Episode 87

2.8K 195 56
                                    

Perlawanan penentu kumpulan B,

Cashen berjaya memasuki pusingan penentu dan lawannya kini bukan salah seorang dari sekolahnya.

Hurmmm.. Nampaknya budak sekolah aku semua dah kalah?

Haaaa... Diaorang masih belum cukup latihan..

Cashen merenung wajah pihak lawan dihadapannya dan melepaskan nafas yang agak berat.

Perempuan lagi... Memang aku ditakdirkan lawan dengan perempuan je ke?

Gadis berpakaian seperti penduduk Bandaraya Gyorian. Pakaian yang dipenuhi labuci dan manik warna-warni.

"Ummm.. bling-bling sungguh! Bergelapan macam bintang." Tanpa disangka mulut Cashen terberi pujian.

"Kau perli ke puji?" Ujar gadis itu.

"Puji..."

"Kenapa aku rasa macam kena perli?"

"Sebab hati kau kotor kot?"

"Hoi! Aku siat kau hidup-hidup kang!!"

"Ok. Gurau."

"Oh yeah! Oh yeah! Oh yeah!! Perlawanan pusingan akhir kumpulan B !!! Siapa akan yang ke pusingan akhir?!

Disebelah barat saya, Villi dari sekolah sihir! Digelar gadis bintang berkilauan!!"

"Gadis berkilauan? Bagus betul nama gelaran kau."

"Diamlah..." Muka gadis dihadapannya ditundukkan wajah barangkali malu.

"Disebelah timur, Cashen dari sekolah kesateriaan Aqua Kristal!!!"

"Hurmmm.... Aku tengok perlawanan kau tadi.. Aku gembira dapat bertembung dengan kau.. Aku harap kau tak mengecewakan aku.." Kata gadis itu sambil tersenyum.

Bibirnya merah mekar seperti mawar langsung tidak dipandang oleh Cashen dengan hawa nafsu.

"Oh.. Aku tak janji akan jadi semanis perlawanan tadi..."

"Manis?" Villi berkerut wajah apabila mendengar kata-kata Cashen.

Cashen terdiam apabila dirinya tersasul. Dia memandang atas mengingati peristiwa semasa perlawanannya dengan Caren.

"Perlawanan dimulakan!!!!"

"..... Tak ada apa-apalah.."

"Oh.. Ok.."

"Jom mulakan?" Pinta gadis itu.

"Ok.."

Sebaik sahaja Villi menerima persetujuan Cashen, pantas dia membuka kuda-kuda dan menendang Cashen dengan libasan hujung kaki.

Ternyata tendangan Villi amat laju apabila Cashen terkejut namun berjaya mengelak kebelakang setapak namun kulit pipi Cashen terguris.

Cashen terasa pedih akibat tendangan Villi tetapi tidak diendahkannya.

Villi memberi serangan bertubi-tubi dari tendangan kakinya menyebabkan Cashen terpaksa melompat ke belakang.

Ketika Cashen masih diudara ketika dia melompat ke belakang, muncul Villi dibelakang Cashen.

Cashen terperanjat kerana tidak menyedari bila masa Villi berada dibelakangnya.

Cashen yang masih terbuka luas anak mata kerana terkejut bertambah luas apabila saat dia memandang Villi ditangan Villi sudah ada pentagram penuh. Villi meleparkan senyuman kecil.

"Apakah?!" Cashen bermonolog.

Selang sesaat dua Villi melepaskan serangan pada Cashen.

Kuasa lohong gelap?!

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now