Episode 38

3.6K 228 8
                                    

Sambungan cerita dari episode 37..
"Jangan masuk!!!"

"Arghh!!" Gadis berjubah tersebut mengerang sakit.

Sakit kepala datang menyerang tiba-tiba membuat dia terduduk dimuka pintu lubang gelap sambil memegang kepala yang berdenyut-denyut. Sihir pukau berjaya dihapuskan.

Sakit! Sakit! Sakit! Tubuh gadis tersebut menggigil menahan kesakitan yang tidak terperi. Tiba-tiba ia rasa ingin termuntah.

Lelaki bersayap tersebut menutup sayapnya lalu menghampiri gadis tersebut. Tangannya yang memakai sarung tangan perlahan-lahan menyentuh umbun gadis tersebut. Loket tersebut bercahaya kuat menyebabkan terhasilnya lintas pintas demi menghalang lelaki bersayap dari terus memegang tubuh gadis tersebut.

Gadis itu tidak menyedari apa yang berlaku kerana dia sedang menutup mata sambil menahan sakit. Manakala lelaki bersayap tersebut mengetap bibir.

"Menyusahkan!" Bisik hati lelaki bersayap itu.

Lelaki itu cuba mencabut rantai tersebut walaupun ditentang hebat. Sebaik sahaja berjaya memegang soket yang sudah terjuntai di lehrr gadis itu, segera ia mencabut lalu mencampak jauh dari gadis tersebut.

"Tak guna! Habis luka tangan beta." Ujarnya dalam hati lagi sambil melibas-libas tangannya. Sarung tangannya terhangus terbakar sehingga menampakkan tangannya yang sudah lecur.

Lelaki itu meletak semula tangan yang tidak lecurnya ke umbun-umbun gadis tersebut. Keluar cahaya merah lembut ditangannya. Perlahan-lahan sakit kepala gadis tersebut mula rasa ringan. Gadis tersebut membuka mata lalu memandang lelaki bersayap yang lembut mengusap kepalanya.

"Sudah pulih?"

"Awak ke... Yang tolong kurangkan??" Gadis tersebut mula menggunakan ganti diri yang lebih sopan.

Lelaki bersayap itu hanya merenung tanpa jawapan. Dia menarik tangan gadis itu untuk membantu gadis itu berdiri.

Rambut panjang yang tersorok dalam jubahnya terjuntai keluar saat tangannya ditarik oleh lelaki tersebut.

Lelaki bersayap itu tergamam seketika dengan keindahan yang terpacar seketika dihadapannya. Jantungnya berdegup sedikit kencang berbanding biasa.

"..."

"..."

Mereka memandang satu sama lain. Jarak antara mereka tidaklah terlalu jauh mahupun terlalu dekat. Lengan gadis tersebut masih lagi digengam oleh tangan sasa milik lelaki tersebut.

"Apa gelaranmu?"

"Gelaran?" Gadis tersebut binggung seketika.

"Apa benda dia tanya?? Nama ke?" Bisik hati gadis tersebut.

"Pira..." Perlahan gadis tersebut menjawab dengan wajahnya merah.

Dia malu dengan situasi mereka sekarang. Jantung sudah tidak tahan lagi. Segera dia merentap tangannya dari gengaman lelaki bersayap itu.

"....!" Lelaki itu sedikit terkejut tetapi nasibnya baik dia sedang memakai topeng jadi gadis dihadapannya tidak tahu bahawa dia sedang terkejut.

Dia mula menghadapi realiti. Dia mahu mempergunakan gadis ini. Masakkan gadis ini berjaya menarik hatinya. Tiada gadis lagi berjaya menggerakkan hati keringnya.

Lelaki tersebut menutup sayapnya lalu memaling tubuhnya dan bergerak ke pintu kegelapan.

"Nampaknya beta perlu ubah strategi." Dia bermonolog perlahan dan mustahil untuk didengari oleh gadis tersebut.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now