Episode 100

4K 236 41
                                    

Sambungan episod 99,

"Aku dah kena pulang..." Ujar Sabrina dengan tangisan yang yang tidak dapat dirinya bendung.

"Sabrina..." Kata Las perlahan.

Sabrina bertindak memeluk Las dan menangis dibahunya manakala Las pada awal pelukkan itu terasa dirinya mengalami renjatan.

Adakah ini perasaan yang Arsh rasa ketika itu?

Las memeluk semula Sabrina yang masih dibanjiri air mata.

"Tolong.. Selamatkan...aku.."Bisik Sabrina dibahu Las.

"Maafkan...Aku.. Korang berdua..."

============================
Di situasi Cashen,

Cashen yang sedang duduk memandang langit dari anjung bilik penginapannya.

Fikirannya masih kosong.

Kenapa agaknya fikirannya boleh kosong?

Bukan kosong atas alasan tidak mengingati diri sendiri tetapi mengapa dia boleh lupakan orang sekelilingnya?

Mengapa?

Dia tidak pernah ingat sesiapa disekolahnya termasuk gadis itu.

Gadis yang menjerit tatkala melihat dirinya separuh bogel.

Gadis yang menghantar makanan padanya.

Gadis yang menjaga pakaiannya walaupun dilarang.

Gadis yang mempunyai sinaran mata yang membahagiakan.

Kenapa agaknya dia bagaikan ada berbual dengan seseorang didalam bilik ini?

Siapakah dia?

Dirinya tiada jawapan untuk persoalan dirinya.

Dia mendongak dan melihat anak bulan sudah hampir berubah warna dari warna merah ke warna ungu muda.

Cantik.

"Adakah... Perjalanan baru sahaja bermula..?" Tanpa disedari oleh Cashen mulutnya melafazkan kata-kata itu.

===========================
Di situasi cikgu bess,

Cikgu Bess yang sedang berjalan dilarut malam sambil ditemani air kopi yang dibeli di mesin air katalog automatik.

Dia berhenti dipertengahan jalan dikhalayak ramai sambil mendongak kepala keatas memandang anak bulan yang hampir berubah warna itu.

Sesekali dia menghirup air kopinya itu tanpa memperdulikan orang lalu lalang melepasinya.

"Perjalanan baru sahaja bermula..kah?" Soalan itu terpacul dimulutnya sebelum dia menyambung perjalanannya.

============================
Di situasi Zulian,

Dia sedang leka memandang rak buku yang terdapat dalam biliknya. Dirinya sedang memikirkan cerita apa yang perlu dirinya baca ketika itu.

Dirinya mengambil keputusan untuk membaca buku "Puteri dan raja."

Buku bacaan kanak-kanak yang sudah menjadi buku kegemarannya sejak dari kecil.

Biarkan sahaja orang mengejeknya kerana masih membaca buku kanak-kanak, asalkan kepuasannya terjamin.

Sebaik sahaja dia menyelak halaman secara rawak dirinya terbaca satu petikan yang berbunyi:-

Perjalanan baru sahaja bermula.

"Perjalanan baru sahaja bermula..?" Selepas dia membacanya lantas hatinya terdetik memandang bulan di tingkap bulatnya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now