#############
EPISOD KALI INI ADALAH EDISI KHAS, DIMANA CERITA AKAN DISERTAKAN DENGAN GAMBAR BAGI MEMUDAHKAN PEMBACA MENGHAYATI JALAN CERITA.
SELAMAT MEMBACA.
#############
Sambungan episod 77.
Perasaan direnung tajam oleh sesuatu berjaya menarik perhatian Arsh.
Mata tajam seperti menanti untuk menyerang.
Arsh merenung pintu laci yang tidak tertutup rapat.
"Hurm? Kau kenapa, Arsh?" Budak lelaki yang sedang menolong membetulkan cadar katil turut terhenti apabila melihat Arsh merenung disebalik laci.
"Ah.. Tak ada apa-apalah." Arsh menyambung membuat kerja-kerja pembersihan.
============
Sesuatu sedang merenung Arsh disebalik laci.Matanya tajam melihat Arsh yang mengemas 'hasil' karyanya dibilik Arsh tadi.
Wajahnya tersenyum sehingga menampakkan taring gigi yang bersinar.
============
Benda itu mula duduk dalam posisi menyerang.Dia mengambil masa yang sesuai untuk membaham mangsa dihadapannya.
Sebaik sahaja Arsh bertindak membelakanginya, segara dia keluar dari tempat persembunyian lalu menerkam kearah Arsh yang sedang mengangkat meja yang terbalik.
Sebaik sahaja kuku dia mahu menerkam Arsh.
Arsh bertindak membelakangkan tubuh dan tapak tangannya bagaikan mengaut tubuh "sesuatu" yang menyerangnya lalu diletak diatas meja.
Sekelip mata tubuhnya melekat dekat meja yang sudah dibetulkan oleh Arsh.
Bukan itu sahaja sebilah pedang milik Arsh turut terbenam di sipi telinga benda itu. Pedang Arsh mengeluarkan wap sejuk. Wap tersebut mengelilingi pedang Arsh.
"Kucing?" Arsh terkejut apabila melihat 'sesuatu' ditangannya.
"Aku rasa singa." Suara budak itu membalas. Dia sedang memeluk Arsh dari belakang.
"Kucing aku rasa.."
"Singa!"
"Kucing!"
"Singa!"
"Kucing!"
"Aku cakap singa!"
"Celah mana singa! Tu kucing!"
"Mana ada kucing ada rambut macam singa!"
"Mana ada singa kecik macam ni!"
Mereka bertengkak tentang binatang yang terlentang dimeja itu.
Makhluk diatas meja merenung Arsh yang bercakap bersendirian.
Ah! Tidak, dia juga boleh nampak sesuatu dibelakang Arsh yang sedang memeluk tubuh Arsh dari belakang.
Makhluk dihadapan mereka besarnya seperti kucing dan mempunyai rambut seperti singa. Warna bulunya berwarna oren matahari dan ekornya pula seperti singa termasuk rambut-rambut dimuka makhluk tu. Wajahnya dan telinga jelas kelihatan seperti kucing.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasíaSebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...