Sejak kejadian semalam, Hanan memang langsung tidak bertegur sapa dengan Hud. Pandang pun tidak. Tak, sebenarnya Hanan memang sudah tidak bercakap dengan sesiapa pun. Hanya Nadhirah sahaja yang ditegurnya, itu pun sudah tidak semesra dahulu.
Pagi ini, Hud sampai awal lagi ke kelas. Dia suka berjalan ke sekolah sambil menikmati angin sejuk waktu pagi. Nyaman. Tapi bila sampai kelas, rasa macam makin sejuk pula dengan aura Hanan yang langsung tidak tersenyum tu.
Hud memandang Hanan yang sedang menyalin nota. Dia pun tak tahu apa yang Hanan sibukkan sangat. Memanglah mereka sudah menghampiri peperiksaan SPM, tapi dia rasa Hanan macam terlalu sibuk belajar. Sampai tak pandang orang sekeliling.
Hud kembali merenung mejanya. Haahlah, dah nak SPM! Lagi dua bulan akan berlangsung peperiksaan percubaan. Dua bulan selepas itu, peperiksaan SPM akan bermula. Sekarang memang bukan masanya untuk berangan dan fikir tentang orang lain. Hud menoleh ke arah Hanan sebentar lalu mengeluh. Macam manalah dia nak buat perempuan tersebut beritahu kepadanya tentang masalahnya?
***
"Cikgu, seriuslah kita masih ada PJ? Bukan ke dah nak SPM?" tanya Nurhan, salah seorang pelajar lelaki dalam kelasnya sewaktu mereka semua berkumpul di gelanggang sekolah.
Cikgu Fahim yang berdiri di hadapan anak murid-muridnya tersenyum lebar. Di belakangnya, dua orang pelajar mengangkut beg besar berisi raket dan bulu tangkis.
"Cikgu tahu awak semua stres belajar. Jadi dalam sejak ni, cikgu bagi awak main badminton. Pilih partner masing-masing," kata Cikgu Fahim. Pelajar perempuan bersorak riang. Main badminton memang sukan yang digemari oleh pelajar perempuan, sebab tak perlu banyak bergerak. Boleh main dengan geng.
"Cikgu, ada sorang tak datang," kata Rafiq, ketua kelas mereka.
"Oh, kalau macam tu seorang yang terlebih tu boleh main dengan saya," kata Cikgu Fahim. Dia turut mencapai sebatang raket. Tangannya dipusing-pusing, warming up sebelum main. Semua pelajar bergegas mencari pasangan masing-masing, takut nak partner dengan Cikgu Fahim. Cikgu pro kot main badminton ni. Boleh join Olimpik kalau tak jadi cikgu.
Hanan mengeluh. Malasnya nak cari partner. Kenapalah sukan badminton ni tak boleh main sorang-sorang? Dia ingin mencari Nadhirah. Waktu-waktu macam ni baru sibuk nak cari Nadhirah. Kejam betul dia.
"Weh Hanan, Qis ajak main dengan dia. Sorry," kata Nad apabila dia muncul di sebelah Hanan. Hanan hanya mengangguk. Takkan dia nak kata tak boleh pulak. Takpelah, main dengan cikgu pun bolehlah.
Tiba-tiba, dia terasa ada orang menolak bahunya dengan batang raket. Hanan pantas menoleh. Anak siapa tak sayang nyawa ni? Main tolak-tolak pulak. Baru terasa nak marah, tapi bertukar jadi rasa menyampah bila nampak orang yang menolak bahunya.
"Jom main badminton dengan aku," kata Hud sambil tersengih. Pelajar-pelajar perempuan yang lain sudah memandang mereka sambil tersenyum-senyum. Bukannya Hanan tak tahu yang satu kelas shipkan dia dengan Hud. Memang nampak macam Hud tu sukakan dia pun. Betul ke tak, Hanan tak nak ambil tahu. Kalau dia tak layan, lama-lama bosanlah diorang nak mengejek dia.
"Bukan ke yang tak datang tu perempuan? Kau ada partner la. Pergilah cari partner lelaki," kata Hanan. Dia sudah berjalan menuju ke hadapan, tempat Cikgu Fahim berada. Hud berjalan mengikutinya dari belakang.
"Tapi aku nak partner dengan kau," kata Hud tidak mahu mengalah. Gosh, Hanan tak ada masa nak layan lelaki ni. Kalau orang lain, mungkin dia boleh bertolak ansur, sebab orang lain reti faham bahasa. Orang dah kata tak nak, sibuk lagi nak kacau. Hanan menoleh ke arah Hud.
"Tapi aku tak nak. Dah, pergi sana," katanya keras. Dia terus berjalan pantas mendekati Cikgu Fahim, meninggalkan Hud keseorangan. Lantaklah Hud nak fikir apa pun. Bukan masalah dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/339286147-288-k432092.jpg)
YOU ARE READING
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...