Episode 9

5.2K 385 11
                                    

Waktu rehat, diatas bumbung.

"Las! Arsh! Ajarlah saya weh fasal pentagram penghantaran tu! Saya tak lepas-lepas tadi. Tapi masa saya tengok korang berdua seronok saja." Sabrina menunjukkan muka merajuknya.

Las dan Arsh berhenti makan, masih ada separuh makanan korin mereka.

"Mudah sahaja. Konsep tenang-fokus-sampai." Ujar Arsh.

"Dalam kata lain. Arsh cuba cakap. Kau hanya perlu bertenang dan cuba fokus pada benda yang kau ingin hantarkan pada destinasi." Terang Las.

"Itu saya tahu. Tapi kenapa tak boleh." Sabrina bertambah merajuk.

Sementara itu dihati Las dan Arsh.

"Wahh.. dia bertambah down!" Serentak hati Arsh dan Las bermonolog.

"Kena ajar dia bagi pandai ni." Las menjeling kearah Arsh.

Arsh mengangguk.

"Sabrina. Apa kata, saya terangkan konsep pentagram penghantaran sambil menunjukkan contoh??" Arsh beri candangan. Sabrina mengangkat muka. Matanya bercahaya.

"Baiklah, contohnya pensel aku ni." Kata Las sambil mengeluarkan pensel tekannya di kocek seluar.

"Tengok Las buat dan saya akan terangkan." Sabrina mengangguk.

"Kita kena fokus pada pensel. Semasa fokus jangan fikir apa-apa selain pensel. Ketika otak kita kosong melainkan pensel akan muncul pentagram." Muncul pentagram penghantaran diatas pensel milik Las.

"Pentagram tadi tidak akan menelan atau membuat pensel tersebut hilang." Jelas Arsh lagi.

"Kenapa pula? Bukan terus aktif pentagram pensel tu akan masuk demensi B terus ke? Soal Sabrina.

"Betul. Itu jika awak sudah ada destinasi untuk dihantar. Jika tidak hanya pentagram muncul." Jelas Arsh lagi.

"Baiklah cuba awak tengok ya. Apa yang awak nampak ditengah-tengah bulatan pentagram kalau awak angkat pensel ni." Arsh mengangkat pensel tersebut.

Pentagram yang berbentuk bulatan yang mempunyai 3 lapisan bulatan lagi. Tertulis tulisan kuno di lapisan pertama dan kedua. Arsh menunjuk lapisan ketiga.

"Kosong? " jawab Sabrina.

"Betul. Pentagram yang ingin dihantar ke sesuatu tempat akan muncul perkataan kuno ditengah-tengahnya."

"Eh betul ke??? Kenapa saya tak nampak pun masa cikgu Bess tunjuk contoh?" Tanya Sabrina kebingungan.

"Errr.. itu sebab kau tak penah baca buku teks?" Tanya Las.

Terus Sabrina menepuk kepalanya.

"Hehehehe.. betullah kot... hehehe. Kantoi sudah. "

"Baiklah aku akan hantar pensel ni. Aku akan hantar pensel ni kearah Arsh." Jelas Las.  Arsh meletakkan semula pensel tu ke dalam pentagram.

Dengan serta-merta pensel yang berada di pentagram tersebut hilang dan tidak muncul.

Arsh dan Las kembali menyambung korin mereka yang tergendala tadi seoleh-oleh tidak ambil kira ke mana pensel itu pergi.

"Ke mana pensel tu pergi?? Hei!! Boleh pula sambung makan!" Bengang pula Sabrina rasa.

"Oh! Pensel tu Las hantar dalam poket saya. Tengok! " sambil menunjukkan pensel milik Las di poketnya. Selepas berpuas hati Sabrina juga ikut serta menghabiskan korinnya.

Sesi pelajaran bermula semula. Subjek yang mereka belajar pada ketika itu adalah biologi dan fizik.

Apabila Malam menjelma.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now