Beberapa bulan kemudian...
Nampaknya, takdir memang tidak menyebelahi Hanan. Sebab betul-betul masa dia nak mendaftar di universiti ini untuk meneruskan pengajiannya, dia dah ternampak satu wajah yang teramat dikenalinya. Hanan buat-buat tak nampak tubuh tersebut. Dia belum mendaftar, tetapi dia terus berjalan menuju ke arah ibu dan adiknya yang menunggu di pondok berdekatan.
"Ibu, kalau kakak tak nak masuk sini boleh tak? Sempat ke kalau nak tukar U?" tanya Hanan. Wajahnya nampak betul-betul terdesak. Takkanlah dia nak kena menghadapi bertahun-tahun lagi menghadap wajah lelaki tu?!
"Kenapa pulak? Kakak jangan main-main, dah nak daftar tau. Jangan mengada-ngada. Dah daftar ke belum ni?" tanya Puan Zulaikha. Husna yang sedang bermain telefonnya turut memandang Hanan yang nampak resah.
"Belum lagi. Alah, tak boleh tukar U ke? Tiba-tiba rasa macam dah tak nak masuk sini pulak," kata Hanan lagi. Husna tergelak mendengar alasannya. Memang merepek pun. Dia yang terlebih excited dahulu apabila dia diterima di universiti yang top di Malaysia ini. Siap bangun awal lagi pagi tadi sebab tak sabar. Dah sampai, tiba-tiba kata tak jadi pulak. Siapa nak percaya?
"Takde-takde. Pergi daftar sana. Cepat. Ibu tunggu kat sini," kata Puan Zulaikha lagi. Hanan memandang ibunya dengan wajah simpati, namun Puan Zulaikha tetap dengan keputusannya. Akhirnya, Hanan mengalah. Dia kembali beratur untuk mendaftar di kaunter pendaftaran tersebut.
"Eh, Hanan!" panggil satu suara yang amat dikenalinya. Hanan betul-betul rasa macam nak jadi kura-kura sekarang. Dia menutup mukanya dengan sebelah tangannya. Agak-agak, masih boleh nampak ke?
"Hanan Nur Layla!" hah, nama penuh dah kena panggil. Hanan semakin menundukkan kepalanya. Memang tak lah dia nak cakap "ya, saya!" bila orang yang paling dia tak nak jumpa yang panggil. Harap-harap lelaki tu fed up dan tak nak kacau dia dah.
"Hanan," kali ini, dia terasa beg silangnya ditarik. Woi, mahal! Dia beli guna duit dia sendiri. Kalau putus susah pula. Hanan terus menoleh. Hud di belakangnya tersenyum lebar.
Hud memakai baju kemeja long sleeve berwarna putih beserta seluar slack berwarna coklat gelap dilengkapi dengan sneakers Adidas berwarna putih. Nampak sangat classy dan..Hanan tak nak dekat.
"Wah, tak sangka kau pun masuk U ni jugak! Tapi aku rasa course kita tak sama kot. Lama tak jumpa kau," kata Hud. Hanan dapat melihat ada mata-mata yang memandang Hud dari jauh. Dah makin tinggi nampaknya lelaki ni. Makin handsome..kot? Ish, apa kau cakap ni, Hanan! Dia tetap Hud yang annoying.
Hanan hanya tersenyum dan mengangkat keningnya. Dia tak tahu nak jawab apa. Cepatlah barisan ni bergerak. Dia nak lari cepat-cepat. Harap-harap nanti dia takkan selalu berjumpa dengan Hud di kampus.
"Aku pergi dulu. Nanti kalau kau jumpa aku, tegur la ye," kata Hud sebelum melangkah pergi. Hanan tergelak dalam hati. Nak tegur? Dalam mimpi pun belum tentu.
***
Memang betul pun. Sepanjang Hanan menjalani program Asasinya di universiti tersebut, sekalipun dia tak pernah tegur Hud. Kalau terserempak di mana-mana, Hud yang beria-ia menegurnya. Sampai kawan-kawan dia pun tanya siapa. Kalau jawab lelaki tak tahu malu, tak percaya pulak nanti.
"Hai, Hanan!" sewaktu mereka terserempak di perpustakaan.
"Hanan, jangan makan banyak-banyak. Nanti kau gemuk!" sewaktu Hud ternampak Hanan di kafe.
"Hanan, makan jangan buat benda lain la," sewaktu Hanan sedang menjawab kuiz sambil makan tengah hari.
"Hanan, tak nak belanja aku aiskrim lagi ke?" sewaktu dia terserempak dengan Hud di koperasi.
Kesimpulannya, Hud sentiasa menyapanya. Senyuman memang sentiasa ada. Nampak ceria je. Tiba-tiba dia pulak rasa jealous dengan Hud yang gembira sepanjang masa.
Tetapi setelah mereka menyambung peringkat degree, Hanan perasan yang Hud tidak lagi menegurnya. Jika dia ternampak Hud, Hud akan tersenyum sahaja tanpa kata-kata. Terkejut juga dia. Mula-mula rasa macam gembira sebab Hud tidak lagi akan mengganggunya (tak mengganggu pun), tapi lama-lama dia rasa pelik pulak. Bukan rindu ye, pelik je. Mungkin dia dah jadi matang dan sedar yang Hanan tak suka? Mungkinlah.
Masa awal-awal degree, Hud tersenyumlah jugak bila terserempak dengan dia. Tapi bila lama-lama, dia dah tak tersenyum. Apabila Hud terpandang Hanan, dia segera mengalihkan pandangannya. Serius, makin pelik.
Okeylah, Hanan mengaku, kadangkala dia rindu juga sapaan Hud. Bukan ramai pun kawan dia di kampus ni. Tapi bila Hud dah tak bercakap dengan dia, rasa makin lonely pulak.
Tulah, dulu bila orang baik-baik, tak nak kisah. Sekarang dah tak nak layan, baru sedar diri. Padan muka diri sendiri.
Dan akhirnya, sewaktu Hanan menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda, dia dan Hud sudah menjadi complete strangers. Mereka sudah bukan lagi berstatus kawan. Kenalan pun macam ya, macam tidak.
Dan sedar-sedar, masa berlalu. Semuanya tinggal kenangan.
YOU ARE READING
You Fell First
Romantik[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...