Di alam raksasa, di sebelah tasik.
Hari berselang hari, tanpa mereka sedari sudah dua minggu mereka menjalani latihan padat. Dari latihan tenaga sehingga latihan otot dan penafasan. Mereka susut berat badan sehingga 4kg kerana kurang makan dan hadapi latihan seperti askar.Sekarang, mereka sedang menjalani latihan penafasan sambil mengawal pergerakkan senjata. Pada awal, Arsh agak kekok tetapi selepas berkali-kali melakukan latihan itu pergerakkannya sudah menjadi cantik dan tangkas.
"Bagus. Pergerakkan kau makin cantik walaupun Las mendahului." Puji Cashen dengan raut wajah bersahaja.
Las dan Arsh menggelap wajah mereka yang teruk berpeluh. Hari ni di alam raksasa yang dihuni oleh makhluk rakke agak panas dari biasa dan angin juga kurang meniup.
Mereka duduk berehat di bawah pokok yang redang dan dipenuhi buah yang pelbagai jenis.
"Unik betul pokok ni.. Ada macam-macam buah." Ujar Las yang sedang membelek buah yang berdekatan dengannya.
"Elok ler tu. Nama pokok ni pun Pokok Pelik." Ujar Cashen dengan tenang sambil meneguk air dari botolnya.
Las terus membelek buah dipokok manakala Arsh sedang sibuk memerhati ikan yang sedang seronok berenang di tasik yang jernih dan sejuk.
Mereka terus menjalani latihan memenatkan selepas berehat selama 10 minit.
Di rumah Sabrina,
Sabrina yang sedang berdiri di jendela membiarkan angin musim panas menyapa dirinya. Rambutnya terbang seiring dengan tiupan angin.Sabrina menggeluarkan rantai dari kotak yang kecil dan cukup comel. Kotak berwarna hitam dan bercorak pokka dot putih serta reben jenis kain warna hitam.
"...." Sabrina mengangkat rantai dengan tangannya ke paras mata.
"Arsh..." Terkeluar nama Arsh dibibir Sabrina. Perasaan rindunya dan bersalah bercampur baur.
"Adakah engkau akan benci aku? Jika engkau kenal diri aku sebenar??" Arsh.. Las... Adakah korang masih terima aku? Sanggup ke korang senyum pada diri aku lagi??" Mata Sabrina kuyu.
Rantai yang comel berbentuk hati dan susunan belian membentuk seperti reben memantul semula cahaya yang datang dari bulan.
"Heh!" Sabrina memberi senyuman yang agak sinis.
Sabrina menyimpan semula rantai tersebut ke dalam kotak lalu masukkannya ke dalam laci berantai.
"..." Mata Sabrina kelam tanpa sebarang cahaya seperti manusia yang tiada hati dan perasaan.
Dia memakai baju jubah hitam dan menutup rambutnya dengan rambut palsu panjang berwarna hitam. Wajahnya di mekap supaya kelihatan pucat dan cekung.
Malam, di situasi Las,
Suasana tempat mereka tidur sepi, tiada angin mahupun ngauman. Api dari unggun sudah lama terpadam sengaja dibiar begitu sahaja."Arsh dibangkitkan semula.. Adakah peristiwa tu Arsh akan ingat?"
"Arsh akan jadi kuat.. Ya, sangat kuat... Adakah Arsh akan hilang memori sekarang?"
"Adakah.... Dia memaafkan aku??" Las menyebam mukanya ke lutut.
"Peristiwa berdarah...."
"Peristiwa yang mengubah hidup Arsh sekarang... Sekarang dia lupa.. Lepas dia ingat... Apa perlu aku buat?"
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...