2014.
"Hud, tak nak makan ke? Dinner dah siap," kata Encik Anuar dari luar biliknya. Hud yang sedang berbaring di atas katilnya mengeluh perlahan. Dia segera bangun dan berjalan menuju ke arah pintu sebelum pintu tersebut dibuka.
"Ayah makanlah dulu, Hud belum lapar lagi," kata Hud lemah. Dia baru sahaja menghadapi perkara paling teruk dalam hidupnya pada hari ini. Memang taklah dia nak turun makan di saat perutnya tidak ingin menerima makanan.
"Hud okey tak ni?" tanya Encik Anuar lagi, riak wajahnya jelas menunjukkan kerisauan. Anak lelakinya ini selalu ceria, jadi bila tiba-tiba sahaja Hud berkelakuan sebegini, dia rasa risau.
Hud menganggukkan kepalanya tanpa suara. Kemudian dia menutup pintu biliknya sebelum kembali melangkah ke arah katil. Badannya dihempaskan sebelum dia mengeluh perlahan.
Insiden di sekolah tengah hari tadi bermain semula di fikirannya untuk kali yang keberapa pun dia dah tak tahu.
Ayat yang dilontarkan oleh Hanan membuatkan dia terasa dipijak-pijak.
"Aku tahu. Aku pun suka diri aku. Yang penting, aku tak suka kau." mudahnya Hanan berkata-kata. Dia tahu bukan salah Hanan, dan ayatnya taklah kejam sangat pun.
Tapi Hud ingat, atau mungkin dia berharap, Hanan turut menyukainya. Sebab bila dia dengan Hanan, walaupun mereka cuma menyiapkan kerja sekolah dan pulang ke rumah bersama-sama, dia rasa gembira. Hatinya terasa lapang. Dia suka tengok senyuman mahal Hanan yang tak semua orang boleh tengok. Tapi Hanan dah tak lagi tersenyum kepadanya, untuk sebab yang dia sendiri pun tak tahu. Nadhirah sendiri tak ingin memberitahunya.
Pernah sekali dia datang ke rumah Nadhirah, sebab Nadhirah pernah bagitahu alamat rumahnya. Dia ingin tahu alamat rumah Hanan. Dia nak melawat Hanan yang dah lama sangat tak datang sekolah.
Yang menyambutnya di pagar ialah adik Nadhirah, kalau tak silap dia namanya Naqeeb. Naqeeb kata yang kakaknya cakap, dia tak boleh bagitahu alamat rumah Hanan. Kenapalah dia tak cakap sendiri kat Hud? Mungkin dia tak sampai hati. Maksudnya memang betul-betul ada benda yang terjadi kepada Hanan.
Dia nak sangat tahu. Dia nak sangat tanya Hanan. Tapi Hanan sering mengelak daripadanya. Hanan pandang dia macam villain. Macam soalan esei yang orang tak nak jawab. Macam tak dihargai. Dia terasa sebenarnya. Tipu kalau dia cakap yang dia okey.
Tapi dia tetap ceriakan dirinya sebab dia nak Hanan kembali ceria. Walaupun hatinya sedih sebab Hanan tidak melayannya, dia tetap berusaha sebaik mungkin untuk bercakap dengan Hanan. Di saat Hanan buang semua orang di sekelilingnya.
Dan hari ni, dia rasa dia dah buat keputusan paling salah dalam hidupnya. Apa yang dia fikir masa dia nak confess kat Hanan? Macam mana dia boleh terfikir nak buat macam tu? Mungkin dia ingat dengan confession tu boleh buat Hanan tersenyum kembali. Tapi sekarang dia tahu yang dia silap. Kesilapan yang takkan ada jalan balik. Dah terlambat kalau dia nak betulkan.
Hud menghela nafas berat. Dia cuma mampu untuk teruskan jadi orang yang ceria, walaupun hakikatnya dia sedih dalam hati. Dia cuma mampu terus mencuba sampailah Hanan sudi balik berkawan dengan dia, atau sekurang-kurangnya sampailah Hanan boleh tersenyum kembali.
Tahun ini 2022, dan Hud akhirnya dapat melihat senyuman Hanan setelah lapan tahun berlalu. Tapi entah kenapa, dia tak rasa gembira melihat senyuman tersebut. Sebab senyuman tersebut bukan untuknya.
***
Hanan menghempaskan badannya ke atas katil. Penat rasanya lepas balik kerja. Dah lama sebenarnya dia tak rasa penat macam ni. Biasanya penat tu memanglah penat, tapi sejak lelaki tu ada..Hanan mengetap giginya apabila terbayangkan wajah Hud.
Sudah dua minggu Hud menjadi bosnya, dan dua minggu ini jugalah dia rasa hidupnya di pejabat tidak pernah tenang. Sekejap-sekejap nak tanya pasal work progress dia. Okey, yang ni dia tak boleh nak argue, sebab Hud ada jugak tanya orang lain, walaupun unnecessarily tanya lebih kat dia. Lepas tu mintak tolong dia photocopy segala benda, hire je lah secretary! Tapi bak kata Hud,
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
