Hanan memandang ke arah jam di dinding bilik tidurnya. 9.30 malam. Dia duduk bersila di atas katil, menunggu panggilan daripada Hud.
Dia mengeluh perlahan. Macam mana kalau 'penyelesaian' yang dikatakan Hud nanti adalah supaya dia betul-betul berkahwin dengan Hud? Dia kena fikirkan kemungkinan itu. Boleh jadi Hud akan cakap macamtu.
Dia kena setuju ke? No, tak mungkin. Semua ni cuma sebab ibu dia je kan? Jadi, dia takkan setuju penyelesaian yang sampai ke tahap itu. Kalau Hud cadangkan yang mereka berlakon sekejap dan buat-buat putus, mungkin yang tu dia boleh pertimbangkan. Hm, dia takkan terima cadangan kahwin tu.
Tiba-tiba kenangan semasa Nadhirah berkahwin menjengah fikirannya. Satu-satunya rakan baiknya itu nampak sangat gembira semasa majlis perkahwinannya. Mampukah dia turut mengalaminya? Kalau ya, dengan siapa? Adakah sesiapa yang dia cukup percaya untuk masuk ke dalam hidupnya dan mungkin, buatkan dia betul-betul jatuh cinta?
Hanan terfikir semula 'penyelesaian' yang mungkin akan berlaku tadi. Sebagai overthinker, banyak benda yang dia kena agak dan fikir terlebih dahulu, tanpa sebab. Sekurang-kurangnya kalau betul-betul berlaku, dia dah bersedia.
Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Hanan melihat ke arah skrin telefonnya. Uh, nombor dia tak kenal. Seumur hidupnya, takkan ada orang yang tiba-tiba akan menghubunginya kecuali keluarganya, Nadhirah, Farhana, dan scammer. Jadi dia dapat tahu ini nombor siapa.
Hanan menekan answer. Skrin telefon didekatkan ke telinganya.
"Hello?" kedengaran suara Hud di hujung talian. Hanan menarik nafas lega. Entah, mungkin dia lega sebab Hud akhirnya call dia. Atau dia lega sebab Hud yang call dia.
"Hmm," jawab Hanan. Tak tahu nak cakap macam mana. Ni first time dia call lelaki. Selama ni kalau ada projek di universiti pun, mereka hanya akan berhubungan melalui media sosial, ataupun WhatsApp. Okey ke jawapan hmm tu?
"Aku call lambat sangat ke?" tanya Hud. Kali ini, suaranya lembut sahaja, tidak seperti ketika di pejabat, tegas. Mungkin sebab malam.
"Taklah. Aku belum nak tidur lagi," sebab aku tunggu kau call. Kalaulah Hud tahu dada Hanan macam nak pecah menunggu panggilannya, dan sambil-sambil tu overthinking pelbagai perkara.
"Ouh. Okey," balas Hud. Dia pun seperti kehilangan kata-kata. Macam tak biasa call malam-malam.
Hanan berdehem sedikit, cuba mengumpulkan keberanian. Haih, pagi tadi macam terlebih confident. Malam-malam jadi pemalu pulak.
"Jadi, apa cadangan kau?" tanya Hanan.
Suasana diam seketika.
"Aku rasa..aku datang rumah ibu kau," kata Hud.
"Okey..lepastu?"
"Lepastu aku cakap yang aku bakal suami kau. Kenal-kenal and so on, yalah sebab bakal suami kan. Mestilah ibu kau nak kenal," sambung Hud lagi.
"Okey..lepastu?"
"Urm, lepastu..aku cakap dengan mak kau..yang aku dengan kau kahwin lagi tiga bulan? Tak payah tunang, lagipun ibu kau dah tahu yang aku bakal menantu dia," Hanan menahan nafas. Ayat Hud, sebahagiannya memang dia dah plan, tapi tak payah tunang? Seriously?!
Ayat Hud nampaknya belum tamat.
"Sebab..you know, tunang tu adat je, dan..,"
"Okey, stop kejap. Kau biar betul? Hud, ni kahwin tau. Kah. Win. Orang kalau boleh nak kahwin sekali je seumur hidup. Bukannya disebabkan nak cover line terus kahwin yang betul-betul.
Lepastu, kau cakap tak payah tunang? Nampak macam kita betul-betul dah kenal lama pulak. Kau ingat kahwin ni semudah tu ke?" bertubi-tubi ayat Hanan. Otaknya tidak dapat memproses ayat Hud. Terlalu..merepek!
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
