Eight : The Part Where It All Starts

780 26 0
                                        

Puan Zulaikha menolak bahu Hanan kuat. Air mata pada wajah ibunya mengalir deras.

"Kalau kau takde, semua ni takkan terjadi! Ayah takkan pergi tinggalkan kita!" kata Puan Zulaikha sambil merenung wajah Hanan penuh benci. Hanan terasa sebak.

"A..apa yang ibu cakap ni? Hanan tak salah. Hanan tak salah!" kata Hanan, cuba mempertahankan dirinya. Tetapi, Puan Zulaikha tidak ingin mendengar kata-katanya. Dia pergi meninggalkan Hanan di wad kecemasan tersebut.

Hanan memandang ke arah katil tempat ayahnya terbaring kaku. Dia menggenggam hujung baju ayahnya bersama air mata yang tidak henti-henti mengalir.

Betulkah semua ni memang salah dia? Tapi, dia tak mintak semua ni. Kalau dia tahu, dia pun takkan suruh ayahnya keluar. Dia pun tak nak semua ni terjadi. Ibu, jangan tinggalkan Hanan. Hanan tak salah, ibu..air matanya mengalir lagi.

Mata Hanan terbuka. Dia sedang berbaring di atas katilnya. Air mata yang tersisa di pipinya dikesat perlahan. Hanan menghela nafas. Mimpi tu lagi. Peristiwa tersebut semakin kerap menghantuinya sejak dia diapa-apakan oleh bekas ayah tirinya. Hanan yang tadinya berbaring terlentang kemudian mengiring ke kanan.

Dia berharap yang itu semua hanya mimpi. Dia tak ingin ibunya membencinya. Mimpi itu membuatkannya sentiasa takut akan kehilangan ibu dan adiknya suatu hari nanti. Hanan cuba memejamkan matanya semula, berharap mimpi tersebut tidak akan kembali.

-2022-

"Semua dah ada ke kat sini?" kata Encik Mirza selepas mereka kembali dari makan tengah hari. Hanan yang baru kembali dari tandas terus kembali ke kubikel mejanya.

"Encik Mirza ada nak cakap apa-apa ke?" tanya Farhana, rakan sekerja Hanan merangkap pekerja paling mesra alam di team mereka.

Encik Mirza tersenyum mendengar kata-katanya. Setelah dia mengira jumlah ahlinya dan cukup, Encik Mirza memulakan bicara.

"Urm, macam mana saya nak cakap ya. Okey, kita mula dengan berita baik dulu. Esok, saya nak ajak awak semua makan tengah hari sama-sama. Saya belanja, " kata Encik Mirza. Dengar sahaja perkataan belanja, semua rakan-rakan sekerjanya terus bersorak riang. Jimat duit.

"Kalau macam tu, kita kena pilih makanan mahal-mahal ni, " kata Farhana lagi. Semua mengangguk-angguk bersetuju.

"Ada berita buruk ke Encik Mirza?" tanya Faris. Dia rasa tak sedap hati apabila melihat wajah Encik Mirza yang tersenyum tawar.

Encik Mirza menarik nafas dalam-dalam. Suka ataupun tidak, dia tetap kena beritahu. Lebih baik sekarang daripada nanti.

"Sebenarnya, bukanlah berita buruk pun. Tapi, awak tahu kan syarikat ni sebenarnya under Faleeq Corporation? So, orang atasan cakap, diorang nak hantar seorang wakil daripada orang atas-atas tu, untuk pantau syarikat ni. Dia nak tengok kerja kita macam mana, " jelas Encik Mirza. Mereka semua terlopong seketika. Alamak, sampai ada orang nak datang tengok? Teruk sangat ke prestasi diorang?

"Maksudnya nanti ada bos datanglah? Tapi kenapa?" tanya Farhana tidak sabar. Tiba-tiba sangat. Dia tahu yang syarikat penerbitan ini tidaklah besar dan terkenal sangat pun. Dia pun tak sangka pada awalnya yang syarikat korporat yang agak ternama tersebut menubuhkan syarikat penerbitan buku. Tak banyak untung sangat pun, kan?

"Sebab diorang kata, sales buku menurun. Jadi, diorang nak tengok apa masalahnya. Alah, takde apalah. Saya diberitahu, tiga bulan je orang tu datang sini, " kata Encik Mirza lagi cuba meyakinkan rakan-rakan sekerjanya. Tetapi wajah mereka semua sudah kelam. Berita dapat makan free tadi pun macam dah dibawa angin. Siapa kisah pasal makan? Semua orang takut kena marah dengan orang atasan.

"Ha, tu je. Saya ajak awak semua keluar makan sebab saya harap semua orang boleh bagi kerjasama sebaik mungkin pada orang yang bakal datang tu nanti. Okey, jangan lupa eh esok!" kata Encik Mirza sebelum berlalu ke pejabatnya. Mereka semua mengangguk lemah.

"Diorang tak tahu betapa susahnya kerja kat syarikat publishing, " kata Farhana kepada Hanan. Tempat duduk mereka bersebelahan antara satu sama lain. Hanan mengangguk setuju. Mereka sebagai editor dan Hanan sendiri, dia seorang pereka kulit buku yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang bekerjasama dengan mereka.

Bukan senang nak mintak penulis hantar karya. Ramai yang selalu lewat, sampai langgar deadline. Penulis di bawah mereka ramai, jadi agak sukar juga untuk selia semuanya dengan tenaga kerja yang mereka ada sekarang ni. Syarikat penerbitan tersebut walaupun banyak menerbitkan buku dan ramai penulis bekerja di bawah mereka, mereka hanya mempunyai enam orang editor dan tiga orang pereka kulit buku. Struggle weh. Kalau Hanan jumpa orang atasan yang pantau syarikat ni nanti, memang dia nak suarakan supaya tambah pekerja.

Hanan berasa seronok bekerja di sini. Walaupun memang lari dari kelulusannya, tapi dia sukakan suasana di sini. Tenang dan friendly je semua rakan-rakannya. Bos pun baik. Tengoklah, siap nak ajak lunch ramai-ramai lagi. Gajinya pun okey, disebabkan pereka cover di syarikat tersebut tak ramai, jadi banyak yang dia buat. Banyaklah elaun dia. Hehe.

Hanan kembali memandang ke arah skrin komputer di hadapannya. Nak buat macam mana, kalau dah nak datang, datang jugak. Dia kena bersedialah jumpa dengan orang atasan tu nanti dan menjawab soalan-soalan yang akan timbul. Sekarang ni, siapkan kerja dulu.

***

"Alamak, hujan! Tak bawak payung, " kata Hanan sendiri. Tadi, rakan-rakannya yang lain sudah pergi dahulu selepas mereka makan tengah hari bersama-sama. Tak jauh pun, dekat-dekat dengan bangunan company je. Mereka semua berjalan kaki. Nak jimat masa. Dan sekarang ni hujan pulak.

Hanan memandang ke arah langit. Gelap lagi ni. Lebat betul hujan. Takkan dia nak redah pulak. Nak panggil Grab ke? Dekat sangat jaraknya. Dari sini pun dia boleh nampak bangunan syarikatnya. Tapi kalau nak tunggu, takut lambat pula. Dia belum solat zohor lagi.

Tiba-tiba, ada seseorang menghulurkan payung kepada Hanan. Hanan pantas menoleh. Faris memandangnya sambil tersenyum. Hulurannya disambut oleh Hanan.

"Apsal belum balik lagi? Tunggu aku ke? " tanya Hanan dengan nada bergurau. Payung yang diberikan oleh Faris dibuka. Faris turut memegang payung di sebelahnya.

"Memang pun. Aku dah agak kau takde payung. Baik kan aku? " jawab Faris selamba. Mereka berjalan meredah hujan menuju ke bangunan pejabat mereka.

Hanan tergelak. Macam mana Faris boleh cakap macam tu macam takde apa pun? Perasan terlebih betul.

"Baik sangat. Terima kasih la ye. Lain kali bawak lagi. Tak payah aku susah-susah bawak payung pergi kerja, " kata Hanan. Apabila mereka tiba di bangunan syarikat mereka, Hanan menutup payung tersebut lalu dihulurkan semula kepada Faris.

"Anytime, " jawab Faris lalu berjalan meninggalkan Hanan menuju ke tingkat dua.

Hanan terkebil-kebil melihat Faris yang berjalan laju. Dia ni, tadi tunggu aku, lepastu tinggal pulak. Dia segera berjalan menuruti langkah Faris.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang