"Korang, bos kata lagi fifteen minutes ada meeting. Dia cakap, bring all that you've got to tell me. Boek kan ayat dia? Aku terpana sekejap tadi, " kata Farhana setelah kembali dari pantri. Dia bertembung dengan Hud semasa dia hendak membancuh air kopi untuknya. Tangannya pantas mencapai telefon pintar dan notebooknya.
"Fifteen minutes? Nak kena buat apa ni?" tanya Raihan, salah seorang editor di situ. Dia pun rasa gelisah apabila Farhana bertindak pantas mengeluarkan segala keperluannya untuk dibawa ke bilik meeting nanti.
Hanan mengangkat bahunya. Nak briefing apa lagi? Dia takde nak cakap apa-apa. Jadi, dia bawak diri ajelah. Dengan buku.
Lima belas minit kemudian, mereka semua sudah duduk di dalam bilik mesyuarat. Di dalam bilik tersebut, terdapat sebuah meja besar berbentuk bujur dan 20 buah kerusi mengelilinya. Hud duduk di bahagian hadapan sekali dan layar terletak betul-betul di belakangnya.
Hanan mengambil tempat di tengah-tengah. Kalau belakang sangat tak nampak pulak. Cukuplah untuk buatkan dia jauh dari pandangan lelaki tu.
"Okey, terima kasih semua sebab on time. Saya panggil meeting sebab saya nak dengar idea daripada semua orang," kata Hud, memulakan bicaranya. Semua pekerjanya mendengar dengan teliti. Hanan turut mengambil perhatian terhadap setiap kata-katanya. Bagaikan ada aura yang membuatkan semua orang terdiam sebaik sahaja dia mengeluarkan suara.
"As you all know, tujuan saya datang ke company ni adalah untuk memantau keadaan syarikat, and at the same time, buat apa yang perlu untuk bangunkan syarikat. Jadi, saya nak tahu apa masalah yang awak rasa wujud dan kita boleh improve, as well as idea semua orang untuk tingkatkan sales buku untuk syarikat ni," sambung Hud. Mereka semua menganggukkan kepala perlahan. Maksudnya Hud cuma nak dengar pendapat mereka. Tu je.
Seorang demi seorang dari mereka melontarkan pendapat mereka, bermula dari hadapan. Hud mendengarnya satu demi satu serta memberikan pendapatnya. Hanan turut mendengar setiap idea yang dilontarkan, tetapi lama-kelamaan pandangannya terhenti pada lelaki tersebut.
Serius, Hud yang sekarang sangat berbeza dengan Hud yang dulu. Hud yang dahulu macam budak-budak, senang kena tipu dan terlalu sempoi. Hud yang sekarang nampak matang dan teliti dalam setiap perbuatannya. Dia takkan bercakap lebih dari perlu, tapi masih lagi beradab. Menyenangkan mata orang lain; bukan dari segi rupa je, tapi tingkah lakunya. Hanan rasa macam dia melihat orang yang berbeza, bukan lagi lelaki yang sama dia pernah kenal. Tanpa dia sedari, dia memandang Hud lama sehinggalah tiba gilirannya.
"..nan?" Hanan masih termenung.
"Hanan Nur Layla," kata Hud dari arah hadapan. Hanan terus tersentak; bukan dia sahaja, tapi semua orang, sebab Hud tahu nama penuh Hanan. Bukan semua orang rasanya tahu nama penuh dia. Dia suka sebut nama dia Hanan je.
"Ye saya?" kata Hanan, terkebil-kebil memandang ke arah mata lelaki tersebut. Hud menaikkan keningnya sebelah sambil memandang ke arah Hanan.
"Saya tanya awak, apa yang awak nak suarakan tentang company ni? Awak termenung ke?" bidas Hud. Hanan dapat merasakan pipinya merona merah menahan malu. Macam mana dia boleh terberangan lama tadi? Dia cuba mencari idea. Semua mata merenung ke arahnya, menunggu jawapan.
"Ah..urm, saya rasa kita kena tambahkan pekerja. Maksud saya, editor, dan so on. Macam yang Encik Hud nampak, kita kekurangan tenaga kerja untuk uruskan penulis yang ramai. Jadi saya cadangkan penambahan pekerja," kata Hanan. Ha, bolehlah tu. Nasib baik dia pernah terfikir. Okeylah tu kot ayat dia.
Dia rasa dia sudah menjawab dengan baik, tetapi Hud tersenyum sinis memandangnya. Dia ada buat salah ke? Hanan menoleh ke arah Farhana di sebelahnya. Farhana menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arah hadapan.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
