Kristal, di dituasi Cikgu Bess.
Cikgu Bess memerhatikan langit yang tiba-tiba merekah sedikit dan rekahan tersebut dilindungi oleh awan sekeliling. Cikgu Bess sememangnya ada kebolehan untuk menebusi sesuatu objek tanpa mengunakan pentagram.

"Masuk." Cikgu Bess memberi arahan.

Muncul pentagram warna ungu di depan mejanya dam muncul lelaki musang memegang laporan.

"Tekaan tuan adalah tepat. Dilangit tersebut adalah debu pari-pari. Debu tu telah meretakkan demensi kita dengan sesuatu." Jelas lelaki tersebut.

"Sesuatu? Adakah manusia atau sebaliknya.

"Dia dari planet lain serta masa mereka bergerak agak cepat dari pergerakkan masa palnet kita akan tetapi tahun mereka jauh lebih jauh dari kita."

"Planet itu tuan pernah mengkaji di mana ada sesuatu makhluk menyerupai manusia iaitu puntianak atau sebenarnya Vrykolakas. Mereka duduk dengan manusia. Jika kita bernasib baik atau buruk kita boleh jumpa mereka selepas mereka disedut dengan taufan demensi."

"...." Cikgu Bess hanya mendiam diri dengan keterangan lelaki musang tersebut.

"Saya akan aktifkan sihir pendinding untuk langkah berjaga-jaga." Jawab Cikgu Bess.

Muncul Pentagram hitam di tapak Sekolah Kesyatriaan Aqua Kristal lalu muncul pendinding sihir atasan.

"Kau boleh balik ke kampung sekarang. Sebab kau akan bergaduh dengan makhluk sebegitu." Arahan Cikgu Bess.

"Baik." Lelaki tersebut tidak menolak atau menjawab kata cikgu Bess kerana dia cukup patuh dengan arahan yang diberi.

Lelaki musang tersebut hilang dari pandangan.

"Oh. Mereka dah turun." Kata cikgu Bess lalu mengaktifkan pentagram untuk sampai ke distinasi.

Di air pancut di tengah-tengah sekolah,
Ada sesuatu yang besar jatuh ke atas air pancut. Air terangkat sebaik sahaja menerima hempapkan yang tinggi dari sesuatu yang jatuh dari langit.

Cikgu Bess berdiri tidak jauh dari situ hanya memerhati hempapkan tersebut tanpa membantunya.

"Nampaknya... Dia manusia..." Cikgu Bess sengaja tidak menolong untuk pastikan dia manusia atau Vrykolakas.

Lelaki tersebut menandang sekeliling dengan tanda tanya. Barangkali dia terkejut dengan keadaan sekeliling atau mencari kawannya yang terpisah.  Tubuh lelaki tersebut ada sedikit serbuk debu di badannya sebelum hilang perlahan-lahan.

Cikgu Bess bergerak kearah lelaki tersebut.

"Perlukan bantuan?"

Lelaki tersebut memandang Cikgu Bess dengan wajah pelik serta sedikit keliru.

Cikgu Bess hanya tersenyum. Dia tahu lelaki tersebut terkejut debgan cermin mata yang dipakainya.

Selepas berkenalan, lelaki tersebut namanya Glen Nikolai datang dari planet Ghais Lavanark, bahasa digunakan agak klasik berbanding mereka. Bajunya juga baju yang selalu planet Aqua pakai semasa majlis tari menari.

Apa yang diucapkan pada Glen adalah ucapan selamat datang ke sekolah ini.

Bersambung..

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now