Three : Worst Nightmare

772 27 1
                                    

"Nah, makan lagi sikit. Kakak kena makan banyak-banyak, barulah cepat besar," kata Puan Zulaikha. Separuh senduk nasi diletakkan ke dalam pinggan Hanan.

Hanan tergelak. Dia dah 17 tahun pun, apa nak membesarnya lagi? Melebar bolehlah kot.

"Nak besar apanya lagi ibu? Tu, bagi Husna sekali. Dia tu kecik sangat. Sekali pandang macam budak darjah 6 je," kata Hanan. Husna yang sedang mengunyah nasi membulatkan mata memandang Hanan.

"Mana ada. Tinggi Husna ideal okey untuk perempuan 15 tahun," kata Husna. Hanan menjuih bibir. Menyampah dengar. Perasan betul adiknya.

Ayah tirinya menuangkan kuah sayur kepada Hanan. Seketul lagi ayam turut diletakkan di atas pinggannya.

"Betullah ibu cakap. Hanan boleh besar lagi. Makan banyak-banyak," kata Encik Zafir, ayah tirinya bersama senyuman. Hanan tersenyum sedikit. Ayah tirinya sangat mengambil berat terhadapnya dan Husna. Apa yang mereka inginkan pasti ditunaikan. Kadang-kadang walaupun Husna minta benda pelik-pelik pun, ayah tirinya sanggup belikan. Sayang betul pada anak-anak tirinya. Patutlah ibu gembira aje.

Nasi disuapkan ke dalam mulutnya. Selepas ini, dia ingin menyambung latihannya sebelum tidur. Esok pagi, bolehlah dia bangun awal.

***

Hanan membuka matanya. Jam loceng di sebelahnya dikerling. 1.14 pagi. Dia terbangun dari tidur. Setelah dia membuat latihan sehingga jam 10.30 malam, Hanan mengambil keputusan untuk tidur. Dah mengantuk sangat hadap Bio malam-malam. Rasa macam dah tak masuk otak baca pasal struktur daun.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi derap tapak kaki dari luar. Hanan cuak sebentar. Dia cuba menenangkan hatinya. Mungkin adiknya yang ingin turun untuk minum air. Dia mengambil keputusan untuk memejamkan matanya.

Kedengaran bunyi pintu biliknya ditolak perlahan. Jantungnya mula berdegup pantas. Ada orang yang cuba masuk ke dalam biliknya. Matanya masih lagi dipejam. Dia ingin mengetahui apa yang ingin dilakukan oleh orang tersebut.

Hanan terasa katilnya menjadi berat, menandakan ada orang yang duduk di atas katilnya. Betul ke orang? Ataupun bukan orang? Dia terasa darah turun dari wajahnya.

Tiba-tiba, ada tangan kasar yang mengelus pipinya. Hanan terasa rambutnya dipegang dan dicium perlahan. Nampaknya betul-betul orang. Dia sudah mula takut. Apa yang cuba orang tersebut lakukan terhadapnya?

Hanan membuka matanya. Kelihatan ayah tirinya sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang mencurigakan. Ayah tirinya tersenyum, tetapi senyuman yang membuatkan dia kecut perut.

"A..ayah nak apa ni?" tanya Hanan. Dia dapat merasakan tubuhnya menggeletar. Pelbagai perkara bermain di fikirannya. Dia semakin takut apabila ayah tirinya mencengkam kuat kedua-dua belah tangannya.

"Takde apalah. Ayah nak main sekejap je. Takde apa pun," kata ayah tirinya dengan suara yang cukup membuatkan wajah Hanan pucat lesi. Ayah tirinya menolak tangan Hanan sehingga terlanggar kepala katil. Hanan terasa tangannya sengal kerana terlanggar besi katil.

Ayah tirinya membuka seluar yang dipakainya perlahan-lahan. Matanya masih lagi memandang Hanan dengan pandangan seperti ingin menelannya waktu itu juga.

"Ayah..ayah jangan macam ni," kata Hanan. Dia ingin lari, tetapi kakinya bagaikan tidak mampu bergerak. Dia tahu yang dia perlu pergi dari situ sebelum suaranya juga tidak mampu keluar.

Ayah tirinya tidak mengendahkan perbuatannya. Seluarnya dibuka habis. Dia kemudiannya menghampiri Hanan yang sudah pucat tiada darah kerana terlalu takut. Hatinya hanya berisitighfar memohon agar Allah memberikannya kekuatan untuk lari. Ayah tirinya mengusap pipinya lalu turun ke hidungnya. Tangan ayah tirinya mendarat ke bahunya dan turun perlahan-lahan sehingga ke dadanya. Hanan sudah tidak dapat menahan lagi. Dia bertakbir di dalam hati sebelum menjerit sekuat hatinya. Dia menjerit tanpa memikirkan apa-apa lagi. Dia cuma inginkan seseorang untuk menolongnya.

Namun, tiada jawapan. Ayah tirinya sudah menutup pintu biliknya, jadi suaranya tidak akan sampai dengan kuat ke luar. Lagipun sekarang ibu dan adiknya pasti sedang tidur. Ayah tirinya ketawa terbahak-bahak melihat perbuatannya. Akhirnya, air mata Hanan mengalir.

Ayah tirinya menampar pipi Hanan kuat. Dia terasa bibirnya pecah, kerana dia dapat terasa darah masuk ke dalam mulutnya.

"Tak ada siapa boleh tolong kau. Tak ada siapa yang dengar suara kau. Aku je yang ada sekarang," suara lelaki tersebut bagaikan mimpi ngeri untuknya. Sungguh, dia ingin lari. Tetapi tubuh ayah tirinya sudah menghempap badannya. Dia terasa seperti tidak boleh bernafas. Tolong, sesiapa..tolong Hanan, ibu..Husna..

Hanan tidak dapat menahan perbuatan ayah tirinya. Tangan lelaki tersebut menjalar ke seluruh tubuhnya. Bibir ayah tirinya mendarat di pipinya lama dan beralih ke lehernya. Hanan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berharap ada seseorang akan membantunya. Ya Allah, tolonglah hambamu ini..

Dia teringat lagi kata-kata ayahnya. Bersabar, ketika ditimpa ujian. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Air mata Hanan mengalir deras. Macam mana dia nak buat sedemikian dalam keadaan sekarang? Macam mana dia nak redha? Dia terasa jijik dengan perlakuan ayah tirinya yang mencium setiap inci tubuhnya. Tolong..dia tak nak!

Tiba-tiba, pintu biliknya ditolak keras.

"Hoi! Lelaki tak guna! Apa kau buat dengan kakak aku hah!" suara Husna memecah suasana. Sungguh, Hanan tidak pernah mendengar suara adiknya sekuat itu. Selama ini, Husna hanya bercakap dengan suara yang lembut. Walaupun mulutnya sedikit lancang, tetapi dia tetap menjaga intonasinya.

Ayah tirinya terus terbangun. Wajahnya jelas terkejut melihat Husna yang memandangnya bagaikan ingin membunuhnya pada waktu itu juga. Ayah tirinya ingin melarikan diri. Dia memandang ke arah sekelilingnya, tetapi Husna sudah pun menahan laluan keluar.

"Kau jangan ingat nak lari. Aku dah call polis. Kau siap sedia jelah!" selepas itu, pelbagai jenis carutan keluar dari mulut adiknya. Hanan tidak menyangka adiknya mencarut. Dia ingin menegur Husna, tetapi tubuhnya terlalu lemah. Dia tidak berdaya untuk bangun. Hanan hanya mampu menangis teresak-esak di atas katilnya.

"Ya Allah..apa dah jadi ni? Abang! Apa abang dah buat ni?!" kedengaran suara ibunya dari luar bilik. Puan Zulaikha memandang Husna yang menyinga, kemudian beralih kepada suaminya yang tidak berpakaian. Tidak perlu lama berfikir, dia sudah dapat menangkap situasi yang berlaku . Puan Zulaikha terus menyerbu suaminya. Tangannya memukul-mukul badan suaminya sambil menangis. Dia langsung tidak menyangka suaminya akan bertindak sedemikian.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi siren kereta polis. Ayah tirinya jelas terkejut. Dia terus menolak kuat tubuh Puan Zulaikha. Seluarnya dicapai dan dipakai. Husna yang berada di pintu bilik ditolak sehingga tersungkur lalu dia berlari keluar dari blilik. Husna pantas mengejarnya turun ke bawah.

"Jangan lari, jantan!" Hanan mendengar suara adiknya dari arah luar. Puan Zulaikha mendekatinya bersama air mata di pipi.

"Kakak, ibu mintak maaf..ni semua salah ibu. Kalau ibu tak kahwin dengan dia, semua ni takkan jadi," kata Puan Zulaikha. Dia memeluk tubuh lemah Hanan erat. Hanan tidak berkata apa-apa. Hanya air matanya yang mengalir menjadi jawapannya. Tipulah kalau dia tak salahkan ibunya. Tipulah kalau dia tak marahkan ibunya. Dia terlalu takut sekarang. Dia tidak mampu untuk menjawab.

Setelah itu, polis dapat menangkap ayah tirinya yang berlari keluar dari rumah. Ayah tirinya dibawa ke balai. Ibunya dan Husna membawa Hanan ke hospital untuk memeriksa keadaannya. Hanan tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan.

"Anak puan tak apa-apa. Alhamdulillah, Allah pelihara anak puan. Dia sempat diselamatkan sebelum dia diapa-apakan," kata doktor yang memeriksa keadaan Hanan. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya dia mendengar kata-kata tersebut. Kalau anaknya betul-betul menjadi mangsa perbuatan suaminya, dia tidak tahu kalau dia mampu untuk memaafkan dirinya.

"Untuk sementara waktu ni, saya rasa kita bagi dulu anak puan rehat kat hospital. Saya rasa tempat yang dia paling tak nak tengok sekarang ialah bilik dia, " kata doktor tersebut lagi. Puan Zulaikha mengangguk sambil mengesat air matanya yang mengalir deras.

You Fell FirstWhere stories live. Discover now