Hanan menghempaskan badannya ke atas katil. Katil asalnya, bilik asalnya, di rumah ibunya. Dah lama dia tak balik rumah. Rasanya last haritu masa bawak Hud jumpa dengan ibunya.
Dan the next time dia balik, ketika dia ingin melangsungkan pernikahan. Anak yang baik betul Hanan ni.
Jam dinding biliknya menunjukkan pukul 10 malam. Selepas majlis berlangsung tadi, Hanan masuk bilik, bersihkan diri. Turun ketika disuruh turun, makan bila orang suruh makan. Lepastu naik balik.
Dia langsung tak bercakap dengan Hud. Pandang pun tidak, kecuali sewaktu majlis berlangsung tadi.
Dia sebenarnya masih tak dapat terima kenyataan yang dia sudah bergelar isteri. Majlis perkahwinan yang tak dihadiri kawan-kawannya langsung kecuali Nadhirah. Majlis yang dia tak rasa apa-apa pun.
Nampaknya, dia betul-betul dah tersalah buat keputusan.
Hanan bingkas bangun apabila seseorang membuka pintu bilik. Dah tahu dah siapa. Kalau orang lain mesti ketuk dulu. Lelaki ni je yang suka main terjah bilik dia.
Lelaki yang gunakan dia. Atau dia yang gunakan lelaki ni? Entahlah.
Hud menyandarkan badannya ke pintu bilik sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang Hanan yang menjelingnya lalu dia tersenyum.
"Hello, " kata Hud pendek.
"Nak apa? " balas Hanan kasar. Hud ketawa lalu berjalan mendekati Hanan yang duduk di atas katil.
"Takde apa. Saja nak tengok isteri abang ni, " kata Hud lembut setelah dia tiba di hadapan Hanan.
Hanan mengangkat kening.
"Abang? Sejak bila pulak saya ada abang? " tanya Hanan. Tiba-tiba jelah dia ni. Apsal nak sweet-sweet pulak?
Hud melabuhkan punggung di sebelah Hanan. Hanan ingin menjarakkan dirinya dari Hud tetapi tangan Hud menarik lembut tangan isterinya.
"Suka hatilah abang nak panggil apa pun," kata Hud sambil menolak helaian rambut hadapan Hanan yang terjuntai ke belakang telinganya.
"Kalau abang nak panggil Hanan sayang ke, baby ke, suka hati abanglah, betul tak? " kata Hud perlahan di telinga Hanan.
Meremang rasa bulu romanya apabila Hud berkata sedemikian. Dahlah kat telinga. Hanan menolak tubuh Hud supaya menjauhinya.
"Tak payah nak macam-macam. Gelilah, " kata Hanan. Dia segera bangun dari katil bersaiz queen miliknya.
Hanan mencapai dua biji bantal dari kepala katil lalu dihulurkan kepada Hud. Kalau ikutkan, nak campak je ke muka lelaki ni. Tapi macam kejam sangatlah pulak.
"Nak buat apa ni? " tanya Hud pelik sambil memandang ke arah bantal tersebut. Oh, macam dalam drama.
Hanan menudingkan jarinya ke arah katil.
"Saya tidur sini. Awak tidurlah kat bawah ke, kat luar ke, saya tak nak tahu. Yang penting katil saya off-limit, " kata Hanan. Hud terkebil-kebil mendengar kata-katanya sebelum tersenyum sinis.
"Nope. Nobody's sleeping outside or on the floor. Saya suami awak, awak isteri saya. Kita berdua tidur sini. Awak tak boleh bantah tau cakap suami," balas Hud lalu meletakkan semula bantal tersebut ke atas katil.
Hanan mengetap bibirnya. Memang betullah cakap Hud tu. Tapi bukan ke kalau dalam drama, bila isteri dia suruh tidur luar, suami dia ikut je? Degil betullah suaminya ni.
Hud berbaring di bahagian kiri katil. Tangan kirinya diletakkan di belakang kepalanya, manakala tangan kanannya menepuk-nepuk bahagian kanan katil, menyuruh Hanan turut baring di sebelahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/339286147-288-k432092.jpg)
YOU ARE READING
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...