Sambungan episode 85,
Pisau kalis api milik Kitylie telah menyebabkan api milik Cashen hanya marak atas permukaan pisau tanpa menjejaskan bentuk pisau.
Pisau berapi itu menyerang Cashen disetiap arah.
Cashen berdecit seketika sebelum bibirnya membeku tanpa sebarang reaksi.
Kitylie sudah tersenyum sumbing sambil duduk menjutai kaki. Dia menanti tindakkan Cashen.
Pisau itu bergerak pantas kearah Cashen.
CASHEN!!!!!!!!!
Suara yang lantang tiba-tiba kedengaran diudara.
Tidak!
Bukan diudara!
Hanya digegendang telinganya.
Suara yang sentiasa berada dihatinya.
Caren.
Ya, Caren.
Cashen! Tolong! Jangan cedera..
Adakah suara itu ilusinasinya? Kenapa dia merasakan Caren seoleh-oleh berada belakangnya sambil bersandar?
Adakah kerana dia rindu untuk mendengar manja gadis kesayangannya? Rindu dengan marahnya? Rindu dengan rindunya?
Caren yang tidak dapat menghadirikan diri untuk memberinya sokongan kerana misi yang sedang dijalankan memerlukannya pergi demensi lain, sedikit sebanyak mampu membuat hati Cashen diusik rindu. Cuma diri Cashen tidak pernah menjujurinya.
Cashen tersenyum simpul.
Sebaik sahaja pisau-pisau itu hampir menikam kearah Cashen. Cashen memusingkan senjata pedangnya sehingga disekeliling tubuhnya terhasil pusaran api yang sangat deras.
Setiap pisau yang menikamnya tidak tercampak akan tetapi terbakar sehingga menjadi abu.
===============
Kitylie yang terkejut dengan apa yang dilihat dimana senjata kalis api hancur dek api.Ajaib!
Benda dianggap mustahil berlaku.
Kalis api berjaya dilawan dengan api!
Hati Kitylie dilanda ketakutan apa entah lagi diri Cashen yang diselaputi api itu merenungnya tajam disebalik apinya yang sedang marak.
Kitylie berjaya mengawal riak wajah dari terus rasa takut.
"Hebat!" Puji Kitylie sambil menepuk tangannya. Dirinya cuba mengawal gudah hati.
Kitylie berdiri diatas rantai sarang labah-labah sambil merenung Cashen yang berada ditanah.
Dia mengeluarkan lagi pisau dari beg koceknya lalu memberi isyarat pada Cashen untuk datang kepadanya.
Cashen langsung tidak berganjak dari kedudukan asalnya melainkan hanya merenung Kitylie yang berada posisi yang agak seksi dan mengancam.
===================
Kitylie melontar sekali lagi pisau-pisau kearah Cashen.
Pisau-pisaunya dikawal oleh Kitylie bergerak seperti harimau bergerak menikam Cashen.
Cashen langsung tidak mengelak melainkan membiarkan sahaja pisai apinya memantul semula semua serangan Kitylie.
Tetapi balingan itu dikawal oleh Kitylie telah menyebabkan pisau itu terlekat pada dinding.
Dia mengambil kesempatan melompat turun sambil menarik pisau-pisau itu dari terus terlekat pada dinding.
Tarikan Kitylie menyebabkan dinding itu mula memberi reaksi, dimana retakkan mula muncul dan serpihan dinding dibawa bersama pisau milik Kitylie.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...